Khamis, Mac 15, 2012

ATLIT SOKONG HUDUD, PAK IMAM BILA LAGI?


KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.- Harakah Daily

Akhir-akhir ini ramai dikalangan artis,atlit, pengiat seni dan sukan menyatakan sokongan terbuka kepada perlaksanaan hukum hudud (dan yang berkaitan dengannya) sebagai satu jalan penyelesaian kepada kebejatan sosial. Terkini adalah Datuk Malik Nor bekas juara bina badan seperti yang dilapurkan oleh Harakahdaily.

Sesungguhnya jika hudud ini ( perkara yang sangat asing pada satu ketika dahulu ) diberikan kefahaman demi kefahaman,penjelasan demi penjelasan, tidak mustahil golongan artis dan atlit yang dulunya tidak mesra hudud akan menyokong perlaksanaan hudud ini bahkan non muslim tidak akan teragak-agak menerimanya.

Tinggallah mereka yang prajudis dan ragu-ragu dari kalangan orang Islam serta yang ada kepentingan politik (dengan maksud jika hudud diterima ramai, ia akan memberi kelebihan politik kepada Pas) serta sebahagian orang kafir (yang sentiasa menentang apa sahaja yang datang dari Islam) dengan pendirian mencemuh dan menentang hudud dengan berbagai alasan.

Kelantan (pada peringkat dan masa ini) adalah tapak yang amat sesuai untuk dilaksanakan hukum tersebut (dengan kebenaran kerajaan persekutuan) supaya dapat menzahirkan perintah Allah swt tersebut dan menjadi model unggul kepada orang Islam dan bukan Islam keelokan syariat Islam itu.

Tegakkan politik untuk laksanakan Islam semuga semua makhluk mendapat rahmat- Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون