Selasa, Januari 31, 2012

MENANGIS KERANA AIR MENCURAH TIBA-TIBA TIADA SETITIK PUN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pagi tadi Aki bersama beberapa Orang asal Bera ke Suhakam menemankan mereka untuk membuat aduan mengenai bekalan air mereka terputus akibat dirosakkan oleh pihak sub con kepada kontraktor utama.

Isunya ialah kerja dah siap tetapi tak dapat bayaran. Jika betullah sub tak dapat bayaran,Aki melihat dua kezaliman telah berlaku di sini: Pertama, sub con dizalimi kerana jutaan ringgit sudah dikeluarkan namun tiada pulangan apatah lagi keuntungan.Kedua, penduduk kampung yang di nafikan hak asasi merek semata2 kerana perbalahan dua pihak yang tiada kena mengena dengan orang kampung.

Kenapa perkara ini berlaku? Tiada perjanjiankah antara Kontraktor Utama denganKontraktor bawah? Kementerian berkenaan dan ajensinya tidak memantaukah? Runding terus atau tender terbuka? Orang politik terlibat atau tidak? Kesemuanya setakat ini masih jadi tekateki.

Ketua masyarakat asli Kg Kuala Sereting Yoktan (gambar) menceritakan kepiluannya dengan berkata:" Sejak dari nenek moyang tidak dapat air bersih dan kemudahan air ke dalam rumah tiba2 berehenti dengan mengejut" Tambahnya lagi "Kalau didengar janji orang politik,bukit bukau dan gunung ganang hendak di beri dengan sekelip mata"sambil berharap keadaan ini pulih dengan segera.

Walaupun dari segi undang2 adalah salah merosakkan harta benda awam, tapi pihak berwajib harus menyiasat lebih jauh lagi mengenai perkara ini kerana selain dari isu kezaliman di atas, dibimbangi ada lagi isu lain yang membabit kan pecah amanah,penyelewengan dan rasuah (waLLahu A'lam) - Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون