Ahad, Januari 08, 2012

Sejarah,hikmah dan kebenaran


Salam,

Hari ini PAS telah membuat satu keputusan besar berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta berdasarkan Fasal 82(9). Ia telah menjadi sejarah sebagaimana Yang Di Pertua Pas Datok Asri Hj Muda keluar PAS 1983 juga telah lama menjadi sejarah.

Besok (dengan izin Allah) satu lagi sejarah besar negara akan tercatit iaitu keputusan perbicaraan tuduhan liwat kepada Dato'Seri Anwar Ibrahim. Bebas atau sabit kesalahan dan boleh dijamin sementara menanti rayuan atau ke penjara {tak boleh jamin]

Kita di dunia ini 'pemain-pemain' yang mengisi pentas fana ini berdasarkan ketentuan Allah dan ikhtiar bersulam hikmah yang cukup besar.

Masuk DAP (tidak memilih PKR atau PAS) Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis [rakan bloger] dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias adalah sejarah besar juga, malah berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Apapun perjuangan mseti diteruskan menurut prinsip yang masing2 yakini namun Aki nak mengingatkan diri sendiri bahawa yang benar sahaja yang akan di redhoi oleh Allah swt. -Sekian.

G1 - Mohd Ariff Sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون