Khamis, September 08, 2011

ASBABUN NUZUL BUKIT KEPONG TERSEMBUNYI DI SEBALIK SETOKIN PENJAJAH

Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.- Malaysia Kini

Begitu imosionalnya sesetengah pihak ekoran kenyataan Timbalan Presiden Pas Mat Sabu mengenai Mat Indera. Pihak yang lain pula mengambil kesempatan dalam isu ini untuk membelasah Mat Sabu habis2an sekaligus mengharapkan Pas turut tercalar dengan kontervesi ini.Apalagi Media arus perdana memenipulasi isu sehingga tiada ruang bagi pendapat yang pertengahan apatah lagi yang membela Mat Sabu.

Tindakan Mat Indera memang boleh dipersoalkan (perlukan kajian) dan sebaliknya Mat Sabu bukan menyokong kominis tetapi mencari seorang 'ikon kontervesi' untuk menyedarkan masyarakat bahawa pejuang kemerdekaan tidak terhad kepada pegawai Melayu British atau polis Melayu British golongan kanan sahaja tetapi keringat dan airmata golongan kiri (istilah orang putih) juga punya peranan yang bukan sedikit.

Bijaknya Mat Sabu kerana ia memilih Mat Indera bukan Datok Maharajalela Pasir Salak kerana sejarah yang terbiasa tidak akan membangkitkan apa2 action dan masyarakat muda melayu sangat teruja untuk menilai dan mengkaji semula sejarah selepas meletusnya isu ini kerana perlu diingat bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang biarpun palsu.

Kita juga melihat rupanya ramai lagi talibarut penjajah british terbelenggu dalam pemikiran hamba walaupun negara sudah merdeka 54 tahun. Kita simpati dengan mereka yang terkorban di Bukit Kepong itu dan anggaplah ianya satu kekhilafan antara Mat Indera yang menentang penjajah British dengan strategi British meletakkan melayu berdepan dengan melayu (tak perlu salah menyalah)

Pagi tadi Aki bertemu kawan Aki yang gemar membaca buku perjuangan golongan kiri dan sempat bertanya isu ini, Katanya:" Asbabun Nuzul peristiwa Bukit Kepong tersembunyi di sebalik setokin penjajah"-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون