Jumaat, November 02, 2012

ANAI-ANAI DAN TIANG BESI

Salam,

Hubungan antara Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan Michael Chia didakwa adalah rasuah atau konflik kepentingan dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.-Petikan Malaysia Kini.

Ada atau tidak unsur rasuah tentang kenyataan di atas, betul atau tidak kenyataan Nazri bahawa dia tiada kena mengena dengan anaknya dalam bab SUV Hummer mestilah disiasat. Soalnya siapa yang akan menyiasat dan siapa yang akan mendakwa? Jika SPRM boleh siasat dengan telus dan Jabatan Peguam Negara boleh dakwa (jika ada kes) tehadap Nazri (menteri jaga undang-undang) nescaya semua rakyat akan tabik sama KP SPRM dan Gani Patail.

 Setakat ini tiada yang bertaraf menteri dan seumpamanya didakwa dalam apa-apa kes. Bekas penjawat ada iaitu orang nombor dua dalam kebinet Dato Sri Anwar Ibrahim disabitkan rasuah kuasa dalam kes liwat 1. Itupun dipercayai dengan izin Tuan Besar ketika itu iaitu Dr Mahathir.

Bagaimana pun penyelewengan dan salahguna kuasa bukan sahaja boleh ditamatkan dengan hukuman mahkamah tetapi juga dengan celik mata rakyat jelata yang akan membawa perubahan kearah memerdekakan negara dari fasad dan kemungkaran. Inilah yang cuba ditekuni oleh Rafizi.

Tidak mudah untuk anai-anai meruntuhkan tiang besi melainkan beramai-ramai membuat busut di keliling tiang supaya air terkurung di pangkal tiang yang menyebabkan tiang karat dan patah - Sekian.

G1- Hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون