
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis. "Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.- MK
Perkembangan politik semasa juga tidak menunjukkan BN mempunyai ideologi yang didukung bersama apabila parti cina khususnya MCA menentang secara terbuka konsep Ketuanan Melayu yang selama ini disembunyikan di dalam 'tempayan' Perikatan kemudian BN. Dulu, tempayan besar BN boleh memberi manfaat kepada seluruh komponan lalu parti kaum cina dan india dalam BN berdiam diri,tetapi kini tempayan dah jadi 'takar'.Habuan dah jadi kecil mentelahan beberapa kantung negeri terlepas kepada PR lalu masing2 komponan BN berusaha menarik kembali sokongan kaum masing2 disamping menyalahkan antara satu sama lain.
Semua orang tahu konsep Ketuanan Melayu dipopularkan untuk meraih dan mempertahankan undi melayu bahkan Raja2 Melayu dijadikan perisai untuk tujuan tersebut padahal dalam keadaan raja2 tidak menyebelahi BN bagindapun ditelanjangkan. 1 Malaysia pula diciptakan untuk berlunak dengan kaum bukan melayu lalu Ketuanan Melayu menjadi duri dalam daging 1 Malaysia dan 1 Malaysia menjadi sampah di mata melayu.
Buktinya,Konvesyen Barisan Nasional 2010 menjadi medan pertelagahan yang boleh memecahkan takar BN. Manakala rakyat marhain yang tidak mengenal warna politik terus dihimpit oleh kenaikan harga barang yang tidak diishtiharkan (dilakukan secara diam2)- Sekian.
G1- http://albert-tembikar.blogspot.com/