Rabu, Januari 18, 2012

Jingga 13 desak Hasan Ali mohon maaf pada Anwar

Disalin dari Malaysia kini

NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13, mempersoalkan rasional kenyataan Datuk Hassan Ali yang didakwanya cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan ketua pembangkang itu dengan amalan homoseksualiti.

NONE"Apakah Dr Hassan diperalatkan oleh musuh politik Datuk Seri Anwar untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta untuk menyokong pernyataan itu," kata setiuasaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad (kiri).

Jingga 13 mengecam kenyataan Hassan baru-baru ini yang didakwanya berusaha mengaitkan Anwar sebagai menghalalkan pelakuan homoseksualiti sepertimana laporan media, yang menurut NGO itu, disadur secara tidak bertanggungjawab dari wawancara Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak Hassan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar "demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa".

Menurut Saifuddin lagi, kekecewaan Umno dan BN berikutan pembebasan Datuk Seri Anwar daripada pertuduhan liwat, nyata tidak dapat diselindungkan apabila media pro-kerajaan didakwanya memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya.

Namun, katanya, apa yang lebih memualkan adalah reaksi segera Hassan yang didakwanya tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

NONESehubungan itu, Jingga 13 menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang didakwa NGO itu sebagai fitnah media pro-kerajaan dan Hassan untuk meruntuhkan moral Anwar.

Saifuddin mendakwa ia merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika kerana menurutnya sokongan dan pendirian rakyat teguh menolak politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Beliau berkata, fitnah terbaru itu akan berterusan ekoran apa yang didakwanya sebagai kegagalan kerajaan untuk fokus kepada permasalahan utama dan "menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون