Isnin, Ogos 27, 2012

MERDEKA: ZAMAN UBI KAYU VS KENTANG GORENG

Salam,
Ramai yang merungut tentang sambutan hari kemerdekaan dan semangat patriotisma yang malap oleh rakyat jelata menjelang ulangtahun kemerdekaan yang ke 55.Ini dibuktikan dengan terlalu kurang kibaran Jalur Gemilang walaupun tarikh 31 Ogos beberapa hari sahaja lagi.

'Janji ditepati' yang menjadi tema perayaan kemerdekaan tahun ini dikhabarkan antara yang menjadi punca kemalapan tersebut. Ia satu ungkapan 'mersimpati' yang jauh dari semangat patriotik yang boleh membakar jiwa orang lama untuk mengenang perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Apatah lagi anak cucu mereka nak berbangga dengan tema persis kempen pilihanraya itu,jauh sekali.

Orang2 tua yang tegar semangat mereka ramai yang sudah kembali menemui Tuhan,yang tinggal sudah tak larat nak pegang kain bendera usahkan nak pacakkan tiang bendera. Maka berkatalah orang nasionalis " Pertahankan kemerdekaan kita dan kerajaan kita, jangan ubah nanti kembali ke zaman makan ubi kayu"

Zaman anak mereka mungkin kenyataan tersebut masuk dalam benak jiwa dan mereka bermati-matian mempertahankan kerajaan yang ada. Tapi sekarang zaman cucu mereka yang ubi kayu sudah diproses menjadi bermacam2 perkara (zaman kentang goreng) yang mengangap kenyataan kembali makan ubi kayu adalah kenyataan memperbodohkan mereka.

Anak muda sekarang (cucu mereka) bukan tidak membaca sejarah bahkan kritis dengan sejarah dan mereka tahu bukan golongan nasionalis sahaja yang memperjuangkan kemerdekan bahkan golongan Islan dan golongan kiri yang dipinggirkan sangat besar jasa dalam menuntut kemerdekaan.

Aliran 'merdeka jiwa' yang menguasai minda anak muda sekarang dijangka boleh mempengaruhi dan  mengubah 'jiwa hamba' ayah2 mereka sehingga akan mendatangkan kesan perubahan politik yang besar di dalam negara.

Bukan mereka tidak menghargai kemerdekaan dan tidak berterima kasih kepada kerajaan yang ada tetapi yang terpenting ialah meneruskan kemerdekaan dengan agenda perjuangan kesaksamaan dan keadilan serta ketelusan yang telah terabai kerana keangkuhan 55 tahun yang tidak pernah tercabar.

Sekian.

Jumaat, Ogos 17, 2012

'FATWA HARAM'

Salam,

Mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Islam haram menyokong DAP dan menerima dana projek-projek khas JPPK sebanyak 2juta adalah dua perkara yang berlainan (tiada kaitan). 'Fatwa mungkin keluar kerana wartawan bertanya hal sedemikian atau disuruh keluar 'fatwa' jika ditanya perkara berkenaan. Dana 2 juta pula mungkin diberikan kerana keperluan atau sudah diluluskan lebih awal dari 'fatwa'

Akan tetapi apabila orang yang mengeluarkan 'fatwa' dan orang yang menerima dana tersebut adalah orang (institusi) yang sama dalam jangkamasa yang hampir (masih panas) maka semua orang berasa ganjil dan pelik dan mengundang pelebagai andaian dan persepsi. Bodoh sangat kah Tok Pa mencari bala dengan penyerahan (repilika) cek 2 juta pada waktu yang tidak sesuai itu atau beliau sangat teruja dengan 'fatwa' tersebut sehingga tak menyempat-nyempat nak memberi 'hadiah' kesyukuran tersebut.

Jika 'fatwa' kontroversi itu hendak diukur dengan nilai wang tersebut dalam kontek negeri Kelantan iaitu mengurang sokongan pengundi kepada PAS/PR dan menambah sokongan kepada Umno/BN,ianya tidak berbaloi kerana tiada calun DAP (setakat ini) di Kelantan. Tetapi dalam kontek nasional ya,berbaloi kerana orang melayu 'atas pagar' boleh terpengaruh.

Setakat ini 'fatwa' di atas dikatakan yang paling 'mahal' dalam sejarah dunia kecualilah ianya tiada hubungan dengan kurniaan 2 juta itu. Sebelum ini sudah keluar siri-siri 'fatwa' oleh Hasan Ali,Zulkifli Nordin dan lain-lain mengenai isu yang sama dalam bentuk dan ayat yang berbeza tetapi dipercayai mempunyai mafhum yang sama iaitu melayu jangan undi DAP. Walau bagaimanapun tiada majlis penyerahan dana secara terbuka sebelum atau selepas kenyataan tersebut lalu ianya menutup kritik orangramai berbanding apa yang dikeluarkan oleh Hj Loh Geting.

Sehubungan dengan 'fatwa' orang Islam haram menyokong DAP yang sudah banyak diulas maka Aki berpendapat Hj Loh Geting tidak mendapat maklumat yang betul dan tepat tentang parti DAP dan tidak membaca fiqh waqie tentang Negara Malaysia dan perlembagaan meyebabkan dia 'buta maklumat' dan menghukum dalam keadaan tidak tahu (jahil) perkara yang sebenar. Maka orang yang jahil sesuatu haram menghukum sesuatu. Jadi 'fatwa' tersebut adalah 'Fatwa Haram' dan haram pula bagi sesiapa yang mengamalkan nya.- Sekian.

Rabu, Ogos 08, 2012

JANGAN CAKAP KALAU TAK TAHU

Ulamak Umno ni tahu tak yang MCA anti Islam dan Hudud


KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

Presiden MCA Chua Soi Lek Menghina Islam

By klpost - Thu Jul 05, 8:55 am
SHAH ALAM – PAS hari ini mengesa Umo tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan rakan kongsinya dalam BN didakwa menghina Islam.
Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek kelmarin menerusi laman twitternya membidas cadangan Adun Kemelah(Umno-BN), Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud sebagai suatu perkara yang hilang akal.
Oleh itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengesa agar Umno tampil menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan berkenaan.
“Selama ini Umno menuduh DAP menghina Islam, pelbagai gesaan yang mereka suruh kita (Pakatan Rakyat) lakukan terhadap DAP.
“Kini terbukti, MCA menghina dan menolak hukum Islam itu (Hudud) dan Umno perlu dalam kadar segera menyatakan pendirian mereka kerana ini bukan soal politik tetapi soal agama,” jelasnya yang mesra dikenali dengan panggilan Mat Sabu.
Ayub Rahmat juga menyatakan hudud di Johor akan turut dipraktikan ke atas bukan Muslim, sekaligus berbeza dari hudud yang ditawarkan PAS.
Adun Kemelah itu mendakwa, hudud sebenar turut merangkumi masyarakat bukan Islam berbeza dengan hudud PAS yang beliau anggap sebagai bermain politik semata-mata.
Dalam twitter itu juga, Soi Lek mempersoalkan di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu.
“Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?” terjah beliau.

Umno sangat terdesak untuk mendapat undi orang melayu sehingga menggunakan ulama' yang 'buta perkembangan semasa' untuk memberi fatwa. Bacalah sendiri kenyataan ulamak tersebut dan kenyataan Chua Soi Lek di atas -Sekian

PM: KITA TAK TIPU

Salam,
Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini.  Bernama 5 Ogos 2012.

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini"Tambah PM.

Aki nak ulas juga walaupun dah terlambat. Mengapa PM bersungguh benar nak berlaku adil kepada Kelantan tentang royalti minyak? Jawabnya kerana PRU ke 13dah dakat.Boleh atau tidak kita kata ini adalah auta? Belum tahu. Tapi pengalaman lalu sudah ada iaitu negeri Terengganu yang telah menikmati rayalti petrolium telah dinafikan pada 1999 bila BN tumbang di tangan PAS. Kita bincang tentang kerajaan yang sah yang dinafikan hak walaupun mereka beri juga berbentuk wang ehsan melalui kroni Umno kepada sesama Umno.

Jika begitu apa yang nak diharapkan dari janji PM di Bachok kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Adakah dengan PM berkata bahawa kita takutkan Allah,kita tidak takut pada yang lain boleh menjadi jaminan PM akan tunai janji.Buktikan dulu dengan memberi royalti tersebut serta tunggakannya sebelum PRU ke 13 ini. Ada berani?

Dan yang paling mengelikan hati ialah bila PM kata " Kita tak tipu...." Hai... macam filem Berahim Pendek main buah dadu aje bunyinya.. Ramai orang berkata bahawa tindakan atau kenyataan PM akhir-akhir ini semacam orang cemas dan terdesak sahaja gaya dan bunyinya. Kejar ke Kelantan dah tinggal Selangor,kejar ke Selangor dah kecoh di Sabah,kejar ke Sabah dah Puterajaya pula tertinggal.

Aki tak berani meramal tentang Sabah ini, jika ia menjadi tsunami walaupun kecil akan bembahayakan BN dan jika Johor turut tempias maka tinggallah Pahang dan mungkin Melaka jadi batu nesan kepada BN. Jika Pahang juga berubah,maka selamat tinggal BN kita ucapkan.... -Sekian.

Khamis, Ogos 02, 2012

Awok berjuanglah utk pengutip cukai.......

Salam,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan mampu menjana pendapatan secukupnya jika duti eksais kereta dihapuskan."Kalau ikut Pakatan semua dia hendak turunkan. Harga kereta dia hendak turun. Harga minyak dia hendak turun. Sedangkan di negeri yang diperintahnya semuanya naik" - Kata Ismail Sabri dipetik daripada Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terdahulu mencemuh cadangan PR ini yang menurutnya akan menyebabkan ekonomi tidak stabil.

Sebenarnya kita bukan nak berbahas teori ekonomi. Itu tak penting bagi golongan marahin. Kita nak lihat manpukah sesebuah kerajaan mengurangkan kos kehidupan. Apa masaalahnya jika semua barangan keperluan rakyat diturunkan dan kerajaan mengadakan langkah penstabilan ekonomi serta berhemat dan berjimat cermat demi rakyat.

Langkah PR dengan risonal pendapatan tinggi negara yang telah dihasilkan sekarang (hasil mahsul yang sangat banyak) ditambah dengan idea baru serta menghalang ketirisan serta salah urus kewangan (rasuah) akan manpu merealisasikan kesejahteran masyarakat (kos kehidupan tidak tinggi) serta tidak akan menbankrapkan negara.

Satu contoh negeri PR yang menjalankan perbelanjaan berhemah ialah Kelantan. Kos pembangunan mencapai tahap separuh dari kos zaman BN memerintah walaupun dengan kapisiti yang sama sementara hasil pula meningkat sekali ganda dari zaman BN (tidak perlu disebut contoh untuk tulisan ini)

Dari isu PTPTN hingga ke isu penghapusan duti eksais kereta ini,yang di hujahkan oleh menteri Umno/BN ialah bankrapkan negara padahal mereka yang bankrap idea sehingga jalan penyelesaian mereka ialah timpakan kos kepada rakyat baru negara tak bankrap. Maknanya mereka berhak menikmati kemakmuran ekonomi atas kapisiti pemerintah dan kroni pemerintah dan segala kos kehidupan mesti ditanggung oleh rakyat.

Senang cakap," Awok berjuanglah utk pengutip cukai, kome akan berjuang utk pembayar cukai."(cakap usop). Walhasilnya nak barang turun undi PR dan nak barang naik undi BN- Sekian.

G-Datuk Ismail Sabri-MK