Isnin, Mei 07, 2012

TERCABUT GIGI KERANA TULANG SEKETUL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini (6/5/12) memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.-Malaysia Kini.

Jika alasan di atas (bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara) menyebabkan perhimpunan atau demonstrasi diharamkan maka Aki sangat setuju.

Tapi jika tujuannya baik yaitu untuk mendedahkan penyelewengan dan kemungkaran serta mendesak kerajaan berlaku adil dalam pilihanraya, apa kata Majlis Fatwa?. Dan apa Majlis Fatwa nak kata tentang penyelewengan daftar pengundi atau kemenangan kerajaan BN/Umno dengan cara tipu daftar pengundi, Adakah halal atau haram wang elaun wakil rakyat yang menang dengan cara tipu dan rasuah? Kejatuhan kerajaan pakatan di Perak 2009 kerana lompat dan manipulasi sistem kehakiman dalam isu tersebut, apa komen Majlis Fatwa?

Bab langgar undang2, ianya sangat subjektif. Majlis Fatwa mesti mendapat gambaran yang jelas tentang isu ini dari semua pihak samada penganjur/peserta atau pihak polis, bukan bergantung dengan maklumat sebelah pihak sahaja.

Sementara itu kenyataan Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam siaran yang sama bahawa tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.- walaupun betul dan benar tetapi dilihat mengambil kesempatan mengutuk BERSIH 3.0 kerana berketuakan Ambiga sedangkan BERSIH 3.0 ada Jawatankuasa Pemandu yang kebetulan Ambiga jadi ketuanya.

Isu ketidakadilan pemerintah khususnya SPR yang memungkinkan adanya BERSIH cuba ditengelamkan oleh akhbar pro BN/Umno dengan isu Ambiga LGBT . Apa ulasan Abdul Shukor tentang menyokong pemimpin yang isterinya tak menutup aurat? Jika jawapannya ialah tiada kena mengena maka yang berhimpun ramai2 28 haribulan itu bukan menyokong LGBT bahkan mahu negara ini bersih dari penyelewengan.

Menunjuk taring biarlah kepada yang bergigi, jangan tercabut gigi kerana tulang seketul - Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون