Khamis, Disember 02, 2010

KUAT GENDANG DARI PANCAKNYA

Menurut Wan Azizah, ketuanan Melayu seringkali disalah-guna oleh sekumpulan kecil golongan elit Melayu manakala hakikatnya kelas pertengahan Melayu terus bergelut dengan kemelut ekonomi.-Malaysia Kini.

Anwar Ibrahim (Datuk Seri) pula berkata Lim Kit Siang bleh menjadi TPM jika PR menang dalan PRU 13. Sebagai daya tarikan dan mengekalkan sokongan undi kaum cina dan mencuba 'Model Politik Baru' Pakatan Rakyat, kenyataan tersebut mengundang polimik 'ketuanan melayu'.

Perkara 152,153 Perlembagaan Persekutuan disandarkan untuk mempertahankan ketuanan melayu. Di bawah ini disalin sebahagian perkara tersebut:

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Ringkasnya, perkara 152 soal bahasa melayu dan 153 mengenai hak istimewa orang melayu. Cuba tuan2 senaraikan langkah kerajaan menyanjung dan mempertahankan bahasa melayu. Depan melayu [dengan B.I yang pelat] cakap orang putih juga (mengada2), matematik sains dalam bahasa inggeris [dah tukar ke BM] membazir masa dan wang dan lain2. tulisan jawi dah jadi apa?

Senaraikan juga hak istimewa orang melayu, pelajaran (biasiswa)? tanah ?(bapok susah nak dapat),perumahan? ekonomi? melainkan anda dari kalangan melayu atasan atau umnolisme,itupun pilih2, tak payah cakaplah....

Maka kata2 Wan Azizah di atas adalah sesuai pada masa ia mengeluarkannya sementara tawaran Anwar untuk cina jadi TPM tidak menguggat melayu melainkan dipinda perlembagaan dan dilucutkan kuasa Yang DiPertuan Agong. Untuk itu sebelum tanya Anwar, tanya dulu Dr Mahathir. Nampaknya kuat gendang dari pancaknya- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون