Ahad, Jun 20, 2010

DARJAT BUKAN SEGALANYA


“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini. - Petikan Malaysia Kini.

Aki tak nak komen pasal penarikan Darjah Kebesaran tersebut, itu adalah hak Istana Johor. Sebagaimana diri kita dan apa yang kita miliki adalah kepunyaan Allah maka pada bila2 masa sahaja walaupun tanpa notis dan alasan Allah Yang Maha Mengurnia boleh menariknya. Pingat itu dikurnia, bukan dibeli atau digadai maka menjadi hak yang memberi untuk mengambilnya semula pada bila2 masa.

Yang menarik di dalam kenyataan tersebut ialah pepatah 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,.Kenyataan dari Non Muslim tentang hakikat kehidupan manusia di dunia ini. Dr Chua Jui Meng telah melontarkan suatu 'pencuci minda' yang selepas daripada ini masyarakat akan sedar bahawa pangkat,darjat dan martabat bukan segalanya,ia boleh dan perlu dira'ie [dihargai] selama mana ia membawa kebaikan kepada penerima dan menjadi lambang keikhlasan kepada pengurnia. Sebaliknya apabila pangkat,darjat dan martabat menjadi malapetaka [dunia atau akhirat] kepada yang menerima dan menjadi 'permainan dan silap mata'[bobrok] bagi yang memberi, ia [pangkat,darjat dan martabat]tidak berguna satu sen pun.

Lebih2 lagi orang muslim, tentulah sangat arif tentang kebaikan dunia dan kebaikan akhirat atau malapetaka dunia dan malapetaka akhirat, lalu mereka adil pada diri sendiri dan orang lain apabila mereka berkuasa dan tiada hasad dengki dan kepentingan diri apabila mereka menjadi jelata.- Sekian.

1 ulasan:

  1. perasaan bercampur baur bila timbul isu ini. nk komenpun susah. mudah cakap, nak ambik balikpun, ambik lah...

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون