Selasa, Februari 02, 2010

LAMPU MERAH

Malam ni Aki balik dari F. Sebertak. Simpang Kerayong (Bandar Bera) bukan main meriah lagi dengan lampu bercahaya menerjah setiap pelusuk. 15 tahun lalu..... Di Simpang tu ada kedai Pi'ie jual buah, Kedai Hjh Manah, Kedai cina perabut dekat pokok macang dan lain2 yang disebut 'cara kampung' Mana ada Pasaraya Aktif, Happy F.C, Masjid Daerah dan Bangunan Pejabat Tanah. Bangganya jadi orang Kerayong.

Berlatarkan bangunan tadi, terbentuklah simpang empat di tengah2 Bandar Bera ini. Lamunan Aki terhenti serentak dengan berehentinya kereta Aki kerana lampu merah di hadapan. Aki kereta yang ke tiga. Depan sekali Pajero,depan kereta Aki kereta kancil yang ada stikes "berodong sokmo" Dari seberang jambatan sungai teriang lagi Aki nampak dua kereta tu kaku di situ kerana lampu merah ter.

Aki bilang [giliran lampu menyala] Hijau ke Triang,hijau ke Temerloh,hijau ke Triang,hijau ke Temerloh. Diammm.... mungkin hijau sebelah jalan Pejabat Daerah (2x Triang 2x Temerloh + 1 P.D) baru hijau laluan Aki (dari sebelah felda). Huuu.... macam2 seranah dalam hati Aki.(Tuhan ampunkan dosa ku) Kereta yang dua lagi aki tak tau apa jampinya. Tapi dari cara 'pecutan hijau'nya lebih kurang macam gelodak hati Aki juga. Dok weh, sapa jaga heal lampu terapiklait ni? Ceear kabo kan ke deme, tak sedo ke setting lampu tu membosankan orang. Lampu merah pun tak adil. Lebih terok dari Berahim Pendek berbagi untung judi dalam filam Ali Baba [satu untuk aku satu untuk engkau......]

Di dalam siasah sar'iyyah, ada bab dimana pihak berkuasa boleh membuat apa2 peraturan untuk kemaslahatan orang ramai termasuklah mengadakan lampu isyarat di jalan tertentu guna keselamatan dan kelancaran lalulintas. Masa Aki ngaji dulu, aki tanya ustaz: " Wajib patuh ke?" Kata ustaz "wajib demi keselamatan, kalau berlaku kemalangan cedera atau mati yang melanggar lampu merah boleh dikenakan hukum dunia dan balasan akhirat" Kata ustaz tegas. Aki tanya lagi "kalau pukul 12 malam,jalan sunyi dari kenderaan, wajib ke patuh kepada lampu? Ustaz tak jawab....

Pada Aki, jika terhasil maksud dari peraturan itu yaitu untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan, langar lampu isyarat tengah malam buta yang tiada kereta2 tak mengapa. Tapi awas polih Zainal, kut2 dia ada di bas stop depan tu- sekian.

*Setelah berita ini ditulis,Aki diberitahu bahawa 'alat pengesan kenderaan' sebelah kanan laluan dari felda rosak menyebabkan lampu isyarat tidak berpungsi dengan baik-buatlah sesuatu untuk kemudahan bersama-Terima kasih.

2 ulasan:

  1. salam aki,
    koi arite selambe jek langgor lampu meroh spg empat te tp dah jauh malam jln sunyi..ander mase dia rosok gitu ajer,jenuh menungggunye hijau..tp x ijau2 jugek..panas ati tengok kiri kanan depan belakang.. takde org... tekan minyak je...hehehe

    BalasPadam
  2. Same le kita,Tgh Ari Gat-gat jangan di buat.

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون