Khamis, Disember 01, 2011

Menggalas batu kawi untuk di tukar dengan batu permata


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menempelak Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai Si Tanggang muda yang tak mengenang budi dan durhaka kepada ibu2 wanita umno dan mengajak wanita umno membela dirinya dalam isu projek lembu NFC.

Dalam mitos Si Tanggang versi tradisional, Si Tanggang kena sumpah kerana tidak mahu mengaku orang tua yang melahirkannya sebagai ibu lalu ibu yang sedih itu dengan panggang kera di tangan menyumpah Tanggang menjadi batu.

Shahrizat Abdul Jalil bukan ibu yang memegang panggang kera tetapi ibu yang diberi amanah [melalui suami dan anak2nya] untuk jaga lembu untuk industri makanan negara lalu pecah amanah menukarkan 'panggang lembu' kepada 'ketulan batu' [merujuk pembelian kondo mewah dari dana NFC]

Sejumlah RM 455,423.00 telah dikeluarkan dari dana lembu kepada IGNS sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali yang tiada kena mengena dengan projek NFC. Pendeknya banyak lagi lah penyelewengan NFC yang di dedahkan oleh Si Tanggang muda itu.

Jika terbukti begitu maka bukanlah 'Si Tanggang' yang durhaka tetapi Si Ibu itu lah 'Ibu segala peyelewengan'. Berbaloikah wanita umno mempertahankan ketua mereka yang disebut oleh Bung mokhtar sebagai liabiliti kepada Umno. Ianya seumpama menggalas batu kawi [batu lada] untuk di tukar dengan batu permata- Sekian.

G1- Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون