Beberapa hari sebelum tahun baru hijrah yang lalu sepasang manusia datang ke rumah Aki. “Ajaklah ke rumah malam jumaat ni nak naik rumah” Katanya. “Molek sangatlah bebetulan dengan awai muharam” Kata Aki. Sebelum keduanya melangkah pergi rengan mulut Aki bertanya “Aok sapa nama?” “ R. Azmi” katanya ringas. “Kawan tak kenai awok,awok pun tak kenai koi, kita satu kelas” Kata Aki menghela perkataan. Malam jumaat itu Aki pegi kerumoh R. Azmi,dia jadi cikgu,lama dah dia mengajar di Bera ni, tapi sekarang baru berjumpa.Balik malamitu Aki dibekalkan sebeban surat yasin katanya hadiah dari seorang kawan.
Malam itu Aki cuba membilang rodong2 masa di Sek. Men. Mengkarak. Ada yang Aki ingat,tapi banyak yang Aki dah lupa. Sudah 30 tahun lebih, Aki pun dah tua. Dari sekolah yang hanya sampai tingkatan tiga, sekarang sudah ada tingkatan enam. Guru Besar (Pengetua) masa Aki ter ialah cikgu Zainal (dah lama pencen). Tingkatan satu Aki naik moto bot Man Pakwe Awang (dah meninggal). Orang kg.Guai memang kenai. Singgah di jeti masjid Mengkarak. Jalan kaki 3km ke Sek. Mengkarak. Selalu jumpa Wek yang bawak terenang (bekas dari besi) yang berpantun; “Terenang tereni,ambik tunang buat bini” Balik kena gi Dentawo dulu kerana moto bot anto budak Dentawo yang sekolah Agama Aitifaqiah Guai. Bila beritau anak2 yang masam muka balik sekolah jalan kaki kerana Aki tak dan nak ambik,selamba aje mereka kata “itu zaman abah” padahal jauh sekolah tak sampai 500meter.
Tingkatan Dua, Aki naik bas Berahim Kuala Bera. Sampai di sekolah injin api asrama tak mati lagi. Budak asrama baru kobek tahi mata. Pakwe Berahim kena cepat kerana nak anto budak sekolah SMKT Temerloh, 30 km lagi dari Sek.Mengkarak. Sambil menunggu bas untuk balik,kome main sepak tin. Nampak oleh cikgu Taha, apa lagi selepas bersarah panjang masing2 kena penampo tawo. Terima kasih cikgu,kami jadi orang baik dengan didikan cikgu. Anak zaman sekarang,tak cukup dengan melawan cikgu,ayahnya pulak bawak parang ke sekolah. Pendek ceritanya pegi sekolah cicak tak bangun lagi,balik sekolah perut lembu dah lapo semula.
Tingkatan Empat,dengan duit RM 125 emak Aki belikan Aki basikal untuk berulang ke sekolah.Penat jerih emak Aki menoreh untuk makan minum dan belanja Aki sekolah. Air sirap seposen dan kueh bom 20 sen,hari2. Terima kasih emak,semoga Allah mencucuri rahmat kepada dua ibubapa ku… Amin. Tingkatan Lima…..cerita lain kali. Tadi cikgu Zainal datang ke rumah aki, dia dah uzur,boleh berjalan tapi pertuturannya terganggu. Katanya umurnya sudah 73. Maknanya semasa Aki selolah dulu umurnya baru sekitar 40an. Dia pernah kata lima tahun dulu; “Dulu ana jadi cikgu anta, sekarang anta pulak jadi guru ana” Entahlah, Aki tak dapat mengesahkan perkataannya itu, mungkin boleh rujuk Mezi (Ramzi Arifin) yang jadi rodong Aki dari sekolah sampai sekarang (kerana selalu berjumpa)
Maka oleh sorang lagi rodong Aki yang isterinya pernah bersekolah di Sekolah Mengkarak mencadangkan ditubuhkan ‘alumni’ selolah Mengkarak. Sapa2 yang terbaca tulisan Aki ni boleh lah cuba2 berpakat untuk menaja perkara yang elok tu. Harapkan Aki, ooo….. Aki sokong aje lah. Samada anda pegawai tinggi, pemimpin masyarakat, orang beso2 dan lain2, saugia anda sayangkan sekolah,guru dan rodong anda. Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat mengenal a,b,c….sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون