Isnin, Mei 23, 2011

BELI RM 2.50, JUAL RM 2.50 JUGA.....


Salam,

Pagi tadi Aki kekedai untuk membeli beras, 10 kg sekejap aje... 6 mulut + 18 anak2 yang mak ayah depa kerja. Sebenonya bukanlah mereka kuat makan tapi main dengan ramai ada masa terlupa beras dah habis.

Tokey kedai berungut, 'pelek.... beli minyak kelapa (dalam bag plastik ) RM 2.50 disuruh jual oleh (KPDNK) RM 2.50 juga." Beliau menambah "jika jual tinggi dari RM 2.50 dan ada aduan, KPDNK tidak teragak-agak mengambil tindakan"

Aki dengar suara mencelah "suruh Mail Sabri jual minyak dengan harga tu.....!" Ya tak ya juga, guna elaun YBnya tu, beli dan jual minyak kelapa dan tak perlu bungkus dengan bag plastik.

Betuah betul jadi orang Bera, makin hari harga barang makin naik. BN ler...katakan-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون