Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Pagi tadi Aki bersama beberapa Orang asal Bera ke Suhakam menemankan mereka untuk membuat aduan mengenai bekalan air mereka terputus akibat dirosakkan oleh pihak sub con kepada kontraktor utama.
Isunya ialah kerja dah siap tetapi tak dapat bayaran. Jika betullah sub tak dapat bayaran,Aki melihat dua kezaliman telah berlaku di sini: Pertama, sub con dizalimi kerana jutaan ringgit sudah dikeluarkan namun tiada pulangan apatah lagi keuntungan.Kedua, penduduk kampung yang di nafikan hak asasi merek semata2 kerana perbalahan dua pihak yang tiada kena mengena dengan orang kampung.
Kenapa perkara ini berlaku? Tiada perjanjiankah antara Kontraktor Utama denganKontraktor bawah? Kementerian berkenaan dan ajensinya tidak memantaukah? Runding terus atau tender terbuka? Orang politik terlibat atau tidak? Kesemuanya setakat ini masih jadi tekateki.
Ketua masyarakat asli Kg Kuala Sereting Yoktan (gambar) menceritakan kepiluannya dengan berkata:" Sejak dari nenek moyang tidak dapat air bersih dan kemudahan air ke dalam rumah tiba2 berehenti dengan mengejut" Tambahnya lagi "Kalau didengar janji orang politik,bukit bukau dan gunung ganang hendak di beri dengan sekelip mata"sambil berharap keadaan ini pulih dengan segera.
Walaupun dari segi undang2 adalah salah merosakkan harta benda awam, tapi pihak berwajib harus menyiasat lebih jauh lagi mengenai perkara ini kerana selain dari isu kezaliman di atas, dibimbangi ada lagi isu lain yang membabit kan pecah amanah,penyelewengan dan rasuah (waLLahu A'lam) - Sekian.
Selasa, Januari 31, 2012
Rabu, Januari 18, 2012
Jingga 13 desak Hasan Ali mohon maaf pada Anwar
Disalin dari Malaysia kini
NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13, mempersoalkan rasional kenyataan Datuk Hassan Ali yang didakwanya cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan ketua pembangkang itu dengan amalan homoseksualiti.
"Apakah Dr Hassan diperalatkan oleh musuh politik Datuk Seri Anwar untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta untuk menyokong pernyataan itu," kata setiuasaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad (kiri).
Jingga 13 mengecam kenyataan Hassan baru-baru ini yang didakwanya berusaha mengaitkan Anwar sebagai menghalalkan pelakuan homoseksualiti sepertimana laporan media, yang menurut NGO itu, disadur secara tidak bertanggungjawab dari wawancara Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak Hassan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar "demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa".
Menurut Saifuddin lagi, kekecewaan Umno dan BN berikutan pembebasan Datuk Seri Anwar daripada pertuduhan liwat, nyata tidak dapat diselindungkan apabila media pro-kerajaan didakwanya memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya.
Namun, katanya, apa yang lebih memualkan adalah reaksi segera Hassan yang didakwanya tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Sehubungan itu, Jingga 13 menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang didakwa NGO itu sebagai fitnah media pro-kerajaan dan Hassan untuk meruntuhkan moral Anwar.
Saifuddin mendakwa ia merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika kerana menurutnya sokongan dan pendirian rakyat teguh menolak politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.
Beliau berkata, fitnah terbaru itu akan berterusan ekoran apa yang didakwanya sebagai kegagalan kerajaan untuk fokus kepada permasalahan utama dan "menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil".

Ahad, Januari 08, 2012
Sejarah,hikmah dan kebenaran
Salam,
Hari ini PAS telah membuat satu keputusan besar berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta berdasarkan Fasal 82(9). Ia telah menjadi sejarah sebagaimana Yang Di Pertua Pas Datok Asri Hj Muda keluar PAS 1983 juga telah lama menjadi sejarah.
Besok (dengan izin Allah) satu lagi sejarah besar negara akan tercatit iaitu keputusan perbicaraan tuduhan liwat kepada Dato'Seri Anwar Ibrahim. Bebas atau sabit kesalahan dan boleh dijamin sementara menanti rayuan atau ke penjara {tak boleh jamin]
Kita di dunia ini 'pemain-pemain' yang mengisi pentas fana ini berdasarkan ketentuan Allah dan ikhtiar bersulam hikmah yang cukup besar.
Masuk DAP (tidak memilih PKR atau PAS) Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis [rakan bloger] dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias adalah sejarah besar juga, malah berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.
Apapun perjuangan mseti diteruskan menurut prinsip yang masing2 yakini namun Aki nak mengingatkan diri sendiri bahawa yang benar sahaja yang akan di redhoi oleh Allah swt. -Sekian.
G1 - Mohd Ariff Sabri
Sabtu, Januari 07, 2012
Tak reti @ Angkuh?
Masaalah BN dengan kerajaan negeri PR
"Kita mahu bina rumah-rumah untuk generasi kedua peneroka Felda tetapi ini ditolak oleh kerajaan negeri ... semata-mata atas sebab-sebab politik.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pembangunan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Najib [ Itupun jika kenyataan beliau ini betul] - MK
Bandingkan.....
Masaalah kerajaan PAS kelantan dengan kerajaan Persekutuan BN
Kita mahu laksana hudud di Kelantan untuk orang Islam tetapi ditolak oleh kerajaan persekutuan... semata-mata atas sebab-sebab politik.
Saya (Nik Aziz) tak dapat buat apa-apa kerana itu adalah kuasa kerajaan persekutuan.
Kalau dah begitu analoginya kenapa tiap kali perhimpunan agung umno, kerajaan kelantan dan pas diejek2......... Tak reti atau angkuh?
Langgan:
Catatan (Atom)