Selasa, April 27, 2010

MASA TUNAI JANJI


Belum terlambat lagi untuk ucap tahniah kepada P Kamalanathan di atas kejayaan di HS bersekali dengan bebanan yang dipikul hasil janji Pak Menteri. Aki harap YB Kamala sejak dari pengistiharan kemenangan sehingga kepada akhir penggal [PRU 13] akan menjadi 'pelari maraton' yang tak jemu dan letih bekerja bagi memastikan pengundi HS terbela sesuai dengan janji beliau masa kempen.

Satu senarai panjang janji mestilah ditampal di dinding pejabat menghadap ke kerusi tempat duduk YB. Kalau perlu besarkan fonnya. Mula2 senaraikan janji YB kepada pengundi, contohnya nak buat lawatan seminggu sekali,nak selesaikan masalah longkang tersumbat,nak beri bantuan kepada sekolah cina, nak turap jalan pecah,nak stabilkan gred perahan minyak sawit dan lain2.

Kemudian senaraikan janji2 Kerajaan Persekutuan seperti selesaikan masalah bekas peneroka Sungai Buaya [tak kan padan dengan pendahuluan RM 1000],nak naikkan gaji pengawal keselamatan [RM 1000 ke atas], Suntik wang kepada PIBG sekolah cina, nak beri kemudahan kepada penduduk di estet dan lain2.

Buat senarai tu bukan apa, supaya ingat akan janji supaya tidak jadi seperti janji di PRK Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang dan Batang Ai. Bukan tak tunai,tapi 'yang di korek lebih banyak dari yang ditimbus'.

Bila masuk parlimen nanti YB mintalah speker letak YB bersebelahan YB Pasir Mas yang mulut 'beros' tu.... Boleh tanya dia, jejambat di tengah bandar Pasir Mas yang Kerajaan Persekutuan janji masa PRK Pengkalan Pasir bertahun2 dulu dah siap ke..? Ataukah hancur hati pengundi Pasir Mas bersama hancurnya 'sign board' jejatas tersebut. Selamat bertugas - Sekian

3 ulasan:

  1. salam aki,
    ziarah sambil2 tumpang baca n3 kali ni. ntah kenapa nak tergelaklah pulok membacanya...:)

    BalasPadam
  2. kalau x silap saya di pengkalan pasir, ibrahim ali telah bertanding sebagai 'ibrahim ali'........berjaya mendapat serdak-serdak undi sahaja.........

    BalasPadam
  3. tang mana pie.... tang maraton ker...tang tepek senarai janji? Apa2pon.. terima kasih krn ziarah aki

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون