Isnin, Mei 30, 2011

RUGI RASANYA TAK PANGKAH BN?

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.- Malaysia Kini.

Salam,

Apa punya menteri, naik sampai 10% tak terjejas (kepala bapak dia) Oooo yer... menteri dan kroninya memang tak terjejas. Agaknya pengundi BN pun tak terjejas, rasa menyesal pulak tak undi BN. Kalau undi BN tentu penggunaan kurang dari RM 20 sebulan pun tidak akan ditarik balik?

Atas alasan kerjaan terpaksa menarik balik sabsidi kerana beban kewangan yang berat masyarakat dimanipulasi dan didodolkan dengan pengorbanan kerajaan dan sangat patut rakyat bersama menanggung sedikit bebanan sedangkan sabsidi 19 bilion kepada Penjana Bebas baru peringkat kajian katanya.

Bersorak sorailah rakyat jelata menyambut kenaikan tarif letrik dan gas sebelum disusuli dengan harga minyak- Sekian.

1 ulasan:

  1. naik tanda kemajuan!

    turun tanda kemunduran!

    bab harga barang jelah, bab gaji formula lain pula.

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون