Khamis, Februari 18, 2010

CELA YANG TERCELA


"Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang" Kata Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican dipetik di Malaysia Kini mengulas 3 wanita dirotan mengikut Hukum Jinayah Syariah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah KualaLumpur kerana melakukan seks haram.
Hamidah juga mencela hukuman terhadap Kartika Sari Dewi.
Hujah akal; Adakah hukuman sekular efektif dalam membendung jenayah seksual atau keganasan?
Kajian mana yang SIS dapatkan? Cakap pakai nafsu dan tanpa pengetahuan.
Atau memang tak mahu terima kebenaran. Hukuman rotan itu baru 'syibih' [menyerupai] hukum syarak, bukan betul2 tepat mengikut al quran.Pada Aki, Ia merupakan usaha untuk memperkenal dan mendidik serta memberi ilmu kepada masyarakat bahawa hukum hudud; Matlamat nya, tata cara nya, kesan rohani dan jasmani nya sangat baik dan menginsafkan berbanding daegan hukum jinayah sekular.

Apatah lagi ditinjau dari kacamata Islam yang berpedomankan al quran dan sunnah, tentulah komen orang besar SIS itu jauh tersasar. Nilai apa yang mereka pegang dan mahu cari? Tukar saja lah nama Sister In Islam kpd Sister In Social @ lain. Memalu dan menghina Islam sahaja.

Aki tidak membawa hujah al quran dan hadith secara teks, cukup mafhumnya sahaja kerana mengekal kan konsep blog ini 'kutip ilmu sacara santai' Takutlah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal pikiran-sekian.

1 ulasan:

  1. Sebatan syariah tak sama sebatan sivil

    "Kata mereka, 100 sebatan syariah tidak sama walaupun dengan satu sebatan sivil. Dia rasa keinsafan kesedaran sehingga dia memohon supaya rakan-rakan yang lain untuk tidak melakukan kesalahan seperti yang dilakukan mereka," katanya.

    Ketiga-tiga mereka turut diberi khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan.

    Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

    Malaysia Kini - 19/2/10

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون