Sabtu, Disember 04, 2010

DENGKILAH KAMU BERSAMA ORANG2 YANG DENGKI......

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.- Malaysia Kini.

Kemewahan gaya apa ni. Naikkan tarif air (sehingga 37%) untuk menampung kos atau untuk keuntungan yang lebih sedangkan pengerusinya telah mendapat gaji yang sangat mewah yang jika diMalaysia ini gaji pengerusi syarikat kapal terbang RM 250,000 sudah dikira melampau dan tidak sesuai. Apatah lagi gaji pengerusi syarikat yang perniagaannya untuk keperluan rakyat ramai (miskin dan kaya) seperti air, RM30,000 pun sudah dikira cukup.

Gaji nak mahal,untung nak banyak. Menggunakan nama pengswastaan, sudah banyak kekayaan negara masuk ke kantong persendirian lalu yang muflis ialah negara dan rakyat sementara pemimpin dan kroni kaya raya.

Syabaslah kepada SYABAS dengan gaji pengerusi hampir 1/2 juta naikkan lagi air supaya orang ramai jadi meluat dan benci dengan tokey besar anda yaitu Umno dan BN. Jika Kedah naikkan harga air (keperluan) mendapat bantahan dari pemuda Umno, maka jika pemuda umno Selangor tidak memakai baju merah (menentang kenaikan harga air) maka anda semua memang hipokrit dan tiada 'telor'.

Tak pernah dalam sejarah kerajaan menentang kenaikan sesuatu perkhidmatan oleh agensi kerajan melainkan (setakat ini) Selangor. Politik apa ni,tidak lain melainkan politik dengki. Wahai kumpulan baju hitam (sokong kenaikan harga), dengkilah kamu bersama2 orang yang dengki..... -Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون