Ahad, Julai 29, 2012

'JANJI DITEPATI?'

Salam,

Heboh tentang tema Hari Kebangsaan dan lirik lagunya'Janji ditepati' yang dicedok dari tema kempen Umno/BN dalam menghadapi PRU 13. Bagi PR ianya memang tidak relevan bahkan meloyakan tapi bagi Umno/BN ianya satu dendangan puji puja yang mesti dihayati oleh setiap rakyat kerana kejayaan umno/BN mengotakan janji.

Penulis liriknya cuba mengenengahkan projek ad hoc seperti ,Terima (tayar),klinik dan kedai 1 Malaysia sebagai janji yang sudah ditepati walhal itu bukan janji (menifesto), itu gula2 penglipur gundah gulana rakyat. BRIM memang dalam bajet tetapi ia berbentuk one off yang jika ia diibaratkan ice cube,usahkan batunya bahkan plastiknya pun telah hancur..Bunyi2 nak beri ' pulak.....

Melihat kepada Sabah dan Sarawak,maka lirik tersebut umpama hampas kelapa yang telah diambil santannya kemudian ditabur kepada ayam. Maaf,bukan tiada pembangunan baik di semenanjung mahupun Sabah (negeri paling miskin di Malaysia) dan Sarawak tetapi ianya berbentuk laba kepada diri dan kroni.Memang janji ditepati jika berjanji satu (1) dan ditunaikan satu(1) tetapi jika sepatutnya 10, mana yang 9 lagi. Janji sangat berkait rapat dengan amanah dan telus. Maka ini gagal di alam realiti dan tidak terserlah pada lirik ciptan Dr Rais itu.

'Janji sudah ditepati,kini masa balas budi' La... apa ni, suruh pangkah BN lah tuu..., Lirik ini menunjukkan pandainya anak Yatim menyelitkan unsur kempen,lantak engkau lah jika ini tema lagu pilihanraya Umno.. tapi ini lagu 55th National Day Theme.Ia kepunyaan seluruh warganegara. Maka bertambah bencilah rakyat kepada BN- Sekian.

-Sekian.

Ahad, Julai 22, 2012

KENAPA MASUK PAS?

Salam,

Semalam Aki diziarahi oleh seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang telah pencen. Beliau saudara Aki dan saudara maranya memang ramai di Bera ini khususnya di Kg Mengkarak. Becerita tentang politik rupanya datuk ini telah mengishtiharkan diri masuk PAS (pada himpunan hijau Selangor). Beliau sudah lama berjinak-jinak dengan PAS, cuma fenomena bekas pegawai kerajaan dan golongan artis masuk PAS yang 'memeiahkan' PAS dan politik tanahair serta keperluan membantu PAS secara zahir membawa kepada pengishtiharan tersebut.

Adapun komen-komen negetif (termasuk menteri) kononnya PAS terdesak lalu memperalatkan pegawai kerajaan yang bersara dan mempergunakan artis untuk menarik sokong orang ramai  menjelang PRU 13 adalah tidak berasas tidak boleh diterima oleh akal waras. Dalilnya sangat lojik dan munasabah dimana parti pembangkang khususnya PAS tiada kuasa untuk memaksa golongan tersebut untuk menyertai PAS. Projek dan kewangan pun tidak ada untuk ditawarkan berbanding Umno/BN yang ada kuasa,ada projek bahkan mempunyai kewangan yang banyak untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Bukankah Umno lebih sesuai untuk golongan artis? Kenapa pula mereka memilih PAS? Maka sudah tentu pada fikiran mereka yang menyertai PAS bahawa PAS ini perjuangannya betul,perlu di bantu dan disokong lalu mereka sanggup tinggalkan dunia glamor dan kemewahan untuk bersama perjuangan PAS. Begitu juga pegawai tinggi kerajaan (bersara), tak masuk akal mereka sanggup diperalatkan dengan meninggalkan projek,kontrak dan berbagai kedudukan seta habuan dengan menyertai PAS melainkan dengan kesedaran sendiri masuk PAS walaupun kerugian habuan tersebut.

Apa-apa pun itu semua dengan kehendak Allah SWT,Apabila Allah menghendaki memenangkan satu golongan dan menjatuhkan satu golongan tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. Kebesaran dan kehaibatan itu milik Allah- Sekian.

G1- Himpunan Hijau Selangor.


Sabtu, Julai 21, 2012

'TIADA YANG PERCUMA'

Salam ramadhan,

Sudah 55 tahun merdeka,maka pada tahun ini para imam akan menyambut hariraya dan merdeka dengan jubah baru yang 'baik dan berkualiti'. Tak salah memberi dan menerima lebih-lebih lagi menjelang ramadhan atau dalam bulan ramadhan yang berkat ini. Bukan itu sahaja, tiap masjid dan surau akan dapat 2 tong air zam zam dan kurma. 130,000 ajk masjid seluruh negara akan menikmati faedah yang sama.

Tapi takkanlah dengan hadiah tersebut kita boleh menggelarkan diri kita sebagai 'muslihun (orang baik) dan menemplak orang lain sebagai 'mufsidun' (perosak) semata-mata mereka berdemonterasi menuntut pilihanraya bersih. Lapan perkara yang dituntut oleh BERSIH 3.0 adalah perkara 'muslih' (kebaikan/penambahbaikan) kepada demokrasi dan sistem pilihanraya.

Menyentuh pemberian kurma dan air zam zam juga bergantung kepada niat yang betul kerana Abu Jahal dan pemuka Mekah dahulu pun menyediakan perkara tersebut kepada jamaah haji saban tahun padahal tak ada pilihanraya pun pada masa itu. Maka apabila perkara yang sama berlaku sekarang (setelah 55 tahun dan hampir pilihanraya) sudah tentu kita tidak boleh menafikan bahawa ianya membawa 'niat' yang tertentu.

Para imam yang dijanjikan jubah baru itu ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan BERSIH,ramai di antara mereka yang jenuh makan kurma dan menghirup air zam zam malah berdozen jubah yang mereka ada, melainkan (pandangan sesetengah pihak) pengumuman PM itu sebagai 'honorarium' untuk melupakan sementara kebejatan kerajaan juga sebagai 'buah kenangan' dalam bilik mengundi.

Ungkapan 'tiada yang percuma sekarang ini' mungkin sesuai untuk dibuat lapik ketika menerima 'sesuatu' dari orang politik. WaLLahu A'lam. Selamat mengimarahkan ramadhan al mubarak - Sekian.


Selasa, Julai 10, 2012

KEBULUR SANGAT KAH PAS ?

Salam,

Setakat ini beberapa sumber dari blog dan media melapurkan berita pasangan (lelaki dan wanita) menceroboh dan mengamuk kompleks B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Motifnya masih disiasat. Lelaki tersebut ditembak mati oleh polis manakala wanita tersebut mengalami kecederaan.

Ada lapuran menyatakan bahawa lelaki tersebut mengaku 'Imam Mahadi',bertakbir dan hendak gulingkan kerajaan.Belum apa-apa lagi ada bloger yang tidak bertanggungjawab menuduh bahawa Si Pengamuk itu tajaan PAS dengan berkata: ‘Selepas gagal plan A & B & C untuk menakluki Putrajaya pada BERSIH, Himpunan Hijau & menggunakan artis.. PAS hantar Ppecial Branch Samurai untuk menggulingkan kerajaan… mereka menggunakan plan D pada masa kini.. selepas ini mereka akan menggunakan plan E sehingga Z untuk mendapatkan Putrajaya..'

Persepsi ini (tuduhan perbuatan ekstrem ajaran PAS) dikongsi oleh masyarakat yang 'dibutakan' akan sejarah dan perjuangan PAS sehingga pihak yang membenci PAS sewenang-wenangnya mengunakan peristiwa-peristiwa tersebut untuk memburukkan PAS.

Kebulur sangat kah PAS nak ke Purtrajaya? Menghantar 2 orang 'amilin' untuk mengamuk dan menggulingkan kerajaan sedangkan tak berapa hari saja lagi PM akan umum tarikh pilihanraya (PRU 13). Masyarakat di luar PAS pun tak tergamak nak menuduh PAS sedemikian rupa melainkan yang dah 'kondem' kepalanya.

Jika 'takbir' mengaitkan Pengamuk dengan PAS, berapa ramai orang bukan PAS yang bretakbir. Jika jilbab ada unsur PAS,ramai lagi yang berjilbab tidak PAS. Begitu juga 'Imam Mahadi', sudah ramai yang mengaku Imam Mahadi dalam negara atau luar negara yang tiada kaitan dengan PAS. 

Kalimah takbir yang mulia itu boleh sahaja disalahgunakan atau digunakan tidak kena pada tempatnya seperti juga Islam Hadhari dan Wasatiyyah. Islam maju atau Islam serdahana amat bergantung kepada perlaksanaannya bukan selogannya. Ekstrem atau tidak sesuatu ajaran itu juga bergantung kepada sejauhmana sunnah Nabi Muhammad SAW dipatuhi atau dicabuli - Sekian.

G - Blog anak sungai durhaka

Catatan:  Lama dahulu 5 buah masjid di Pahang terbakar serentak termasuk Masjid Kampung Kuala Triang. Pagi itu Aki menjengok masjid yang terbakar tersebut (dipercayai akibat perbuatan khianat) Seorang penyokong tegar sebuah parti politik apabila nampak kelibat Aki berkata dengan kuatnya: "Ini (bakar masjid) kerja orang PAS lah!!!" Lalu OCS (Ketua Balai) yang ada bersama-sama ketika itu dengan spontan menjawab:" Awak biar betul,jangan tuduh tanpa bukti, saya tangkap awak nanti" Penyokong tegar itu berlalu dari situ dengan 'monos' aje - Itulah tuduhan dan perspsi. t.k.

 

Jumaat, Julai 06, 2012

MELETAK EMAS DI DALAM LUMPUR

Salam,

Apabila PAS berkawan dengan DAP, dunia jadi terbalik pada pandangan orang melayu kampung. PAS tiba-tiba jadi parti 'jahat' dan UMNO jadi parti 'malaikat'. Mufti pun menyerang PAS, apalagi Si Kitul yang di bawah ni,semuanya bersorak sorai tentang PAS tidak memperjuangkan Islam lagi.

Teks khutubah jumaat bahagian ke 2 untuk bulan jun 12 bagi negeri Pahang menyentuh soal pilihanraya telah memuatkan ayat al Maaidah 57 (larangan mengangkat orang yang  menyendakan agama dan orang kafir sebagai pemimpin) pada hemat Aki ada dua tujuan. Satu, menasihati pemerintah supaya jangan main-main dengan agama.Dua, menasihati pemain-pemain politik melayu/Islam jangan pilih/berkawan dengan orang kafir dalam hal politik. Mungkin juga maksudnya lain.

Naluri Aki lebih kuat kepada maksud: Kerajaan Umno dah nak kepada Islam sebenar sedangkan Pas semakin jauh dari perjuangan Islam (sebab berkawan dengan Dap) sebagaimana pendapat sesetengah mufti dan di gembar gemburkan oleh media massa. Datang pula Datuk Ayub Rahmat (BN) menyarankan kerajaan Johor laksanakan hudud.

 Memang benarlah Umno nakkan hukum Islam. Inilah pandangan melayu kampung. Aki tunggu beberapa hari (sebelum menulis entry ini) untuk lihat komen pembesar2 Umno, tak ada. Komen golongan pertengahan ada lah, tetapi bukan mewakili parti Umno.

Nak tunggu PM sambut supaya kita sama-sama dapat laksanakan tuntutan Islam itu. Setakat ini belum lagi malah beberapa kenyataan yang terdahulu yang menyangah hudud belum ditarik balik. Maka cadangan yang baik Ayub itu dikatakan 'Meletak emas di dalam lumpur' tak akan berkilau.

Jadi Datuk Ayub yang baik, marilah bersama2 dengan PAS (masuk Pas) untuk daulatkan hukum Islam insya Allah -Sekian.

G- Sumber Amenoworld.


Isnin, Julai 02, 2012

POLITIK HUDUD DAN HUDUD POLITIK

Salam,

Pas menyambut baik cadangan Adun Kemelah dari Umno Datuk Ayub Rahmat yang mahukan kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadikan negeri pertama melaksanakan hudud. Bahkan kenyataan Datuk Tuan Ibrahim bahawa Pas menyokong penuh hudud di Johor itu sesuatu yang amat bijaksana dan tepat.

Selama ini ada orang umno menafi dan mencemuh bahawa hudud yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan itu hudud Pas. Pemimpin Pas selalu menyebut bahawa jika ada hudud (yang lebih baik) dari yang di kemukakan oleh kerajaan kelantan dan Terengganu silalah umno kemukakan. Hudud lebih besar dari isu politik. Kebijaksanaan Pas ialah menggunakan saluran politik (mentadbir) untuk laksanakn hudud.

Keberanian Datuk Ayub Rahmat mengemukakan cadangan tersebut di Dun Johor perlu disokong walaupun ia sinis terhadap hudud kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan menyatakan mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan 'hudud sebenar' yang didakwanya berbeza dengan hudud pas.

Walaubagaimana pun MCA sudah mengaum melalui prasidennya Chua Soi Lek yang berkata"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam,"

Beranikah pemimpin atasan umno menerima cadangan Ayub dan seterusnya mengarahkan supaya kanun jenayah syariah (hudud) di draf oleh ulama' umno tanpa mengambilkira implikasi politik (penolakkan MCA) kepada umno sebagaimana yang di lakukan oleh Nik Aziz dan Haji Hadi sehingga boleh mendidik DAP.

Aki tidak bermaksud untuk 'berpolitik' dalam isu ini tetapi ingin bertanya kepada orang melayu di kampung yang mencemuh Pas kerana berkawan dengan DAP, Siapa yang lebih faham isu hudud ini, DAP atau MCA ? Siapa yang menentang, MCA atau pemimpin atasan atau kedua-duanya sekali?

Semuga hudud jadi kenyataan - Sekian.

G- Sinar Harian 2 julai 12