Khamis, April 29, 2010

KERBAU 'MISTERI'



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat -Malaysia Kini.

Tabik tuan,janganlah cakap macam tu. Itu cakap orang kecewa lagipun mengarahkan anggota tidak mengawal keselamatan orang awam adalah salah dari segi undang2. Walaupun pada hakikatnya IGP tidak akan mengarahkan demikian tetapi cakap 'merepek' itu tidak harus keluar dari pemimpin yang didikasi dan waja. Tuan ada 103494 [lebih kurang] anggota di seluruh Malaysia. Semuanya bekerja dengan penuh displin dan mengikut tatacara yang betul kecuali segelintir anggota yang 'bermasaalah' dan bertindak melulu.

Aki percaya jika cakap2 tentang kecuaian anggota polis berhubung kematian Aminulrasyid di warung kopi dan dikalangan rakyat marahin, IGP tidak akan melatah begitu. Tetapi apabila orang politik samada pembangkang atau kerajaan berbunyi menyebabkan rasa rimas dan tidak selesa menghantui beliau.

Membela anak buah adalah sifat ketua yang dipuji,tapi harus diingat keluarga Aminulrasyid juga berhak membela kematiannya. Masyarakat awam juga berhak mengemukakan pandangan mereka walaupun hanya sekadar persepsi. Berdasarkan kes2 kecuaian yang telah berlaku,tidak dapat dinafikan [dilakukan oleh segelintir anggota polis] persepsi mungkin menjadi realiti. Orang ramai pun menjadi hakim sendiri [sesuatu yang tidak patut] lalu mereka bercakap2 samada nak menambat 'kerbau' yang membawa lumpur itu kah atau nak menambat 'ibu' kerbau itu sama kerana menyembunyikan 'kerbau' misteri itu.

Ada pihak mencadangkan ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat kes ini lantaran tidak yakin akan ketelusan dan keadilan pihak tertentu. Betul juga, tak kan bapa atau adik beradik ditugaskan menyiasat kesalahan anak atau keluarga sendiri. Setinggi mana tahap profisonal kita sekali pun akan ada ruang fitnah jika kita menyiasat keluarga kita sendiri.

Sementara menunggu perkembangan selanjutnya, diharap semua pihak berhikmah dalam menangani isu ini. Al Fatihah untuk adik Aminulrasyid -Sekian.

Gambar- Malaysia Kini.




3 ulasan:

  1. Al-fatihah buat mangsa........takziah kepada seisi keluarganya.

    BalasPadam
  2. salam tuan,
    masalahnya saya sampai ke sudah tak faham bila seorg ketua tertinggi peringkat negara mngeluarkan statement ini: "beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat"

    BalasPadam
  3. koi lagi tak fahammm............

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون