Isnin, September 24, 2012

'SANTA CLAUS' ATAU DAJAL?

Salam,

Diceritakan dalam kitab2 tua bahawa bila sampai masa dajal bermaharajalela ketika hampir kiamat nanti, ia akan membawa makanan dan minuman untuk mempengaruhi manusia yang pada masa itu sangat lapar dan dahaga sedangkan tiada makanan dan minuman yang boleh didapati melainkan daripada dajal itu.

Sesiapa yang terpengaruh akan disesatkan sehingga keperingkat mengaku bahawa dajal itulah yang memberi mereka rezeki dan akhirnya mereka menganggap dajal itu sebagai tuhan.

Rupanya krisis makanan dan air ini boleh dicipta sebelum tiba masa dajal yang sebenar supaya manusia ramai akan bergantung harap kepada Sang pencipta krisis lalu sebagai balasannya manusia ramai akan tetap menyokong dan mempertahankan Sang penipu itu kerana keliru dan tidak mendapat maklumat yang betul.

Pulak tu krisis tersebut boleh dilakunkan samada bagi tujuan penipuan atau mendapatkan kesan maksima sebelum benar-benar  terjadinya krisis tersebut. Jika watak Hang Tuah yang dilakunkan oleh Nordin Ahmad dan watak Hang Jebat lakunan Ahmad Mahmud penonton boleh percaya masakan pula watak 'askar pencen' yang menghadapi krisis air orang tak percaya?

Apabila air dan makanan menjadi keperluan semua manusia maka jalan cepat untuk mendapat sokongan ialah menjadi 'santa claus' membahagikan keperluan tersebut sambil menafikan kebolehan orang lain-Sekian.

G1-Malaysia Kini- Sebuah lakunan (untuk filam apa? masih rahsia)

Sabtu, September 08, 2012

PADAHAL DIALAH YANG PALING MUGHALLAZAH

Salam,

Riuh rendah alam semesta dan alam maya bersabit dengan upacara melondeh seluar,tongeng bontot dan memijak gambar PM. Perlakuan dan akhlak yang buruk itu tidak boleh disokong. Kita semua perlu mendidik jenerasi muda dengan teladan yang baik.

Cuba kita mencarut di hadapan anak kecil nescaya perkataan tersebut lambat laun akan kembali kepada kita. Jika kita mempamirkan akhlak yang baik dan sopan santun kepada pemimpin,guru atau orang yang lebih tua dari kita nescaya kita akan dapat balasan yang sama satu masa kelak.

Jadi semuanya bermula dari kita,dari sekeliling kita dan dari masyarakat kita. Jika guru berjalan tunduk nescaya murid lebih tawadhuk. Jika guru kencing berdiri tentu murid kencing berlari. Semasa kita menari tunjuk punggung, bersorak sorai penyokong kita terlolong-lolong. Semasa pemuda kita pancut kencing kepada gambar orang, hati kita bukan main girang.

Tiba-tiba perkara itu terjadi kepada pujaan hati kita, apa kita kata? Biadap,sombong,cilaka dan tak bertamadun. Sebenarnya semasa kita menari punggung dan girang terhadap pemuda kita yang mengencing gambar muka orang sebelum ini, kitalah yang biadap,sombong dan celaka dan tak bertamadun.

Hentikanlah segala tindakan hodoh dan buruk itu nescaya orang lain akan menghentikan tindakan yang sama itu. Anak anjing juga tidak mahu mengikut cara kencing ibunya (kangkang dan angkat kaki sebelah) tapi ditirunya juga kelakuan ibunya kerana ia takut air kencingnya yang najis terkena kakinya.

Jika kita tidak berubah bermakna kita menganggap kita tak kotor (najis) padahal kitalah yang paling mughallazah - Sekian.

Khamis, September 06, 2012

407 JUTA SAHAM GENTING?




GENTING BHD DALAM SAHAM FGVH

Kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini bahawa pegangan dan kepentingan peneroka kekal terpelihara. Bahkan menjamin dari unsur yang melanggar syarak.

"Saya adalah anak pengasas Felda, Ayahnda Almarhum Tun Abd Razak. Saya bersumpah tidak akan khianat apa yang telah dibina oleh Ayahnda saya".nampak macam tegas ucapan Najib.

Hari ini saham menjunam tinggal RM4.78. Esok lusa tak tau lagi. Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?
Bulan, bintang....masyaallah.
Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dlm FB ni pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!
Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.
GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.

Sabtu, September 01, 2012

CACING DIKATA NAGA

Salam,

Pak Haji Najib semacam tiada isu untuk dilontarkan (bercakap macam Perkasa) pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh hari ini apabila mencemuh kerajaan negeri Selangor tidak mengundang Sultan Selangor ke sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Khamis lepas.

Aki tak nak ulas kenyataan istana tetapi ingin bertanya adakah Baginda Sultan diundang kesambutan serupa oleh kerajaan terdahulu (BN) ? Dan apakah Pejabat Pak Haji Najib juga mengundang atau memaklumkan kepada KDYMM Yang Di Pertuan Agong akan Sambutan Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jumaat? Dan pernahkah Sultan-Sultan di Malaysia ini mempertikaikan tentang diundang atau tidak ke Sambutan ambang Kemerdekaan selama ini, Aki fikir Sultan tak ambil 'pot' pun.

Namanya pun 'ambang' bukan yang resmi, tapi nak diangkat sebagai modal politik begitulah jadinya.Kalau diundang,buat kain rentang besar-besar,dikritik juga. Kerajaan dahulu tak menyusahkan Tuanku,dulu undangan untuk tahlil sahaja tapi sekarang menyusahkan Sultan suruh mencemar duli ke progrem ambang-ambang.

Jika masing-masing menjalankan kerja mengikut saluran dan tatasusila Aki fikir isu ini tidak berbangkit,tapi kalau 'orang bawah janggut' al Malik pun nak berpolitik mengikut paluan 'si capek', cacing akan dikata naga.- Sekian.

Catitan: Khabarnya sambutan kemerdekaan di Bukit Jalil jadi kempen politik.