Isnin, Jun 07, 2010
WAJIB MARAHKAN ZIONIS, 2KALI WAJIB MARAHKAN PUNCANYA
Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31Mei lalu.-MalaysiaKini
Ulasan 1- Tahniah 12 + 6 rakyat Malaysia yang menyabung nyawa demi misi kemanusiaan Gaza. Anda wira,betulkan niat anda, anda akan dapat ganjaran insya' Allah. Begitu juga rakyat Malaysia yang menyokong dengan wang ringgit, demo,semangat dan doa,anda juga mudah2an dirahmati Allah. Ahli politik Malaysia hari ini mencipta sejarah dengan 'usul mengecam sekeras2nya',mendapat ganjaran berdasarkan niat masing2.
Perginya sukarelawan kita hanya segelintir yang tahu dan yang prihatin, memang wajar mereka kembali disambut dengan gembira dan air mata. Sambutan 'Negara' oleh pemimpin dan rakyat jelata sepatutnya diselimuti dan berlatar belakangkan oleh 'jalur gemilang' kerana mereka wira rakyat [berbagai anutan politik,bangsa dan agama] Apa perlunya 'lambang lain' melatari kepulangan mereka.
Ulasan 2- Misi bantuan mengambil risiko dengan menggunakan jalan laut [kapal laut] untuk ke Gaza, ada yang 'syahid' dan ada yang tertawan. Kenapa mereka memilih jalan laut yang 'tinggi harganya', disamping kemalangan nyawa dan fizikal, barang bantuan juga tak kesampaian [matlamat tak berhasil] Bukan salah mereka. Ditegaskan lagi,bukan salah mereka. Salah siapa?
Gaza ada sempadan daratnya.Jika negara ini membenarkan bantuan kemanusiaan, penduduk Gaza tidak akan kelaparan bahkan akan ada kekuatan untuk melawan zionis laknatullah. Kalau yahudi sekali laknat, pemimpin negara tersebut kita nak panggil apa? Carilah jawapan tuan/puan apa nama negara tersebut dan apa gelaran yang patut di'kurniakan' ? - Sekian.
G1-Kedudukan Gaza - Google.
G2- Sukarelawan bersama PM- umno online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kerajaan juga harus bertindak tegas dengan menghentikan semua polisi Pro-Israel.
BalasPadamAmat mendukacitakan juga apabila syarikat Coca Cola diberikan kebenaran mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mac 2010.
Bukankah Coca Cola telah secara durjana membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.
Kerajaan mesti konsisten, bukan sekadar retorik.
Benar wahai sahabat.........Can't haipocrate.
BalasPadam