Selasa, Mei 29, 2012

SIAPA PETUALANG?

Salam,
Menziarahi Sdr Awang di F. kumai, bertanyakan pasal demo yg di buat depan pej. pengurus tempohari. Awang kata: Ia satu salah faham dan keliru yang amat sangat. 21 org yang dituduh petualang itu sebenarnya (termasuk 154 yg lain) membuat injaksi mahkamah untuk menghalang bank dari memperoses borang pinjaman pelaburan (FGVH) kerana:
1- Tidak diberi penerangan dengan jelas oleh pentadbiran felda.
2- Borang dalam bahasa Inggeris (tak faham)
3-Jumlah pinjaman tidak di nyatakan (dibiarkan kosong)
4-Tiada pegawai bank yang hadir semasa tandatangan di turunkan.

Maka mahkamah telah membenarkan dan pihak bank telah bersetuju menarik balik borang pinjaman tersebut.

Salah faham berlaku apabila pihak tertentu menuduh 21 orang ini menyaman pengurus. Kekeliruan juga berlaku apabila 2 orang dari 21 orang ini menarik diri dari injaksi tersebut setelah mahkamah memutuskan mereka menang.

Penaniayaan apa yang rakan2 mereka lakukan kepada 2 orang ini, sehingga mereka memohon maaf secara terbuka kepada semua peneroka felda (Sinar Harian 27 Mei 2012) Tuntutan mereka untuk tarik balik borang hutang bank sudah berjaya,jadi apa masaalah nya?

Masaalahnya ialah pihak tertentu mengelirukan mereka untuk tujuan tertentu. Lalu dituduhlah 21 orang itu sebagai petualang.

Menurut Ust Yusof Che Din perkara ini (injaksi dan kekecohan) tidak akan berlaku jika sekiranya pihak pengurusan felda memberi penerangan yang jelas tentang hutang pelaburan dan hadiah durian runtuh.Keran sikap tidak jujur sesetengah pihak maka terjadilah perkara tersebut sehingga ada yang di tuduh sebagai petualang dan sikap hina menghina antara peneroka.

Jadi sekarang tuan2, Siapa sebenarnya petualang?
-Sekian.

Rabu, Mei 16, 2012

ANTARA POLITIK MUFTI DAN MUFTI BERPOLITIK

Salam,

Kerana bimbang parti pujaannya kalah dalam PRU 13, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sangup menerima saranan Ibrahim Ali Perkosa yang mencadangkan supaya nama Islam pada parti PAS digugurkan. Mengulas isu tersebut mufti yang paling kanan dalan Majlis Fatwa Kebangsaan itu berkata "Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu" -Petikan Berita Harian 14 Mei 2012.

Jika muzakarah tentang perkara tersebut diadakan atas cadangan Harussani ia tentu dilihat sebagai perbincangan yang bias dan akan menghasilkan keputusan bias kerana Harussani telah berkata mendahului Majlis Fatwa. Lebih baik Mufti Perak itu ber'muzakarah' dengan Berahim dan Zol peguam sahaja untuk mengharamkan perkataan Islam pada PAS.

Jika terbukti PAS memperjuangkan Islam berdasarkan Al Quran,Sunnah,Ijma' dan Qias yang terang, berbanding perjuangan kebangsaan Umno,beranikah Harusani mengajak Majlis Fatwa memfatwakan tidak boleh digugurkan nama Islam pada PAS bahkan wajib mengundi PAS dalam pilihanraya?

Ini percubaan kedua usaha menggugurkan nama Islam pada PAS setelah ditolak oleh Majlis Raja-Raja pada satu ketika dahulu. Ironinya ia akan dicadang oleh seorang mufti. Aki mendoakan muga Harussani dipanjangkan  umur oleh Allah swt. dan dapat melihat isu ini di luar kongkongan jawatan dan pangkat. Barangkali sudah terjawab kemusykilan Aki kenapa Imam yang Empat tidak mahu terima jawatan mufti.- Sekian.

Selasa, Mei 15, 2012

AYAH ANGKAT YANG MENGADA-NGADA

BERA  - Peneroka yang berasa diri mereka tertipu atau menjadi mangsa penipuan kerajaan dan Felda diminta meninggalkan tanah rancangan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna terus tinggal di tanah rancangan Felda jika mereka berasa kehidupan tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan.

Menurutnya, peneroka seperti itu jika masih berada di tanah rancangan hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan Felda. Sinar Harian.

Kenyataan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas seumpama ayah tolol marahkan anak yang nakal tetapi cerdik yang menegur salahlaku ayahnya yang menggadaikan tanah untuk mendapat wang segera untuk diperniagakan yang seluruh isi rumah tidak diberitahu dengan jelas bahkan ditipu untuk bersetuju dengan si ayah.

Teguran Si anak tidak ada kena mengena dengan kemurahan ayah membahagikan wang laba yang telah dikumpul sekian lama hasil kerjasama satu keluarga. Laba itu patut dikongsi sesama keluarga dan sepatutnya ayah tidak perlu/patut marahkan anak yang menegur sikap ayah yang tamak (untuk kepentingan sendiri) kerana pada pandangan anak tanah tersebut tidak boleh digadai kerana menjadi hak jenerasi akan datang.

Tiba2 ayah yang amarah kerana Si anak tidak bersetuju, bertindak mencabar anak supaya keluar dari rumah. Ayah yang sasau dan meroyan sahaja yang sanggup berkata demikian. Mentelahan tanah tersebut bukan kepunyaan mutlak Si ayah,ia kepunyaan Tok aki yang meng'amanah'kan ayah untuk membangunkannya dengan modal dari keluarga termasuk Si anak.

Bila diselidik-selidik,rupanya ayah yang menghalau anak itu bukan ayah sebenar, ia cuma ayah angkat yang terhegeh-hegeh mencari simpati anak-anak di rumah tersebut demi survival jawatan tok empat kampung itu. Wahai anak-anak,pikirkanlah masa hadapan kamu, tolaklah ayah angkat yang mengada-ngada itu dan pertahankanlah tanah warisan kamu itu dengan memilih Tok empat yang baru- Sekian.


Rabu, Mei 09, 2012

KUAH BERJURAI-JURAI, ISI MEREKA YANG BANTAI?

Salam,

Aki mengalu2kan pengumuman 'Durian Runtuh' oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abd Razak. Walaupun pada sesetengah orang jumlah RM 15,000 itu hanya 'Durian sekah' tetapi bagi peneroka serta keluarga mereka yang memerlukan,habuan tersebut dikira bolehlah....RM 540 juta seorang pun tak cukup jika di beri ,buktinya peneroka sanggup sain pinjaman pelaburan walaupun tidak diberitahu jumlah pinjaman tersebut.

Katakan pinjaman (hutang) pelaburan tersbut berjumlah RM 50,000,betapa banyaknya wang yang akan diperolihi.Tetapi jika rugi betapa banyak pula yang akan di tanggung oleh peneroka?

Aki harap 'Durian Runtuh' itu tiada kaitan dengan pinjaman pelaburan. Ia diberi kerana menghargai sumbangan para peneroka sejak sekian lama serta ia tidak menjadi 'ceracak berduri' kepada peneroka sehingga tak manpu membuat perubahan pada PRU 13.

Kata Ramli Itam (peneroka), sebenarnya tuan2 dan puan2 diberi kembali duit tuan2 dan puan2 hasil dari KPG, abu tandan dan harga isi rong dan lain2 pendapatan felda yang bertahun2 telah dinafikan.

Jika Durian Runtuh tersebut ada kaitan dengan pinjaman pelaburan maka tuan2 terdedah dengan sekurang2nya dua musibah. Pertama pinjaman riba. Tuan2 hendaklah mendesak bank dan felda supaya meng'islam'kan pinjaman tersebut. Kedua kerugian yang lebih besar dari durian runtuh, mungkin melibatkan tanah ladang dan harta benda tuan2. 

Bagi jenerasi ke2 & 3 felda, anda perlu istiqamah dalam memperjuangkan hak anda walaupun anda juga dapat 'ranting gugur' (cth: RM 5000 / 5 beradik) dengan membuat pilihan yang tepat wadah yang memperjuangkan hak anda pada PRU 13 nanti.

Ratusan dan ribuan ringgit tidak bernilai jika tanah tumpah darah tergadai.Ibarat menang sorak kampung tergadai.Kuah dibahagi berburai2, isi mereka yang bantai.

Bangun jenerasi ke 2 jangan lalai-Sekian 

Gambar hiasan.

Isnin, Mei 07, 2012

TERCABUT GIGI KERANA TULANG SEKETUL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini (6/5/12) memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.-Malaysia Kini.

Jika alasan di atas (bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara) menyebabkan perhimpunan atau demonstrasi diharamkan maka Aki sangat setuju.

Tapi jika tujuannya baik yaitu untuk mendedahkan penyelewengan dan kemungkaran serta mendesak kerajaan berlaku adil dalam pilihanraya, apa kata Majlis Fatwa?. Dan apa Majlis Fatwa nak kata tentang penyelewengan daftar pengundi atau kemenangan kerajaan BN/Umno dengan cara tipu daftar pengundi, Adakah halal atau haram wang elaun wakil rakyat yang menang dengan cara tipu dan rasuah? Kejatuhan kerajaan pakatan di Perak 2009 kerana lompat dan manipulasi sistem kehakiman dalam isu tersebut, apa komen Majlis Fatwa?

Bab langgar undang2, ianya sangat subjektif. Majlis Fatwa mesti mendapat gambaran yang jelas tentang isu ini dari semua pihak samada penganjur/peserta atau pihak polis, bukan bergantung dengan maklumat sebelah pihak sahaja.

Sementara itu kenyataan Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam siaran yang sama bahawa tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.- walaupun betul dan benar tetapi dilihat mengambil kesempatan mengutuk BERSIH 3.0 kerana berketuakan Ambiga sedangkan BERSIH 3.0 ada Jawatankuasa Pemandu yang kebetulan Ambiga jadi ketuanya.

Isu ketidakadilan pemerintah khususnya SPR yang memungkinkan adanya BERSIH cuba ditengelamkan oleh akhbar pro BN/Umno dengan isu Ambiga LGBT . Apa ulasan Abdul Shukor tentang menyokong pemimpin yang isterinya tak menutup aurat? Jika jawapannya ialah tiada kena mengena maka yang berhimpun ramai2 28 haribulan itu bukan menyokong LGBT bahkan mahu negara ini bersih dari penyelewengan.

Menunjuk taring biarlah kepada yang bergigi, jangan tercabut gigi kerana tulang seketul - Sekian.