Khamis, September 29, 2011

JIKA TIADA KURAP JARI TAK BERGARU



Salam,

Rungutan pengarang kanan Utusan Malaysia Dato' Zaini Hassan mengenai adanya 'spy' Anwar Ibrahim dalam badan strategik kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan (sebenarnya rahsia Najib) yang boleh 'mematikan' PM itu banyak maksud dan tujuannya.

Pertama,tentulah mengharapkan PM berhati2,mungkin sampai kepada peringkat 'membersihkan' badan2 tersebut dari 'Anwariyyun' (orang2 Anwar). Kedua, kenyataan ini boleh mengangkat dirinya dan Utusan sebagai orang dan organ kerajaan (sebenarnya umno) yang amat boleh dipercayai. Ketiga,pendedahan ini dengan mengambil contoh 'kami yang kerdil tak mahu PM jadi macam Gaddafi yang kuat boleh tumbang' menzahirkan perasaan ramai lagi kakitangan kerajaan yang ikhlas mempertahankan dasar kerajaan (jangan lupa dasar umno)

Benar ada perkara rahsia yang tidak boleh didedahkan yang mungkin menggugt keselamatan,kesetabilan dan keharmonian negara. Tetapi dalam contoh yang diberi [Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'']- utusan online- ianya sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia umum, kerana rakyat hendak tahu apa?,kemana?berapa? dan lain2 lagi mengenai urusan PM mereka.

Perkara yang berlaku kepada Gaddafi dan Husni Mubarak itu ialah kerana tiadanya transferensi dan salah urus/guna sedangkan rakyat ditindas dan dinafikan hak mereka. Apa yang hendak dibimbangkan jika PM kita melakukan urusan resmi dan peribadi dengan cara yang betul dan benar?

Jika tiada kurap jari tidak bergaru-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون