
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat -Malaysia Kini.
Tabik tuan,janganlah cakap macam tu. Itu cakap orang kecewa lagipun mengarahkan anggota tidak mengawal keselamatan orang awam adalah salah dari segi undang2. Walaupun pada hakikatnya IGP tidak akan mengarahkan demikian tetapi cakap 'merepek' itu tidak harus keluar dari pemimpin yang didikasi dan waja. Tuan ada 103494 [lebih kurang] anggota di seluruh Malaysia. Semuanya bekerja dengan penuh displin dan mengikut tatacara yang betul kecuali segelintir anggota yang 'bermasaalah' dan bertindak melulu.
Aki percaya jika cakap2 tentang kecuaian anggota polis berhubung kematian Aminulrasyid di warung kopi dan dikalangan rakyat marahin, IGP tidak akan melatah begitu. Tetapi apabila orang politik samada pembangkang atau kerajaan berbunyi menyebabkan rasa rimas dan tidak selesa menghantui beliau.

Ada pihak mencadangkan ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat kes ini lantaran tidak yakin akan ketelusan dan keadilan pihak tertentu. Betul juga, tak kan bapa atau adik beradik ditugaskan menyiasat kesalahan anak atau keluarga sendiri. Setinggi mana tahap profisonal kita sekali pun akan ada ruang fitnah jika kita menyiasat keluarga kita sendiri.
Sementara menunggu perkembangan selanjutnya, diharap semua pihak berhikmah dalam menangani isu ini. Al Fatihah untuk adik Aminulrasyid -Sekian.
Gambar- Malaysia Kini.