Jumaat, Februari 05, 2010

'KARTIKA'

Ceramah Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz di Masjid Bandar Triang
Belum berenti lagi moto Aki, Suara garau menyapa "Ki minum air" 3rd (sebut third) dan Ree tecokoh mengadap meja yang berlampor dengan pinggan dan gelas di kedai Bakri pagi jumaat tadi.Mereka dah mengisi perut,tinggal nak mengabihkan borok yang berbaki pada pagi jumaat. Bila Aki melabuhkan punggung, 3rd memanggil "oi... Tok 4, minum...." Aki berpaling dan nampok Tok 4 S (Tok 4 baru S. G) tersengih2 masuk ke kedai dan 'mengoder' makanan.

Sampai di meja, Tok 4 S bertanya 3rd"jadi ceramah ter.." merujuk ceramah Dato' Hassan Din di Masjid Triang."jadi...! aok bawak lah anak buah " kata 3rd."koi nak pegi koi aje" sahut Tok 4 S."tak boleh lah..... aok Tok 4,kena lah ajok anak buah" balas 3rd. "Pergi sendiri lah.... seme dah tau" kata Tok 4 S.

"Jadi ke pogrim masjid yang oak kata tu" Kata Aki kepada Tok 4 S (program hari keluarga anjuran Masjid B. K. "Tengah suruh Zaid buat [tentatif] progrim" Katanya. "Nak panggil Kadi Faru..." [Y.A Dato' A. R. Y -Hakim Mahkamah Tinggi Syariah] "Hakim Kartika tu" Kata Ree. "Ya" Jelas Tok 4 S. (Faru ) adalah panggilan kepada Y.A di kampung dan masa beliau sekolah di Sekolah Arab Guai)

Berjangkitlah perbualan pagi itu soal kontrovesi 'Penghakiman Kartika'. "Moleklah tindakan Faru...[hakim] tu,baru orang tahu dan faham tentang hukum islam [walaupun hukuman itu masih tak sempurna -Aki] Kartika pun terima,lepaslah dia di dunia dan akhirat [soal perlaksanaan tanggungjawab pihak berwajib-Aki]" Kata Ree. "Hidayah dari Tuhan" Sahut ramai. "Macam 3rd, dari sejahat2 manusia,jadi sebaik2 manusia" Terloncat perkataan itu dari mulut Tok 4 S. "Bukan jahat,Afrit" tambah 3rd membedal diri sendiri sambil tersengih nampak gigi berbaris cantik.

Aki percaya perkataan mereka berdua bukan mengutuk rodong atau diri sendiri,tetapi hendak mengambarkan kehidupan muda-mudi yang lazimnya jauh dari masjid,suka berhibur,hidup tak kenal siang malam,darat laut dan suka menghabiskan masa dengan sia2.Oleh Tok 4 S yang melihat 3rd jadi 'kaki masjid' semenjak 2 menjak ni, maka terloncatlah perkataan tadi untuk meng'ya' hidayah Tuhan tadi.

Balik2 soal ilmu dan maklumat sangat penting untuk memahami selok belok kehidupan manusia,betapa Allah swt. dengan kebijaksanaan Nya menciptakan manusia dan segala makhluk dan Dia Maha Mengetahui keperluan dan batasan yang sesuai dengan alam ciptaanNya itu. Kenapa mesti menjerit2 atau mengeluh membantah hukuman terhadap Kartika. [lihat kembali tulisan Aki tentang Maqasid as sar'iyyah di bawah tajuk;' curi getah buku dan curi injin jet' Perkara 3; Memelihara Akal. Akal adalah nikmat Allah yang tidak boleh dirosakkan. Bila rosak ia akan memudaratkan tuan punya akal dan juga akan memudaratkan orang lain.Demi memelihara kepentingan tersebut maka syarak menetapkan hukuman rotan yang jauh lebih memberi pengajaran [tatacara dan perlaksanaannya] jika dibandingkan hukuman sebat sekular.

Dari segi ilmu, isu Kartika ini memberi kesedaran yang meluas dikalangan masyarakat Islam tentang cantiknya hukum syarak.Dijelaskan melalui khutubah,ceramah,forum dan majlis2 diskusi. Aki pikir kalau ada lagi kes2 Jenayah Syariah yang dibicarakan seperti kes 'khazaf' dan lain2 dan dihukum dengan adil, kefahaman masyarakat akan meningkat bukan sahaja kepada orang Islam bahkan kepada Non Muslim -sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون