Selasa, November 20, 2012

MENANG ATAU KO

Salam,

Lama Aki cuti menulis. Petang ni gatai pulak nak mencoret beberapa perkataan mengenai isu yang dah tumpat telinga tuan2 semua mendengarnya.Ramai rakan FB yang tanya pendapat Aki. Isu Ustaz Nik Razi berdoa supaya Umno/BN KO.

Bunyinya: YA ALLAH HUKUMLAH UMNO DAN BN
                   KO BN KO BN KO BN KO BN KO BN KO
                   BN DALAM PILIHANRAYA KE 13 INI.

Jika Aki guna lafaz doa ini untuk minta kepada Allah supaya Bangladesh kalah dalam perlawanan bolasepak menentang Malaysia malam ini iaitu:" Ya Allah KO kan lah Bangladesh malam ini" ada siapa peduli?

Perkataan KO dan PRU 13 sudah mengambarkan maksud Nik Razi bahawa beliau meminta kepada Allah supaya dalam pertandingan demokrasi yang menjelang tiba agar Allah menangkan Pakatan Rakyat serta KO kan Umno/BN yang pada hemat Aki bukan satu perbuatan melampau.

Melainkan disensasikan oleh akbar serta ditokok tambah mana yang tak ada serta diulas oleh mereka yang gusar serta takut BN tumbang lalu ianya menjadi modal untuk memburuk-burukkan Pas. Segera tanpa berlengah mufti pun mengeluarkan fatwa:" Doa bertujuan menghancurkan sesama Islam adalah perbuatan bid'ah dan haram."

Fatwa tu betul dari segi ayat tetapi tak kena dari segi perlawanan demokrasi kerana bila Umno menang bermakna Pas KO dan bila Pas menang Umno pulalah yang KO.

Walau bagaimana pun ada dua perkara yang digerunkan pada doa itu:

1- Doa bukan berkaitan dengan perlawanan bola tetapi perlawanan politik yang mengakibatkan hilang kuasa termasuk jawatan mufti (sebagai contoh)

2- Doa di'amin'kan oleh lebih 40 ribu orang yang mudah mustajab.

Khulasahnya, doa diucapkan dengan berbagai cara. Ada minta beriman,ada minta jadi baik dan ada minta hukuman setimpal berdasarkan asbab masing2 -Sekian.

Jumaat, November 02, 2012

ANAI-ANAI DAN TIANG BESI

Salam,

Hubungan antara Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan Michael Chia didakwa adalah rasuah atau konflik kepentingan dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.-Petikan Malaysia Kini.

Ada atau tidak unsur rasuah tentang kenyataan di atas, betul atau tidak kenyataan Nazri bahawa dia tiada kena mengena dengan anaknya dalam bab SUV Hummer mestilah disiasat. Soalnya siapa yang akan menyiasat dan siapa yang akan mendakwa? Jika SPRM boleh siasat dengan telus dan Jabatan Peguam Negara boleh dakwa (jika ada kes) tehadap Nazri (menteri jaga undang-undang) nescaya semua rakyat akan tabik sama KP SPRM dan Gani Patail.

 Setakat ini tiada yang bertaraf menteri dan seumpamanya didakwa dalam apa-apa kes. Bekas penjawat ada iaitu orang nombor dua dalam kebinet Dato Sri Anwar Ibrahim disabitkan rasuah kuasa dalam kes liwat 1. Itupun dipercayai dengan izin Tuan Besar ketika itu iaitu Dr Mahathir.

Bagaimana pun penyelewengan dan salahguna kuasa bukan sahaja boleh ditamatkan dengan hukuman mahkamah tetapi juga dengan celik mata rakyat jelata yang akan membawa perubahan kearah memerdekakan negara dari fasad dan kemungkaran. Inilah yang cuba ditekuni oleh Rafizi.

Tidak mudah untuk anai-anai meruntuhkan tiang besi melainkan beramai-ramai membuat busut di keliling tiang supaya air terkurung di pangkal tiang yang menyebabkan tiang karat dan patah - Sekian.

G1- Hiasan.