Selasa, Julai 10, 2012

KEBULUR SANGAT KAH PAS ?

Salam,

Setakat ini beberapa sumber dari blog dan media melapurkan berita pasangan (lelaki dan wanita) menceroboh dan mengamuk kompleks B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Motifnya masih disiasat. Lelaki tersebut ditembak mati oleh polis manakala wanita tersebut mengalami kecederaan.

Ada lapuran menyatakan bahawa lelaki tersebut mengaku 'Imam Mahadi',bertakbir dan hendak gulingkan kerajaan.Belum apa-apa lagi ada bloger yang tidak bertanggungjawab menuduh bahawa Si Pengamuk itu tajaan PAS dengan berkata: ‘Selepas gagal plan A & B & C untuk menakluki Putrajaya pada BERSIH, Himpunan Hijau & menggunakan artis.. PAS hantar Ppecial Branch Samurai untuk menggulingkan kerajaan… mereka menggunakan plan D pada masa kini.. selepas ini mereka akan menggunakan plan E sehingga Z untuk mendapatkan Putrajaya..'

Persepsi ini (tuduhan perbuatan ekstrem ajaran PAS) dikongsi oleh masyarakat yang 'dibutakan' akan sejarah dan perjuangan PAS sehingga pihak yang membenci PAS sewenang-wenangnya mengunakan peristiwa-peristiwa tersebut untuk memburukkan PAS.

Kebulur sangat kah PAS nak ke Purtrajaya? Menghantar 2 orang 'amilin' untuk mengamuk dan menggulingkan kerajaan sedangkan tak berapa hari saja lagi PM akan umum tarikh pilihanraya (PRU 13). Masyarakat di luar PAS pun tak tergamak nak menuduh PAS sedemikian rupa melainkan yang dah 'kondem' kepalanya.

Jika 'takbir' mengaitkan Pengamuk dengan PAS, berapa ramai orang bukan PAS yang bretakbir. Jika jilbab ada unsur PAS,ramai lagi yang berjilbab tidak PAS. Begitu juga 'Imam Mahadi', sudah ramai yang mengaku Imam Mahadi dalam negara atau luar negara yang tiada kaitan dengan PAS. 

Kalimah takbir yang mulia itu boleh sahaja disalahgunakan atau digunakan tidak kena pada tempatnya seperti juga Islam Hadhari dan Wasatiyyah. Islam maju atau Islam serdahana amat bergantung kepada perlaksanaannya bukan selogannya. Ekstrem atau tidak sesuatu ajaran itu juga bergantung kepada sejauhmana sunnah Nabi Muhammad SAW dipatuhi atau dicabuli - Sekian.

G - Blog anak sungai durhaka

Catatan:  Lama dahulu 5 buah masjid di Pahang terbakar serentak termasuk Masjid Kampung Kuala Triang. Pagi itu Aki menjengok masjid yang terbakar tersebut (dipercayai akibat perbuatan khianat) Seorang penyokong tegar sebuah parti politik apabila nampak kelibat Aki berkata dengan kuatnya: "Ini (bakar masjid) kerja orang PAS lah!!!" Lalu OCS (Ketua Balai) yang ada bersama-sama ketika itu dengan spontan menjawab:" Awak biar betul,jangan tuduh tanpa bukti, saya tangkap awak nanti" Penyokong tegar itu berlalu dari situ dengan 'monos' aje - Itulah tuduhan dan perspsi. t.k.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون