Jumaat, Januari 29, 2010

DAUN NIPAH MACAM DAUN LABU





Pada 2001 Aki dah mula pegang pc komputer. Tukang ajo nya Zaid,Nasir & Abg Azhar 2000. Catting lah dalam room.Antara rodong betekok ialah Ust. Abdillah Singapore,Haikal (masa tu di Syiria) rasanya budak Maran,Linfara Mancester u.k,Manis budak Palong dan macam2 nama betoi dan nama samaran lagi.

2003 Aki tinggalkan dunia bayang2 ni,betapa di Bukit Segantang,makan padi uma,minum air meleleh. PC Aki tu kalau lah ia hidup bernyawa sebelum mati tentulah aroma nya bukan saja menyakitkan hidung bahkan mereputkan tulang Aki yang dah tua ni.

Tuk-tuk,2010 Aki kembali ke dunia bayang2 ni... lain lalu dah benda yang di kunyah,bukan macam dulu.Ada blog,ada pisbuk,pendeknya macam2ada.Jari Aki jadi kaku,mata dah kelabu,itu yang menjerit hu waa hu waa...... mintak bantu.

Begitu jugalah kalau kita tidak istiqamah dalam berbuat amal soleh..... semuanya jadi kekok,lupa,puntang panting dan lintang pukang.Kena menelo'oh semula,belajo lagi,baiki yang kurang dan lain2. Lebih2 lagi kalau kita [ganti nama untuk memberi faham] jahil, daun nipah dikatakan daun labu.

Begini cerita nya (dongeng): Seorang (mamat) nak mengilir sungai Pahang dari Temerloh hingga ke Pekan kerana dicabo oleh tok siak. Diapun berlayorlah..... sampai di Pesagi,dia tengok air sungai berputar2,nun jauh arah kona semacam sungai masuk ke dalam bukit.Hati nya jadi takut.Naik ke darat balik kulu (Temerloh)



Bagi membuktikan dia sampai ke Pekan,Tok Siak bertanya; "Macamana rupa daun nipah" [pokok nipah biasanya tumbuh di muara] Dia menjawab; "Macam daun labu" dengan yakinnya.Itulah orang jahil belagak tahu,oleh orang yang tahu,memang tahu yang dia tu tak tahu.- sekian.

*Bagi sahabat lama dunia bayang2 2001 boleh lah ctc Aki.

Rabu, Januari 27, 2010

NUN DI TOK LANGIT


Dengan ilmu yang cetek maka sedarlah Aki betapa sesaorang itu dikurniakan Allah kelebihan masing2.Nun di Tok Langit usop PMI membantu Aki 'membengkel'dan memulihkan blog Aki yang ditimpa oleh penyakit 'jahul'.

Terima kasih banyok2 Usop.

KAWAN LAMA DI TAHUN BARU


Beberapa hari sebelum tahun baru hijrah yang lalu sepasang manusia datang ke rumah Aki. “Ajaklah ke rumah malam jumaat ni nak naik rumah” Katanya. “Molek sangatlah bebetulan dengan awai muharam” Kata Aki. Sebelum keduanya melangkah pergi rengan mulut Aki bertanya “Aok sapa nama?” “ R. Azmi” katanya ringas. “Kawan tak kenai awok,awok pun tak kenai koi, kita satu kelas” Kata Aki menghela perkataan. Malam jumaat itu Aki pegi kerumoh R. Azmi,dia jadi cikgu,lama dah dia mengajar di Bera ni, tapi sekarang baru berjumpa.Balik malamitu Aki dibekalkan sebeban surat yasin katanya hadiah dari seorang kawan.

Malam itu Aki cuba membilang rodong2 masa di Sek. Men. Mengkarak. Ada yang Aki ingat,tapi banyak yang Aki dah lupa. Sudah 30 tahun lebih, Aki pun dah tua. Dari sekolah yang hanya sampai tingkatan tiga, sekarang sudah ada tingkatan enam. Guru Besar (Pengetua) masa Aki ter ialah cikgu Zainal (dah lama pencen). Tingkatan satu Aki naik moto bot Man Pakwe Awang (dah meninggal). Orang kg.Guai memang kenai. Singgah di jeti masjid Mengkarak. Jalan kaki 3km ke Sek. Mengkarak. Selalu jumpa Wek yang bawak terenang (bekas dari besi) yang berpantun; “Terenang tereni,ambik tunang buat bini” Balik kena gi Dentawo dulu kerana moto bot anto budak Dentawo yang sekolah Agama Aitifaqiah Guai. Bila beritau anak2 yang masam muka balik sekolah jalan kaki kerana Aki tak dan nak ambik,selamba aje mereka kata “itu zaman abah” padahal jauh sekolah tak sampai 500meter.

Tingkatan Dua, Aki naik bas Berahim Kuala Bera. Sampai di sekolah injin api asrama tak mati lagi. Budak asrama baru kobek tahi mata. Pakwe Berahim kena cepat kerana nak anto budak sekolah SMKT Temerloh, 30 km lagi dari Sek.Mengkarak. Sambil menunggu bas untuk balik,kome main sepak tin. Nampak oleh cikgu Taha, apa lagi selepas bersarah panjang masing2 kena penampo tawo. Terima kasih cikgu,kami jadi orang baik dengan didikan cikgu. Anak zaman sekarang,tak cukup dengan melawan cikgu,ayahnya pulak bawak parang ke sekolah. Pendek ceritanya pegi sekolah cicak tak bangun lagi,balik sekolah perut lembu dah lapo semula.

Tingkatan Empat,dengan duit RM 125 emak Aki belikan Aki basikal untuk berulang ke sekolah.Penat jerih emak Aki menoreh untuk makan minum dan belanja Aki sekolah. Air sirap seposen dan kueh bom 20 sen,hari2. Terima kasih emak,semoga Allah mencucuri rahmat kepada dua ibubapa ku… Amin. Tingkatan Lima…..cerita lain kali. Tadi cikgu Zainal datang ke rumah aki, dia dah uzur,boleh berjalan tapi pertuturannya terganggu. Katanya umurnya sudah 73. Maknanya semasa Aki selolah dulu umurnya baru sekitar 40an. Dia pernah kata lima tahun dulu; “Dulu ana jadi cikgu anta, sekarang anta pulak jadi guru ana” Entahlah, Aki tak dapat mengesahkan perkataannya itu, mungkin boleh rujuk Mezi (Ramzi Arifin) yang jadi rodong Aki dari sekolah sampai sekarang (kerana selalu berjumpa)

Maka oleh sorang lagi rodong Aki yang isterinya pernah bersekolah di Sekolah Mengkarak mencadangkan ditubuhkan ‘alumni’ selolah Mengkarak. Sapa2 yang terbaca tulisan Aki ni boleh lah cuba2 berpakat untuk menaja perkara yang elok tu. Harapkan Aki, ooo….. Aki sokong aje lah. Samada anda pegawai tinggi, pemimpin masyarakat, orang beso2 dan lain2, saugia anda sayangkan sekolah,guru dan rodong anda. Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat mengenal a,b,c….sekian.

Isnin, Januari 25, 2010

PERGI


Selepas KDYMM Sultan Iskandar, Ghazali Shafie (Tan Sri) pula pergi tak kembali. Ust. Asri yang menyanyi lagu 'Pergi tak kembali' pun tak akan kembali. Anak YB Sungai Tiang yang pergi juga tak kembali. [TAKZIAH BUAT KELUARGA YANG TERLIBAT]

Apa maknanya? Maknanya kita semua akan pergi, yang berdarah raja, bekas menteri, anak wakilrakyat, orang banyak duit, orang beso pangkat, tok Pengulu,Tok Empat,Tok Imam, Tok Angguk,Tok Geleng, Tok Merapu (macam kita2 ni) semuaaa.... akan pergi.

So, Kata Saidina Ali : "al isti'dad yaum ar rahil" [persedian untuk hari perjalanan yang jauh]

Yang ni lah Aki menangis untuk diri Aki [kita belum bersedia,tak bersedia,jarang2 bersedia,tak sempurna bersedia,suruh orang bersedia diri sendiri tak bersedia]

Kehidupan hendaklah diteruskan, samaada matahari terbenam atau kita yang terbenam.Dua2 nya makhluk.

(peringatan untuk diri sendiri dan anak cucu Aki) - Salam.

Ahad, Januari 24, 2010

CURI GETAH BUKU & CURI INJIN JET


Pagi tadi ke Taman Kerayong Makmur ambik baju sekolah anak (upah jahit ). Balik singgah di gerai nasi lemak dekat kedai Nyonya Tukang Jahit (tepi jalan ke Masjid Kampung Kerayong) Nasi lemak dah abih, "Pukul 5 dah bejual, cina noreh pagi lagi pulak sekarang ni getah buku banyak kena curi" Kata Akok jual nasi lemak.

Bab curi ni bukan getah buku aje,dari sekecik2 benda seperti sekeru yang dicuri dari kedai Panjang (cina moto kerayong) sampai kepada injin Jet (tipu atau curi -tak pasti).Zaman Aki menoreh dulu, alhmdulillah tak pernah kena curi (1980an) Bukan dekat kebun dengan rumah.Menyemberang sungai Pahang, kayuh basikal tua ke Paya Rumput,singgah minum teh di kedai Azis Padang Kerebau baru masuk kebun.Barang kali harga getah murah,tak macam le ni.

Apa2 pon kala kita belek kitab ada di senun apa yang disebut 'Maqasid as Sari'yyah' [ Tujuan atu objektif syarak] Dengan kata lain sebab utama al Quran di turunkan terbahagi kepada lima keutamaan (dhoruriyyat) yang dengan elemen tersebut makhluk akan selamat/sejahtera.Membelakangkannya bererti malapetka.
1- Menjaga Agama.
2- Menjaga Nyawa.
3- Menjaga Akal.
4- Menjaga Keturunan.
5- Menjaga Harta.

Ambik no 5, Menjaga harta.Kalau tanya tuanpunya getah buku apa dia nak buat kepada si pencuri,di kata:"kala koi dapat,pecah kepalanya" Ini menunjukkan emosinya mengatasi akal.Kena balik kepada Si Pencipta akal yaitu Allah s.w.t. [Tulisan ini tidak membincangkan aspek hukum,ia berkisar tentang ilmu]

Jadi bila kita ada ilmu dan maklumat tentang objektif hukum,pasti kita menerima dengan rasa redho hukum Allah. Potong tangan ke atau rotan ke dan lain2.Bahawa hukum emosi dan nafsu ciptaan manusia yang tak adil.

Maka kita tak akan jadi pembangkang selama2nya [hukum Allah pun bangkang] dan tak akan jadi penyokong selama2nya [yang Tuhan murka pun sokong] Angguk dan geleng biar kena pada tempatnya- sekian.

Isnin, Januari 18, 2010

BANGAU OH BANGAU



Menyusuri jalan Simpang Guai ke Paloh Hinai untuk ke Pekan, Aki bertemu dengan burung bangau,kerbau dan paya yang bagi sang pelukis boleh mencipta sebuah lukisan yang indah. Ia mengingatkan Aki akan lagu “Bangau oh bangau” yang di dendangkan oleh YM Tengku Puji ketika berceramah di surau dekat rumah Pok Su Weil Simpang Guai sekitar 1987 (Surau dah tiada dan Pok Su pun dah pindah ke Padang Luas). Lagu itu mengisahkan orang yang suka menyalahkan orang lain;
Bangau oh bangau mengapa engkau kurus
Macamana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Alasan demi alasan diberi untuk menafikan kelemahan dan kesilapan diri sendiri sehingga sampai kepada sang penguasa,pemangsa dan pemutar belit,nasib sang kodok tidak terbela lagi;
Ular oh ular kenapa engkau nak makan kodok
Macamana aku tak makan kodok, memang makanan aku.
Kenapa bangau,kerbau dan kodok tak berpakat supaya rumput tak panjang,nasi tak mentah dan kayu tak basah. Sang ular tidak dapat berleluasa membaham mangsa.Sampai di Pekan,Aki dapat no 100 untuk daftar anak masuk tingkatan satu. Gedebung gedebang abislah RM 7/8 ratus.”Takde benda yang percuma dah sekarang ni” sampuk saorang tokki yang menghantar cucunya. Dalam seklar surat tawaran dinyatakan bayaran makan asrama terbahagi tiga; Pendapatan ibubapa RM5 ribu ke atas kena RM 3 sehari,kurang dari RM 5 kena RM 1 dan bagi pelajar miskin free. Aki difahamkan bayaran tersebut untuk semua sekolah berasrama.Bilangan hari makan dikurangkan dari 250 hari ke 200 hari.Aki tak tau sebab apa dikurangkan hari makan itu.Mungkin sabsidi kerjaan telah dikurangkan. Aki termasuk yang membayar RM 1 sehari,bermakna setahun RM 200 untuk seorang anak yang duduk di asrama. Tak banyak…. Kala 3orang, RM 600.Bagi yang Rm 5000 tadi mereka terpaksa membayar 600x3, yaitu RM 1800. Parah juga yak.. Tak lama lagi keraplah Aki bertemu dengan bangau, menjemput anak balik bermalam.Dibanyakkan hari balik bermalam mungkin untuk adjust kurangkan makan di asrama. Rabok lagi kocek Aki untuk duit minyak. Aki bukan nak jadi bangau… tapi kabonya pendidikan di Malaysia ni percuma- sekian.

Khamis, Januari 14, 2010

SAKIT PURU


Balik dari Darul Izzah (rumah anak yatim Ust. Ideris Omar) pada tengah hari rabu aki memandu dalam keadaan mengantuk sehingga sampai ke gateway daerah Bera, memandu beberapa meter kereta mula bergegar, sampai depan masjid jelam lagi bergoncang, terutamanya menuruni Bukit Cik Lani sampai ke depan waterpran kg. Mengkarak yang mula di panjat ulan pagarnya yang karat. Lebeh kurang 300 meter jalan di situ sampai ke depan masjid Mengkarak mengerutu,lepas tampai,tampai, macam orang kena sakit puru. Yang baiknya mata aki yang mengantuk jadi celek, yang takbaiknya kala lah kereta aki boleh menjerit,dia menjerit dah “Wakil rakyat tido ke…sakitnya badan koi ni…” Betoilah wakil rakyat tido melalui jalan ke Bndar Bera (Kerayong) sebab dia pakai derebo dan kereta cangih, rasa macam naik kapai terbang. Bukan takde aroh molek. Atas Bkt. Naga Ngulor,depan Sek. Dentawo ,jalan baru tambun dari Simpang Guai (nama lokaliti) sampai ke Jeram Uloo, terus ke Kerayong. Aki piker kala lah tiang2 dan besi pago Waterpran Kg Mengkarak yang berharga 2,3 juto tu boleh di tuko jadi aspal (tar) gamok nya kereta Aki tak akan menangis lagi.
Susoh jadi wakil rakyat, dari kepala paip di rumah pecah, orang mengadu sampai ke stadium runtuh orang bising. Itulah amanah, Aki ulang AMANOH. Saidina Omar r.a memikul sendiri gandum walaupun ada pembantu,keluar asap berkepul2 dari celah janggutnya ketika menyalakan api di dapur orang miskin.Tak tido malam mengintai keluh rakyat marahin. Anda sebagai Tok Wakil mengintai apa? Wakil anda pula menelek apa? Wakil kepada wakil anda pula membelek apa? Mengintai peluang niaga dengan rakyat jelata, (jaga GST tak lama lagi), menelek projek (walaupun tak menguntungkan rakyat spt waterpran Kg Mengkarak), membelek elaun dengan tak perlu keja. Semua kita akan ditanya nanti. Aki sampai di rumah. Minggu sudah dah keluo duit budak sekoloh, nak ke bengkel kereta lak, nak ketatkan mana yang longo – sekian.

Sabtu, Januari 09, 2010

MACAM PPRT

Dingin subuh pagi itu menyucuk tulang, tak dengar azan dari asrama sekolah ter. Mungkin Aki yang lelap atau bilal asrama lambat bangun sebab ari sabtu. Terima kasih bilal asrama kerana menterkejutkan Aki saban hari walaupun Aki solat di surau lain. Dalam kuliah subuh pagi itu ustaz ter ditanya tentang orang yang banyak dosa masuk atau tidak dalam syurga. Kata ustaz” Mengikut Ahli Sunah wal Jamaah, orang yang banyak dosa walaupun tak sempat bertaubat akan masuk syurga pada akhirnya setelah dibalas segala dosa dan kesalahannya dengan syarat iman nya tetap yaitu tidak batal” Kata si A: “ Boleh releklah orang buat dosa?” Kata ustaz “ kita kena berkepala otak positif, Allah beri kita segala kemudahan; akal pikiran,kesihatan,hartabenda,hidayah dan petunjuk. Gunakanlah kemudahan itu untuk menjaga iman,berbuat bakti kepada Allah,bertaubat dan lain2 supaya Allah redho. Takkan lah kerana malas beribadat biarlah masuk neraka,sapa tahan neraka? Bersaroh panjang sambil menjegilkan matanya. “Orang yang berdosa yang ada iman di masukkan ke syurga kerana rahmat Allah dan harga imannya, Allah beri hak mereka walau pun mereka malas(beribadat)” Sambungnya. “Macam bantuan PPRT, itu hak mereka kerana mereka warganegara, takkanlah kita yang sihat wal afiat ni malas juga berusaha dan harapkan kouta mereka, malulah pada Tuhan” Dikiaskan nya orang yang malas beribadat sedangkan akal dan tenaganya sihat seperti orang kaya merebut kouta orang miskin. Entah faham ke tidok orang yang bertanya sebab dia mengangguk sedangkan matanya pejam.

PERISTIWA DI PETANG HARI

Petang kemarin perut Aki nok makan goreng pisang. Sampai di trapiklit Sek.Men.Kerayong,jeleng ke kanan gerai pisang goreng dah tutup. Aki selalu datang ke situ sebelom boyan besor di pacokkan di situ lagi. Ari tu tiada lagi boyan besor berputar,hanya tinggal dinding zin terpacak berlapis2.
Aki kona ke kedai Botok (lelaki cina) sambil parking di depan Tadika Kerayong. Sambil isteri aki meraba2 ikan bilih, masuk Wak Dolah bertanyakan gula. “Seringgit enam lima” kata Botok. “kala pasai naik cepat je..” Sampuk isteri aki. “Untunglah tokey kilang gula” celah Wak Dolah. Kata Botok “ Kilang cina punya, gula Najib punya” “Rakyat didahulukannnn…….” Serentak mereka bertiga menghayunkan kata2.
Berbalik kepada boyan besor tadi,Petang ujung minggu lalu, ngogoh dua orang rodong Aki datang ke rumah. Heanya nak tanya tentang hukum anak mereka naik boyan besor yang Aki pun tak ingat bila panpir (funfair) tu datang ke kerayong. “Naik boyan apa salahnya” terjueh dari mulut Aki. “Orang kata tak boleh,subahat… dalam tu ada judi” kata rodong yang sorang lagi. Aki mengaru kepala yang tak gatei. Masing2 mereka datang untuk mendapat sokongan atau simpati Aki. Rupanya deme bedua dah ditibai oleh rodong2. “Yang molek nya takosah pegi” kata Aki. “Budok main buai je bukan berjudi, kala kita pegi ke super market, ada jual arak, kita nak beli oren je.. haa… goner” Kata rodong pertama sambil mengangkat keningnya. Kata Aki “kala boleh dipisahkan boyan tu dengan judi tu takpe lah” Kata yang sorang lagi “satu tokey aje, arak di super market tu lain,sebab dia tak bebas macam di panpir tu,orang islam tak boleh beli. Di panpir tu sapa je boleh berjudi” “ Goner lah orang majlis” (meluluskan lesen funfair) celah rodong pertama. Kata Aki “Kita uboh hak atas, hak bawah ngikut aje…” Perbualan pada petang itu terhenti di situ sahaja tanpa dikeluarkan sebarang hukum dan fatwa (harap2 mereka faham) sambil kedua rodong Aki beredar ke kereta – salam.

Rabu, Januari 06, 2010

SIFAT HAMBA

Dengan nama Allah,
Bangkit dari mengadap komputer, terjengoh muka uda (anak aki). Suhaimi kesihatan yang bawok balik gamoknya. Tak jadi lah nak ngambik budak sekolah. Tarik saja napas terdengor suara garau c. dolah azan di surau. Dalam solat bersama c.dolah tu aki terlintas pantun "Buah cempedok..." AstharfiruLLAHHHHH....
Berkata Pak Ngoh Omar (Imam F.Rentam) "Kita sembahyang ibarat tarik lembu atas batas, bila muncung dia nak makan padi, kita cepat2 tarik" Jadi pantun aki tadi terberik disitu saja.
Pantun lengkap:
Buah cempedok di atas pagar
ambik galoh titek2kan
kawan budok baru belajor
mengkala saloh bedai dengan rotan

Aki nok ngabokan, aki ni baru dalam dunia blogger ni, wokmer (pinjam kata al mankaraqi) tolonglah aki , punya zuqnya sampai bawok dalam solat. Ya Allah ampunkanlah hambaMu- makachihhh.

Berbalik kepada isu "kalimah Allah" Yang aki kata baca yang tersurat dan yang tersirat tu, maksudnya: Puak yang menyokong ada benda yang tersirat disebaliknya, Hok diam ada benda juga, Hok yang bising ada tujuan dan maksud. Maka aki sokong kenyatan midia ust. Ideris Ahmad (KPPP) Disana dijelas kan yang tersurat dan yang tersirat.Tiada apa yang nak di sembunyikan. Selamanya Kalimah Allah tetap Tinggi- salam

SALAM SAIBER UNTUK SEMUA

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera,
Dengan nama ALLAH Yang AmatMurah dan Amat Mengasihani,Alhamdulillah dengan bantuan Usop PMI terbentanglah Blog koi ni bersekali dengan riuh rendah isu "kalimah ALLAH" yang rodong2 dah tengok,dah tau,dah bertaki,dah ada pendapat sendiri dan macam2 lagi.
Aki nak kabo,baca yang tersurat dan yang tersirat juga.

Sambung lain kali..... nok ngambikbudak sekolah, salam.