Khamis, April 29, 2010
KELENTONG ?
KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog [Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella)] mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.- Utusan Online.
Sikit sangat RM4 juta dalam masa 3 tahun, kira2 RM 1.3 juta setahun jika dibandingkan anggaran hasil tahunan 2010 Negeri Kelantan sebanyak RM387.38juta dan perbelanjaan mengurus hampir RM400juta. Tentulah perbelanjaan promosi dan menangkis dakyah serta penerangan Negeri kelantan lebih dari yang didakwa. Dalam mana2 sistem politik, peruntukan dan perbelanjaan untuk mempertahankan dasar dan menangkis serangan musuh politik adalah suatu yang beretika dan tidak menyalahi undang2.
Menerima peruntukan lebih RM4 juta [jika dakwan itu benar] untuk satu orang dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk [persepsi buruk itu hanya dakwa Kickdefella] adalah satu kenyataan yang sangat diragukan oleh manusia, jin dan semua yang bernyawa di Negeri Kelantan.
Kecualilah beliau adalah KetuaPengarah Perang Saraf NegeriKelantan,maka RM4 juta satu nilai yang perlu ditambah memandangkan serangan BN sangat hebat kepada Negeri Kelantan.
Apatah lagi jika mengujudkan 'persepsi buruk' itu hanya dijalankan melalui blog yang dilawati oleh orang Gua Musang dan sewaktu dengannya secara berulang2 dari tahun 2007 seramai 5,773,824 Kicks [hit] aje.
Kalau kenyataan di atas untuk 'market' dan sensasi, lebih canggih kalau di sebut RM 40juta. SPRM mana yang nak siasat kerana kenyataan tersebut menguntungkan 'tokey'*
Berpada2lah kalau nak kelentong pun, jangan jadi seperti budak dengan kambingnya sudahlahhhh, akhirnya dibaham harimau-Sekian.
*Berita blog di hightlight dalam media perdana kerana menguntungkan tokey ler...
G1- Pak Lah dan Tn Guru Nik Aziz -Google.
G2- Pak Lah dan Anwar Ibrahim- Blog Khairol Khalid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون