Aki benar2 terkejut dengan berita orang bukan Islam memberi tazkirah dalam surau seperti tercatat pada tajuk sampingan di atas tajuk besarUtusan Malaysia 28 Ogos 2010. Takada atau habis dah ke? ustaz2 di sana hingga orang bukan Islam pula memberi 'tazkirah'? Patutlah sultan murka!.
Dengan hati yang 'meluap2' Aki membuka laptop mencari2 sumber ke2 untuk me'nuteral'kan jiwa yang bergelojok. Aki jumpa ayat ini di dalam Malaysiakini “Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,”- Kata wanita yang menjadi konterversi itu.
Apabila perkataan 'sepatah dua kata' digantikan dengan 'tazkirah' 'meletup' 1 Malaysia dengan tanggapan yang salah dan sesungguhnya ia sangat merbahaya kerana menimbulkan sentimen melulu.[apa matlamat akhbar itu menggunakan perkataan 'tazkirah' tidak diketahui]
Mengenai orang bukanIslam masuk masjid,ini fatwa Majlis fatwa Kebangsaan:-
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
Mengenai tidak bertudung,ia mungkin janggal [yang paling baik dia menutup kepala] tetapi status non Muslim nya itu sepatutnya boleh difahami oleh kita. Yang kita tak faham ialah tentang wanita Islam yang ke huluke hilir dengan mendedahkan kepala samada dalam majlis rasmi atau tidak rasmi, dan menutup sedikit kepala dengan mengeluarkan 'jambul' ketika berada di masjid/surau.[tidak pula dianggap mencemarkan Islam]
Mengenai salah istilah ini, Aki dapat satu cerita kalmarin ketika berbuka puasa di Cemomoi. Ceritai ni dari Abang Izhar.Katanya: Ada seorang yang dipanjat biawak hingga ke atas kepala lalu dia mengirai2 [menepis2] tak juga biawak itu jatuh. Kemudian sesaorang memberitahunya: "merebah" 2x dengan nyaringnya.Lalu dijawab oleh si mangsa: "Ini bukan merbah,ini biawak".Menurut Abang Izhar 'merebah' dalam bahasa utara ialah meniarap atau merebahkan badan, bukan burung merbah.
Jadi sangat penting kita memahami istilah dan mendapat pandangan kedua supaya kita tidak menambah 'kesalahan' terutama dalam bulan yang mulia ini -Sekian.
G1-Google.
salam aki, bg koi hak jahil agama nie...klau dh bkn islam tue kita tau xmakan babi, xminum arak, xmain judi dan xberzina...bagi koi laa kan, baik berodong ngan dia dr berodong dgn org hak nama nye mcm nama org islam,mengaku islam tapi dedoh aurat, berdusta, ckp xserupe bikin.
BalasPadamSalam Fadh,
BalasPadamIslam sekerat2 itu le gaya nya.....
salam aki,
BalasPadamsronok kome dpt jmpe aki :)
t kasih juga atas tazkirah/ ceramah yg sgt bagus sbagai pengisian rohani.
bagi sy dlm isu ini, ianya tak lebih dari strategi perang saraf kotor & murahan tajaan pihak2 tertentu.
stiap kali mereka menabur fitnah dgn harapan ramai yg akan keliru sebaliknya Allah bukakan kekejian sendiri yg mereka cuba sorokkan.
sanggup mereka gunakan istilah 'tazkirah' utk memfitnah! dulu isu doakan lim guan eng dlm khutbah di p pinang. kalau betul salah, tangkap, buktikan dan ambil tindakan tetapi kenapa akhirnya senyap?
kesan dari strategi haram ini, golongan muda dan terpelajar pula berbondong2 cuba memahami isu tersebut mlalui sumber alternatif yg akhirnya mmbuatkan mereka makin fhm tentang Islam.
akhirnya, siapakah sebenarnya yg terjerat?
Salam kembali Pie,
BalasPadamTak sangka aok datang, dpt le kita bertemu mata dan berkenal di alam nyata.. terima kasih.