Rabu, Februari 17, 2010

IKAN MUNGKUS

Pekan sari Dentawo (pekan sehari Durian Tawar) semakin kurang pengunjung dan peniaga mungkin disebabkan oleh perjalanan masa dan banyaknya pasar malam dan super market yang tumbuh di Bera ni. Pagi tadi Aki singgah menjengok ke Pekan Sari tertua bagi Aki tu, kut2 ada ikan mungkus [ikan kecil yang mudik secara kumpulan dalam jumlah yang banyak apabila air sungai surut dari banjir] dibawok oleh Tuk Bilal Arun Kuala Teriang. Tak nampok bayang orang tua tu, mungkin ikan mungkus tak banyak mudik lagi. "Pak Cu aok nok mungkus ada ni" Panggil isteri Mat Saat tokey Ciku sambil menunjukkan selonggok ikan Sikang mulut luas. Aki mendekati sambil menjawab " ikan sikang koi tak nok, koi nok seluang bado" Bagaimanapun Aki membeli buah ciku dengan extra beberapa butir. Pusing ke kiri berjalan selangkah dua Aki terpandang beberapa longgok ikan mungkus di atas meja dijual oleh wanita muda yang Aki tak begitu kenal [rasanya akok Jelam] "Berapa se... ni" Tanya Aki. "5 ringgit" jawab nya ringkas. Aki bilang ada lah 20 ekor, sambil menggaru kepala Aki membayar,bukan harga jadi soal, teringat masa dulu bila mak Aki mencebet baldi penoh dengan ikan mungkus, kalau jual seringgit pun tak laku. Dunia dah berubah.

Di Pekan sari inilah pada tahun 1968, Aki bergolek2 di atas tanah minta mak Aki belikan 'elekopter' dan 'pistol koboi' Dua barang tu berharga RM 3 yang sangat berharga pada waktu itu kerana harga getah hanya 30 sen sekati. Dalam muka yang masam mak Aki belikan juga mainan itu sambil berleter dan menyuruh Aki berhenti menangis. Bila Aki ke Tunas Manja atau B 10 seakan2 tak mahu bawak anak2 takut dia tiru perangai Aki, bantainya dia berguling2 dekat 'kereta kontrol' yang harganya RM 50, "padan muka awok Aki, itulah rasa hati mak awak dulu" Kata hati Aki. Minta maaf lah wahai ibu, dulu anakmu ini belum faham.

Bagi yang masih ada ibu dan ayah, hormatilah mereka, jagalah mereka dengan sempurna, fahamilah rasa hati mereka. Untuk anak2 tunjukkan teladan yang baik dari kita sebagai ayah dan ibu mereka. Hormati yang tua dan kasihi lah yang muda. Syurga di bawah tapak kaki ibu- sekian.

3 ulasan:

  1. banyoknyer kenangan di pekan sari dentawo ni aki.........antaranyer koi penoh juei sayo alas sekabor.......

    BalasPadam
  2. Aok boleh cerita..kisoh aok pulok.

    BalasPadam
  3. Anok kawan pon mencari ikan mungkus tu, dia juei kat Pekan Sari Chenor pada ari kamis dan pekan sari maran pada ari Sabtu. Anok kawan bagi tau susoh sikit cari masa ni kerana beceratok kepala orang cari ikan mungkus. Laku sangat weh.

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون