Sabtu, Februari 27, 2010

SAMBUTAN MAULID ARRASUL MASJID BKT KELEDANG

Y.A Dato' Abd. Rahman Yunus. (atas) Al Fadhil Tuan Kadhi Daerah dan Uat.Mahyuddin (kanan)

[KELUARAN KHAS]

Tok 4 Safi'ie bersama Tuan Kadhi(atas) C.Fatah( S.U),HjMohamad (pengerusi,
U.Marzuki (peng. Majlis) dan Ust Mahyuddin (bawah)

Badan Kebajikan Masjid Bkt. Keledang sedang mengadakan Majlis Sambutan Maulid ar Rasul pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dengan beberapa aktiviti, antaranya:
1-9.00- Pertandingan Mewarna - Kanak2.
2 -Hafazan - Kanak2 & Remaja.
3 - Azan - Remaja Lelaki.
4 - Selawat [ Pelajar Pondok]
5-12-30- Jamuan Tengahari [menyembelih seekor lembu]
6- 2-00-Perasmian- Al Fadhil Tuan Kadhi Daerah Bera.
7- 2.30-Ceramah Maulid - Y.A Dato Abd. Rahman Yunus [ Hakim Syar'ie]
8- 4.00-Jamuan teh.
9- 4.30-Bersurai

Foto sekitar majlis sebelah pagi

Mengulas mengenai kehadiran kanak2 yang memberangsangkan, Ketua Kampung Seb. Guai En. Safi'ie Yahya berkata beliau akan cuba usahakan pembukaan kelas KAFA memandangkan tiada kelas kafa di sini dan yang ada berjauhan seperti Padang Luas dan Durian Tawar.


DiKandang C.Mail

Sekian.

Khamis, Februari 25, 2010

MAULID AR RASUL

Sepanduk hasil ciptaan pelajar S. M.K.Seri Bera sempena sambutan maulid ar rasul 1431 h/2010 m pada 25/2/10 - mohon kebenaran utk siaran

Ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum ya akhi almuslimin. Selamat menyambut keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 1431 h/2010 m.

Sekitar 9.00 pagi terdengar suara selawat semakin lama semakin jelas sehingga Aki melihat berdozen2 pelajar lelaki dan perempuan di dalam kumpulan masing2 bersama guru2 mereka mengalunkan selawat memuji Nabi Muhammad s.a.w. berjalan bersaf2 melalui tepi rumah Aki. Mereka adalah pelajar dan guru S.M.K.Seri Bera yang menzahirkan rasa gembira,kasih/cinta dan syukur atas keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara berselawat, berarak dan membawa sepanduk.

Maka kita saugianya bersama2 dengan umat Islam yang sayangkan 'Junjungan Pelita Alam Nabi Muhammad S.A.W.' menyata dan menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda melalui pelebagai cara yang tidak bercanggah dengan syarak. Ada yang berarak,ada yang berzanji,ada yang berceramah/mendengar ceramah dan yang lebih besar dari itu tentulah mengikut sunnah Nabi S.A.W.

Mafuhum dari objektif diutus Rasulullah s.a.w antaranya ialah:
1- Syahidan - Menjadi Saksi [bagi pihak Allah] tentang risalah ajaran Allah telah disampaikan supaya manusia tidak dapat membuat dalih dan alasan di hadapan Allah di akhirat.
2- Mubassyiran - Membawa berita gembira akan kehidupan selepas mati bagi mereka yang beriman dan beramal soleh.
3- Nazi~ran - Memberi amaran kepada mereka yang kufur dan ahli maksiat.
4- Da'ieyyan - Menebarkan seruan Islam [dengan perentah Allah]sehingga dirasai nikmatnya oleh sekelian alam.
5- Siro~jan muni~ran - Rasulullah s.a.w. sebagai pelita/lampu yang menyuluh manusia supaya tidak sesat.

Kasi alasan sama Allah, taraak. Tak percaya lepas mati ada bangkit, percaya. Apa tunggu lagi buatlah... Tengok itu nikmat serupa rezeki,semua Dia kasi. Ada lawan ka.. tarak lawan ka.. Sebenarnya Allah memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri kita.

Adapun sambutan maulid [menyambut ulang tahun] keputeraan Nabi s.a.w. , disamping cara yang tidak bercangah dengan syarak,hendak juga dipastikan bahawa kehidupan seharian mereka [yang menyambut] tidak merendah,melekeh dan menghinakan Nabi s.a.w. sebagaimana Abu Lahab [Bapa saudara Nabi] yang menyembelih 100 ekor unta meraikan kelahiran Nabi s.a.w. tetapi menjadi penentang Nabi s.a.w. yang paling hebat - sekian.

Khamis, Februari 18, 2010

CELA YANG TERCELA


"Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang" Kata Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican dipetik di Malaysia Kini mengulas 3 wanita dirotan mengikut Hukum Jinayah Syariah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah KualaLumpur kerana melakukan seks haram.
Hamidah juga mencela hukuman terhadap Kartika Sari Dewi.
Hujah akal; Adakah hukuman sekular efektif dalam membendung jenayah seksual atau keganasan?
Kajian mana yang SIS dapatkan? Cakap pakai nafsu dan tanpa pengetahuan.
Atau memang tak mahu terima kebenaran. Hukuman rotan itu baru 'syibih' [menyerupai] hukum syarak, bukan betul2 tepat mengikut al quran.Pada Aki, Ia merupakan usaha untuk memperkenal dan mendidik serta memberi ilmu kepada masyarakat bahawa hukum hudud; Matlamat nya, tata cara nya, kesan rohani dan jasmani nya sangat baik dan menginsafkan berbanding daegan hukum jinayah sekular.

Apatah lagi ditinjau dari kacamata Islam yang berpedomankan al quran dan sunnah, tentulah komen orang besar SIS itu jauh tersasar. Nilai apa yang mereka pegang dan mahu cari? Tukar saja lah nama Sister In Islam kpd Sister In Social @ lain. Memalu dan menghina Islam sahaja.

Aki tidak membawa hujah al quran dan hadith secara teks, cukup mafhumnya sahaja kerana mengekal kan konsep blog ini 'kutip ilmu sacara santai' Takutlah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal pikiran-sekian.