Sabtu, September 17, 2011

MANSUH ISA : ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai - Dato' Sri Najib Razak.

Ramai yang mengalu2kan dan menyambut baik pengumuman PM memansuhkan ISA dan lain2 akta yang bersifat zalim serta tidak islamik. Namun akta2 yang bersifat pengawalan dan pencegahan masih perlu demi kemaslahatan (kebaikan) rakyat sebagaimana petikan di atas.

Persoalannya sekarang ialah apakah akta yang menggantikan ISA itu selari dengan prinsip keadilan dari segi matan (kerangka) nya dan yang penting dari segi perlaksanaannya?

Tanpa syak wasangka kita menerima perubahan yang baik itu dari segi roh dan kerangka zahirnya (dengan penelitian apabila ianya dibentangkan kelak). Tetapi sesuatu yang perlu diambilkira walaupun betapa adilnya sesuatu undang2 atau akta ialah siapakah pelaksananya?

Roh kebaikan dan keadilan itu bukan sahaja mesti ada pada undang2 tetapi mesti ada pada pelaksana undang2. Contoh mudah: Bagaiman seorang hakim pencuri boleh memberi keadilan kepada mangsa curi?

Ciri amanah di dalam sistem kehakiman juga sangat penting supaya undang2/akta yang adil tidak di menipulasi supaya hakim memberi keadilan kepada semua bukannya keselesaan kepada majikannya. Kepentingan diri juga harus di sifarkan jika tidak jadilah ia seperti Hakim Beruk dalam cerita Kalilah dan Dalilah.

Ada orang berkata transformasi sistem sahaja tidak cukup ia mesti bersama reformasi pemerintahan- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون