Isnin, Februari 08, 2010
TAK DAYA WEH
Untuk kesekian kalinya Aki ke Pos Malaysia Bera. Untuk apa? Macam2 healnya,pos surat,bayar bil, sakali datang bil,sekali gi,minggu depan datang pulak, gi pulak. Bukan boleh kompol bil,ada sikit bayar sikit.Bukan macam demer yang gaji bulan,selentung sekali bayar.Marker kan orang gaya Aki ni sekurang2nya 2 kali sebulan menjongoi di Pos Bera ter. Pagi tadi Aki melangkah masuk ke Pos Bera padaheal jam pada dinding tergantung dekat gambo KDYMM menunjuk angka 10.Aki masuk line kiri no 4 "tak ramai orang beloh ni"pikir Aki. Line sebeloh kanan ada 5 0rang, 2 orang makcik dan 1 orang wan duduk atas kerusi. Semua ada 12.
Jam menunjuk 10.10, urusan orang depan Aki tu lama juga,ada dua lagi depan Aki, sorang tu pegang geran kereta, membaharui insuran agaknya.Akak sorang ni pegang buku biru, ASN agak nya.Hasssssss..... Aki bukan daya sangat bediri lama ni, "Bayar bil" sapa Pak Din KK dari belakang,"ho'oh" jawab Aki.Sementara itu masuk lagi pelanggan baru,melayu,cina,orang kita dan lain2.Berkecipok kerani membuat kerja sangat bagus tapi tak dan juga kerana orang bertindih-tindan. Dah ada 21 orang dengan 2 line,kesian kerani,Kalau sorang 5 minit, orang ke 21[21/2] dok ada 30 ke 40 minit juga. "Tak jadi lah,ramai sangat" Suara dari hujung line kanan.Aki menoleh melihat Mat Datar tersengeh2 menolak daun pintu untuk keluar.
Kuanter memang ada 2,kerani pun 2, bukan itu isu nya,nak duduk kerusi pun ada.Isunya ialah lama berdiri kerana tiada sistem no. giliran.Tak bediri tak dapat berurusan,kesian lah kat kami yang dah uzur ni wahai Pengurusan Pos Malaysia [mudahan2 terbaca komen Aki ni]
Selesai urusan Aki 10.25, leh tahan gak bediri, Pak Din yang di belakang disuruh masuk line kanan kerana kerani line kiri nak rehat.[10.30 rehat-itu hak mereka] Melengus Pak Din masuk barisan yang panjang sampai ke pintu,apa boleh buat sistem tiket belum muktamad.
Terima kasih Pos Malaysia,sambil meniaga kita menolong,jangan kira sangat pasal untung,esok orang cemus kita melopong.
Sebut pasal meniaga sambil menolong ni, kawan Aki tanya dapat ke pahala dia meniaga pekej umrah, sambil dapat gi Tanah suci [percuma] dia juga menolong memudahkan urusan para Tetamu Allah.Mulut Aki melopong untuk menjawab nya. Aki pikir, semuanya bergantung pada niat.Sekuat mana niat nak menolong dan sehebat mana niat nak untung.Sama juga dengan lain2 kerja seperti doktor,guru,posmen,tukang sapu,menteri,wakil rakyat,pak imam dan lain2, al hasilnya niat menolong dan pertolongan tu dapat pahala,melaksanakan fardu kifayah tu dapat pahala, niat meniaga dan berniaga untuk nafkah tu pun pahala jika semua itu mengikut suruh yang Maha Esa- Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
asalamualaikum aki net,
BalasPadamkisoh yg menarik utk di kongsikan bersame..
Time kachih lah......
BalasPadam