Khamis, April 29, 2010

KERBAU 'MISTERI'



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat -Malaysia Kini.

Tabik tuan,janganlah cakap macam tu. Itu cakap orang kecewa lagipun mengarahkan anggota tidak mengawal keselamatan orang awam adalah salah dari segi undang2. Walaupun pada hakikatnya IGP tidak akan mengarahkan demikian tetapi cakap 'merepek' itu tidak harus keluar dari pemimpin yang didikasi dan waja. Tuan ada 103494 [lebih kurang] anggota di seluruh Malaysia. Semuanya bekerja dengan penuh displin dan mengikut tatacara yang betul kecuali segelintir anggota yang 'bermasaalah' dan bertindak melulu.

Aki percaya jika cakap2 tentang kecuaian anggota polis berhubung kematian Aminulrasyid di warung kopi dan dikalangan rakyat marahin, IGP tidak akan melatah begitu. Tetapi apabila orang politik samada pembangkang atau kerajaan berbunyi menyebabkan rasa rimas dan tidak selesa menghantui beliau.

Membela anak buah adalah sifat ketua yang dipuji,tapi harus diingat keluarga Aminulrasyid juga berhak membela kematiannya. Masyarakat awam juga berhak mengemukakan pandangan mereka walaupun hanya sekadar persepsi. Berdasarkan kes2 kecuaian yang telah berlaku,tidak dapat dinafikan [dilakukan oleh segelintir anggota polis] persepsi mungkin menjadi realiti. Orang ramai pun menjadi hakim sendiri [sesuatu yang tidak patut] lalu mereka bercakap2 samada nak menambat 'kerbau' yang membawa lumpur itu kah atau nak menambat 'ibu' kerbau itu sama kerana menyembunyikan 'kerbau' misteri itu.

Ada pihak mencadangkan ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat kes ini lantaran tidak yakin akan ketelusan dan keadilan pihak tertentu. Betul juga, tak kan bapa atau adik beradik ditugaskan menyiasat kesalahan anak atau keluarga sendiri. Setinggi mana tahap profisonal kita sekali pun akan ada ruang fitnah jika kita menyiasat keluarga kita sendiri.

Sementara menunggu perkembangan selanjutnya, diharap semua pihak berhikmah dalam menangani isu ini. Al Fatihah untuk adik Aminulrasyid -Sekian.

Gambar- Malaysia Kini.




KELENTONG ?



KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog [Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella)] mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.- Utusan Online.

Sikit sangat RM4 juta dalam masa 3 tahun, kira2 RM 1.3 juta setahun jika dibandingkan
anggaran hasil tahunan 2010 Negeri Kelantan sebanyak RM387.38juta dan perbelanjaan mengurus hampir RM400juta. Tentulah perbelanjaan promosi dan menangkis dakyah serta penerangan Negeri kelantan lebih dari yang didakwa. Dalam mana2 sistem politik, peruntukan dan perbelanjaan untuk mempertahankan dasar dan menangkis serangan musuh politik adalah suatu yang beretika dan tidak menyalahi undang2.

Menerima peruntukan lebih RM4 juta [jika dakwan itu benar] untuk satu orang dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk [persepsi buruk itu hanya dakwa Kickdefella] adalah satu kenyataan yang sangat diragukan oleh manusia, jin dan semua yang bernyawa di Negeri Kelantan.

Kecualilah beliau adalah KetuaPengarah Perang Saraf NegeriKelantan,maka RM4 juta sa
tu nilai yang perlu ditambah memandangkan serangan BN sangat hebat kepada Negeri Kelantan.

Apatah lagi jika mengujudkan 'persepsi buruk' itu hanya dijalankan melalui blog yang dilawati oleh orang Gua Musang dan sewaktu dengannya secara berulang2 dari tahun 2007 seramai 5,773,824 Kicks [hit] aje.

Kalau kenyataan di atas untuk 'market' dan sensasi, lebih canggih kalau di sebut RM 40juta. SPRM mana yang nak siasat kerana kenyataan tersebut menguntungkan 'tokey'*

Berpada2lah kalau nak kelentong pun, jangan jadi seperti budak dengan kambingnya sudahlahhhh, akhirnya dibaham harimau-Sekian.

*Berita blog di hightlight dalam media perdana kerana menguntungkan tokey ler...
G1- Pak Lah dan Tn Guru Nik Aziz -Google.
G2- Pak Lah dan Anwar Ibrahim- Blog Khairol Khalid.

Selasa, April 27, 2010

MASA TUNAI JANJI


Belum terlambat lagi untuk ucap tahniah kepada P Kamalanathan di atas kejayaan di HS bersekali dengan bebanan yang dipikul hasil janji Pak Menteri. Aki harap YB Kamala sejak dari pengistiharan kemenangan sehingga kepada akhir penggal [PRU 13] akan menjadi 'pelari maraton' yang tak jemu dan letih bekerja bagi memastikan pengundi HS terbela sesuai dengan janji beliau masa kempen.

Satu senarai panjang janji mestilah ditampal di dinding pejabat menghadap ke kerusi tempat duduk YB. Kalau perlu besarkan fonnya. Mula2 senaraikan janji YB kepada pengundi, contohnya nak buat lawatan seminggu sekali,nak selesaikan masalah longkang tersumbat,nak beri bantuan kepada sekolah cina, nak turap jalan pecah,nak stabilkan gred perahan minyak sawit dan lain2.

Kemudian senaraikan janji2 Kerajaan Persekutuan seperti selesaikan masalah bekas peneroka Sungai Buaya [tak kan padan dengan pendahuluan RM 1000],nak naikkan gaji pengawal keselamatan [RM 1000 ke atas], Suntik wang kepada PIBG sekolah cina, nak beri kemudahan kepada penduduk di estet dan lain2.

Buat senarai tu bukan apa, supaya ingat akan janji supaya tidak jadi seperti janji di PRK Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang dan Batang Ai. Bukan tak tunai,tapi 'yang di korek lebih banyak dari yang ditimbus'.

Bila masuk parlimen nanti YB mintalah speker letak YB bersebelahan YB Pasir Mas yang mulut 'beros' tu.... Boleh tanya dia, jejambat di tengah bandar Pasir Mas yang Kerajaan Persekutuan janji masa PRK Pengkalan Pasir bertahun2 dulu dah siap ke..? Ataukah hancur hati pengundi Pasir Mas bersama hancurnya 'sign board' jejatas tersebut. Selamat bertugas - Sekian

Jumaat, April 23, 2010

PROJEK SEGERA



KUALA KUBU BHARU: Dalam usaha meningkatkan taraf hidup peneroka Felda, agensi kerajaan itu semalam, memberikan pinjaman tanpa faedah RM6.1 juta kepada 198 peneroka daripada empat Felda di Gugusan Sungai Dusun, di sini, bagi membina rumah baru menggantikan rumah mereka yang sudah lama. - Berita Harian.

Di atas adalah salah satu dari berita baik yang boleh didapati pada musim pilihanraya. Tentulah 198 peneroka yang diluluskan pinjaman perumahan oleh Felda sangat sukacita walaupun undi belum tentu dapat kepada kerajaan [persekutuan] Lain pula pendapat peneroka yang tidak tertarik dengan tawaran Felda itu [di felda lain dan diluar musim pilihanraya] Mereka ada alasan tersendiri.

En Zakaria (Ismail)[ Peneroka Felda Selancar 2,] menyatakan bahawa beliau memang tidak berhajat membuat pinjaman itu.[perumahan] Melalui hutang yang dikenakan oleh Felda dan pinjaman perumahan ada peneroka-peneroka yang sudah berumur menghampiri 60 tahun dibebankan dengan hutang hingga RM100,000.00 dan tanah kampong dan ladang mereka di kaveat oleh Felda.
En Zakaria menyatakan bahawa beliau tidak mahu berhutang hingga ke mati dan mengenai rumahnya beliau akan membaikki rumahnya dengan keupayaan sendiri - The Spirit of Lubuk Kawah.

Adalah pemandangan biasa jika kita melihat projek segera mencurah2 dalam masa pilihanraya terutamanya PRK. Jalan berlubang diturap baru, pengumuman kenaikan gaji [JAGA akan naik gaji minima melebihi RM 1000], perasmaian sekolah,pecah tanah dan bermacam2 lagi. Adakalanya satu projek dirasmi sampai dua/tiga kali. Akta baru [yang membebankan] yang sudah dibentang di parlimen ditarik semula kerana bimbang sokongan merosot.

Musim luar pilihanraya bukan tak ada projek tetapi ia amat menonjol dimusim pilihanraya ,lagi pulak senang pula dapat peruntukan. Kalau inilah style pembangunan yang dijalankan tentu ramai yang berharap[berdoa] ada YB yang akan kembali ke...................

Ada ke orang Bera ni yang berdoa supaya YB kembali ke...................... kerana sudah tidak sanggup melalui jalan Temerloh-Triang yang Tuhan sahajalah yang tahu. Aki berdoa untuk kesajahteraan semua-Sekian.

G1- Rumah peneroka- Google.
G2- Gambar Hiasan - Salmah Fotopages.


Rabu, April 21, 2010

MEMERANGKAP LALU TERPERANGKAP

Berita Harian

Bung Mokhtar memang popular sebagai MP yang 'bermulut luas'. Bertambah popular kerana memperisterikan pelakon seksi Zizie. Lagi bertambah2 popular sebab didakwa di mahkamah berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat berkahwin tanpa kebenaran.

Di Malaysia ini, pasangan yang ingin berkahwin selain dari mesti memenuhi tuntutan asas syarak mereka juga mesti mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing2. Bagi yang ingin menambah cawangan [berpoligami] sekurang2nya ada salah satu dari dua tatacara yang perlu dilepasi [lulus] samada mendapat kebenaran isteri pertama atau kelulusan mahkamah sariah.

Pada firasat Aki, Bro. Bung tidak menghadapi kesukaran atau halangan untuk memenuhi kehendak tatacara perundangan [untuk lulus] dengan kemampuan spiritual dan metrial yang ada. Tambahan lagi tak perlu ke Siam untuk tujuan tersebut kerana memang mendapat keredhoan wali dan ada saksi seperti mana kenyataan tuanpunya diri.

Masalahnya ialah [mungkin] prosedur yang mengambil masa yang lama atau yang amat lama [bagi mereka yang tak sabar menunggu] bagi kelulusan pihak berkuasa agama. Jalan pintasnya ialah 'jalan dulu' le.....'. Jadi kes Bro. Bung bolehlah diibaratkan orang yang lulus ujian memandu tetapi belum dikeluarkan lagi lesen yang sah.Stedylah Bro. Ia bukan kesalahan jenayah. Bayar denda.....! Kalau macam Bro.Bung 10 x ganda lagi tak ape...

Adapun peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama,ianya termasuk di dalam Siasah Syar'iyyah untuk menjaga kemaslahatan [kebaikan] ummah. Berlakunya penyelewengan, pemalsuan,saksi bohong,penganayaan rumahtangga dan sebagainya menuntut peraturan2 tambahan untuk meminimakan kemudaratan.

Teperangkap di dalam peraturan kerana kegelojohan kita atau kelemahan manusia yang menjalankan peraturan itu menyebabkan kita terperangkap,menuntut kita bertanya kepada diri kita sendiri... Sekian.

Selasa, April 20, 2010

KOMPAUN NAIK SAMA DENGAN ROKOK NAIK?



KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak - Kosmo

Cara mudah kerajaan nak dapat duit sekaligus untuk mendisplinkan [menakutkan] pemandu. Aki tak mahu ramal apakah ia berkesan untuk mendisplinkan pemandu. Yang pasti kalaupun tak bertambah pemandu yang melakukan kesalahan, hasil kerajan tetap bertambah dengan kenaikan kadar kompaun.

Kalau diambil contoh dari kenaikan harga rokok, penagih tegar rokok tak berkurangan, malah bertambah pula pendapatan kerajaan. Memang payah mendidik manusia.Ia perlu kepada komitmen yang tinggi dan keikhlasan.

Samada kenaikan kopaun satu tindakan yang ikhlas untuk mengurangkan kesalahan jalanraya atau tujuan utamanya untuk sumber pendapatan, itu adalah sesuatu yang diluar jangkawan Aki- Sekian.

G1- Merokoklah akan sebagai merokok- Google.

G2- Kemalangan- Google.

Isnin, April 19, 2010

'BUKAN MALAIKAT' LAWAN RANTAI MENTERA


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka. - Malaysia Kini.

Sami Vellu sudah lama dalam politik. Dia sangat arif akan apa ubatnya untuk jentera peringkat akar umbi bekerja bermatian2. Apabila saja Samy meniup Rantai Mentera [selepas ini disebut RM] dalam pertemuan dengan 75 cawangan, sekurang2nya 750 orang tenaga pengerak kempen akan bekerja keras sesuai dengan sebanyak mana RM tersebut ditiup.

Untuk stratigi supaya akar umbi terus bekerja maka akan dipesan kepada kepala2 750 orang tersebut supaya RM itu tidak ditiup habis pada awal kempen. Tiup sikit2 dan jika anginnya nak habis,lekas beritahu si calun P Kamalanathan.

Dan untuk memastikan kemenangan satu hembusan RM peringkat akhir akan dilakukan samada 2 hari atau 1 hari sebelum mengundi yang mensasarkan 7500 orang akan merasa RM lalu memastikan kemenangan P Kamalanathan.

Sebenarnya Rantai Mentera bukan digunakan oleh Samy sahaja,malah oleh kebanyakan ketua2 parti sekular dalam dunia ini. Penghasilan dan cara meniup RM saja mungkin berlainan mengikut kesesuaian penyokong atau pengundi. Menurut hemat Aki bukan semua RM itu salah. Kalau untuk perbelanjaan jentera tak salah,yang menjadi salah ialah RM dihembus kepada pengundi supaya menjadi 'pukau' untuk mengundi calun berkenaan.

Secara jujur kempen memburuk2kan peribadi calun adalah tidak beretika.Tetapi jawapan Zaid Ibrahim yang mengaku salah terhadap kesilapan peribadi nya dan dia bukan malaikat serta telah meminta maaf [ampun] dengan Allah swt. menjadi tempelakan kembali kepada 'pengaib' yang kononnya 'bersih' dari kemungkaran. Kesalahan peribadi kepada Allah swt akan diampun oleh Allah swt apabila sesaorang itu bertaubat sebaliknya Allah tidak mengampun kesalah/kezaliman kepada manusia [pecah amanah,rasuah,menipu dan sebagainya] kecuali minta maaf dengan yang dizalimi serta memperbaiki kesilapan semanpu mungkin.

Samada si A atau si B yang menang, bagi orang beriman mereka akan dipertanggung jawabkan sehingga ke akhirat- Sekian.

G1- Muka depan Sinar Harian.

Jumaat, April 16, 2010

PANDANGAN TERBALIK

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan asap dan wap keluar dari kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

LONDON - Puluhan ribu orang terkandas manakala semua jadual penerbangan di Britain ditangguhkan selepas sebuah kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland mengeluarkan debu dan wap, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu yang diramalkan berterusan sehingga beberapa hari lagi, menyebabkan Britain terputus hubungan dengan dunia luar.

Kawah yang mengeluarkan debu itu terletak di bawah sebuah glasier seluas sekitar 100 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur ibu negara Iceland, Reykjavik - Kosomo.

Sepanjang 100an tahun sejarah yang telah kita baca,dengar dan sekarang ini dengan alat kominikasi yang canggih kita boleh lihat kemusnahan dan kegoncangan alam yang fana ini sebagai satu peringatan dari Allah 'Azza wa Jalla. Bahkan surah ke 99 dalam quran dinamakan az zalzalah [kegoncangan]

1- Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat)
2- Dan bumi telah mengeluarkan beban2 berat yang (dikandungnya)
3- Dan manusia bertanya: Mengapa bumi jadi begini?
maksud az zalzalah 1-3

Orang bijak pandai pun berkata: Gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan Tsunami tak ada kena mengena dengan kemurkan Allah. Itu adalah fenomena alam [tanpa mengaitkan dengan kuasa Allah] Manusia tak pandai menjaga alam sekitar, tak pandai jaga udara,tak pandai jaga lapisan ozon. Kalau sebab murka Allah, kenapa terjadi di tempat ramai orang Islam seperti di Acheh, Iran dan Negara Islam Afrika... Hujah mereka [hujah akal yang dungu]

Akal sihat akan berfikir: Bala bincana adalah peringatan Allah sebab itu ia turun keatas negara orang Islam. Hidup di dunia bukan segalanya, mukmin yang mati akibat bincana akan berakhirlah kensangsaraan di ganti dengan nikmat. Yang jahat akan menerima balasan sesuai dengan perbuatan mereka di dunia.

Apatahlagi bala bincana [sekarang ini] berlaku juga di negara kuffar, Amerika dan eropah serta pulau2 pasifik tak terlepas dari musibah tersebut.

Suatu pandangan terbalik berlaku apabila masyarakat eropah dan amerika akan terima bincana itu sebagai peringatan Allah lalu menerima Islam, sementara [amat dimusykili] umat Islam masih berkhayal dengan fenomena alam lalu mereka melupakan peringatan Ilahi- sekian.

Selasa, April 13, 2010

DUNIA OH DUNIA


KUANTAN Usianya baru 17 tahun tetapi sudah ligat memperdayakan orang ramai dengan menyamar sebagai anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tanpa motif yang jelas, remaja lelaki yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 itu memperdayakan banyak pihak dengan nama Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah.

Malah, beberapa orang kenamaan termasuk seorang ahli Exco Pahang serta para pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) turut terpedaya dengan kelicikan remaja yang berasal dari Bera itu.

Bagi meyakinkan orang ramai, dia menggunakan kepala surat palsu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kepada pengurusan JLKN mengenai hasratnya melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating bulan lalu.- Berita Harian Online.

Komen: Ternyata 'Tuan Muda' seorang yang pintar dan berani berdasarkan keputusan peperiksaan SPM nya dan helah nya yang dapat memperdaya JLKN. Persoalan samada JLKN tidak berhati2 atau takut tak bertempat sehingga terpedaya bukanlah tujuan tulisan ini. Di dunia ini ramai Penipudaya yang telah menipu,sedang menipu dan akan menipu dengan apa2 alasan sekalipun. Sudah ramai juga yang tertipu,sedang ditipu dan akan ditipu dengan sebab2 tertentu.

Dari skim cepat kaya yang berbagai bentuk dan pelaburan berulang kali yang bukan sedikit, manusia memujuk diri sendiri untuk tertipu lagi hanya kerana akal terpesong dan tidak dapat menimbang dan mengukur dengan timbangan dan ukuran yang sebenar dek kerana pujukan nafsu.

Lama dulu,sesaorang telah menyamar sebagai doktor.Sempatlah masuk bilik bedah, kepalsuannya terbongkar apabila misi [nurse] melihat ia masih memegang peralatan bedah selepas menanggalkan sarung tangan.

Selagi manusia bernafsu untuk merebut dunia, selagi manusia mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain... selama itulah berlaku penipuan... Adalah Polis palsu,tentera palsu,doktor palsu,JPJ palsu,kastam palsu,imigresen palsu, dan lain2 yang palsu... cuma belum ada Perdana Menteri palsu... Zaman Sadam Husain, dikatakan ada 7 Sadam Husain palsu.

Kalau tandatangan palsu,wang palsu,dokumen palsu dan janji palsu barangkali lebih banyak dari rambut palsu.

Adakah tuan/puan pernah dengar Dr palsu menggunakan wang palsu untuk membeli sijil [gelaran Dr] palsu ?

Walau bagaimanapun gigi palsu dan kaki palsu adalah satu keperluan kepada mereka yang berkenaan -sekian.

G1- Beberapa askar Rusia mengangkat keretakebal tiruan - sumber media.

Ahad, April 11, 2010

JANGAN MAHAL TALI DARI BERUK SUDAHLAH..

Jepun tawar gerabak terpakai percuma kepada KTMB

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menerima 15 gerabak terpakai dari Jepun secara percuma untuk kegunaan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM Bhd) sebelum Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata beliau memberi jaminan bahawa gerabak itu masih berkeadaan baik dan boleh digunakan. "Bila saya pakai istilah terpakai ini janganlah ada pihak yang terkilan. Maksud terpakai di sini bukanlah dalam keadaan yang buruk. Ini dalam keadaan yang telah pun kita semak, pastikan dalam keadaan yang memuaskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Borak-Borak dan Sarapan Pagi bersama penghuni Flat Kos Rendah Pandan Perdana di sini hari ini. Beliau berkata, KTMB telah membuat penilaian teknikal keadaan gerabak itu di Jepun dan mendapati ia selamat digunakan di sini. - Berita Harian Online.

G1- Gambar Hiasan- Google.

Komen Aki:

1- Orang nak bagi, ambik.
2- Boleh guna [selamat], gunakanlah.
3- KTM sudah selamat RM 64 juta kerana tak jadi beli tren dari Sepanyol.
4- Boleh ke tambang free? Ooooo tak boleh ada kos operasi. Kalau tak boleh separuh jadilah... tentu warga bandar setuju dengan Aki. Tak boleh juga..... [ktm sedang berfikir]

Mafhum Muqabil:

1- Orang yang layak terima pemberian adalah orang miskin.KTM atau kerajaan yang miskin?
2- Mungkin ada barang free dikira separuh harga atau barang
secondhand dikira baru?
3- Jangan mahal tali dari beruk sudahlah [ Kos baiki lebih mahal dari penjimatan kerana tak jadi beli terin Sepanyol]
4- Tak boleh turun tambang maknnya kedekut dengan harta orang [dapat free]

WallahuA'lam bissowab- Sekian.



Jumaat, April 09, 2010

NOK AJO JUGA SEKS DI SEKOLAH?

Baca jangan tak baca

Segera ajar subjek kesihatan reproduktif


PARA artis dan tetamu jemputan memegang nombor Talian Nur 15999 pada majlis pelancaran Kempen Kami Prihatin oleh Shahrizat Abdul Jalil di KL Sentral, semalam. Turut kelihatan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (belakang lima dari kiri), pengurusan Kumpulan Utusan, Astro dan Karyawan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa supaya pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada murid sekolah seawal usia 12 tahun disegerakan.

Menurutnya, pengajaran subjek itu perlu dipercepatkan bagi membendung gejala kehamilan luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.

"Pengajaran mengenai kesihatan reproduktif tidak boleh dilengahkan. Walaupun ada subjek mengenainya namun ia tidak cukup mendalam. Kita mesti ajar mereka secara ilmiah, saintifik dan berhemah- Utusan Online.

Aki pernah mengulas tentang Pendidikan seks di sekolah [Lihat n3 'Imam berdandut makmum havymetal']

Wallahu A'lam.-Sekian.

Khamis, April 08, 2010

BURUNG KAKAK TUA


Sementara itu, Rosli Ngah, iaitu pakar fisioterapi dan jurupulih di Hospital Raja Perempuan Zainab II, berkata keadaan baginda kini semakin pulih. Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata pihaknya menjalankan rawatan muzik terapi untuk membolehkan baginda bertitah semula.

"Tuanku dapat hafal satu lagu... burung kakak tua. Alhamdulillah percakapan tuanku kini semakin pulih," katanya. Beliau berkata Sultan Ismail Petra turut menjalani terapi cara kerja dan fisioterapi tiga kali sehari.

Selain rawatan, kakitangan Istana dan Raja Perempuan sentiasa mengerjakan solat hajat serta bacaan Yasin setiap hari sejak baginda dirawat di Singapura lagi. - Malaysia Kini.

Berita di atas merujuk kepada kesihatan Baginda Al Sultan Kelantan
Sultan Ismail Petra yang semakin pulih. Alhamdulillah sama2 kita doa untuk kesejahteraan baginda.

Aki yang jahil ini baru tahu bahawa dalam ilmu fisioterapi ada rawatan berbentuk muzik & senikata lagu sebagai terapi pemulihan pertuturan. Apakata kalau Aki cadangkan kepada Pengamal fisioterapi Muslim mengunakan 'Asma' al Husna' atau ayat al Quran [surah pendek] sebagai satu lagi pendekatan terapi pemulihan pertuturan kepada pesakit muslim.

Lebai Dolah [Tg Hj Abdullah Bkt Keledang] pernah memberitahu Aki bahawa antara keistimewaan orang yang mengekali membaca al Quran adalah tidak akan nyanyok. Maka Aki terkenangkan saorang guru quran Aki yang termusibah penyakit lumpuh dalam usia tua [85th] tetapi masih baik pertuturan nya sehingga beliau kembali ke rahmatullah.

Mungkin juga senikata lagu burung kakak tua versi di bawah ini juga memberi guna kepada kita.

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Kita sudah tua
bila lagi nak buat pahala

La ilaha illallah 2x

Kita sudah tua..........

Wallahu 'A'lam bissowab -sekian.

G1- Burung Kakak Tua versi google





Isnin, April 05, 2010

KONG KALIKONG



"Itulah sebabnya [Cukai Barangan dan Perkhidmatan]GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa untuk
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat bagi jangka masa panjang. kata PM -Malaysia Kini 4 April 10.

Ulasan: 1- Ambil wang dari poket anda kemudian naikan gaji anda- Kira geliga jugalah kepala PM kita ni.[org kampung macam kome ni dapat apa?] Habis dah ke sumber perolehan kerajaan. Tiada bumi atau laut yang boleh dikorek untuk keluarkan minyak? Habis dah ke pendapatan Felda & Felda Plantion diberi kepada peneroka dan G2 anak cucu peneroka? Lari belaka dah ke pelabur2 asing dengan kantung2nya sekali? Orang Malaysia bergelap belaka [tak guna letrik] sampai TNB muflis? Syarikat tekekominikasi takde untung ke untuk bantu kerajaan kerana rakyat jelata pakai khidmat burung merpati ke? Banyak lagi sumber... [tak tersebut]

2- Pembangkang putar belit- Atau semua rakyat jelata tak suka, cubalah PM umum perlaksanaan GST di Hulu Selangor. Terangkan kebaikannya betul2 [menurut pendapat kerajaan BN] atau istiharkan pada pilihanraya DUN Serawak tak lama lagi, kalau tidak jadikan GST menifesto Pilihanraya Umum 13. Tinggal kerusi ke atau tinggal songkok? [kalah atau menang]

Tamsil: 1- Khalifah Umar Abdul Aziz membenarkan mengambil harta rakyat [cukai dan sebagainya] dengan syarat telah habis harta pemimpin dikorbankan untuk kepentingan negara.
[pemimpin lebih papa dari rakyat]

2- Peranan pembangkang bukan untuk membangkang sahaja. Teguran untuk kebaikan rakyat jelata. [kalau untuk keuntungan politik, biarkan saja kerajaan buat GST supaya rakyat meluat dengan kerajaan]

Silap gayanya orang akan kata GST Gemok Sama Tuan- Sekian.

Jumaat, April 02, 2010

CARI REDHO SIAPA?


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju bekas model itu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat. Perkara itu dimaklumkan kepada Kartika melalui sepucuk surat semalam yang memaklumkan mengenai keputusan itu. Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010." - MalaysiaKini.

Komen Aki: Hukum 6 sebatan di lulus dalam sidang DUN & Di perkenan oleh KDYMM Sultan Pahang. Desakan pihak yang tak suka hukuman sebat [cara sariah] menyebabkan hukuman itu dikaji oleh Sultan di bawah kuasa baginda. Hukuman baru ini tentu akan dikomen oleh massa seperti kenyataan Kartika sendiri dalam Kosmo [gambar di atas]

Hendak dapatkan redho si A maka si B tak puas hati,begitu juga sebaliknya. Oleh itu carilah redhoAllah.Maka kembali kepada hukum Allah yang sebenar itu yang paling tepat - sekian.