Selasa, Februari 14, 2012

'BERUK' DAN BUKU JINGGA


Ahmad Maslan kata fakta Felda Plantation dalam buku jingga PR tak betul lalu dicampakkan buku tersebut ke dalam tong sampah. Tak betulnya menurut Ahmad Maslan ialah Felda Plantation tiada tanah,ia hanya mengurus sahaja,yang punya ialah Big Felda.

Pada hemat Aki,itu teknikal sahaja. Isunya ialah Pakatan Rakyat nak beri tanah kepunyaan Felda (itupun di bawah kuasa kerajaan negeri) kepada generasi ke 2 dan mereka yang lain yang layak. Kenyataan Ahmad Maslan yang menyataakan bagaimana anak orang lain termasuk anak cina dan india tidak dapat tawaran tanah felda plantation menyerlahkan kedangkalan beliau.

Lihat ke belakang, Felda tidak pernah menafikan hak kaum cina dan india untuk memohon tanah rancangan, cuma sangat sedikit dari kaum tersebut berminat untuk menyertai tanah rancangan.

Tawaran PR tersebut juga didasari oleh perjuangan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang melihat kegagalan kerajaan membiarkan anak peneroka merempat di tanah rancangan dan eksplotasi Big Felda kepada keuntungan Felda Plantation yang tidak memberi manfaat kepada peneroka sebaliknya mengenyangkan tembolok pembesar felda. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menyelesaikan sebahagian masaalah jenerasi ke 2 kalau tidak semua pun.

Lebih menjijikan perbuatan Ahmad Maslan membakul sampahkan tawaran PR itu serentak dengan usaha kerajaan untuk mengadaikan Felda Plantation tersebut demi kepentingan pemain-pemain saham di FGVH.

Tiori Ahmad Maslan mungkin seumpama Hakim Beruk yang 'memodot' semua pisang ke dalam mulutnya dan memberi tahu khalayak bahawa pisang tersebut tidak cukup untuk diberi kepada semua orang - Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون