Selasa, Jun 26, 2012

MENUNGGU PRU 13:TULISAN DAN SEJARAH

Salam,

Berdasarkan suasana semasa dengan pelebagai tawaran kerajaan termasuk yang terbaru pemberian tayar untuk pemandu taxi, Aki percaya bahawa PRU 13 sangat hampir berlakunya. Barangkali orang kuat umno sudah ditaklimatkan anggaran waktunya walaupun Aki percaya ianya telah ditukar beberapa kali.

Berdasarkan pengalaman yang lalu,beberapa tanda atau alamat sudah zahir. Ada alamat kecil dan ada alamat besar. Tidaklah Aki nak menyamakan menanti tarikh pilihanraya Malaysia seumpama dengan menanti tarikh kiamat. Walau apapun perancangan manusia ianya didalam ketentuan Allah swt.

Antara alamat kecil;

1- Pemilihan pucuk pimpinan umno ditangguhkan.

 2- Ada orang yang tidak dikenali duduk di kedai kopi samada berpakaian kemas atau selekeh bercampur dengan masyarakat setempat mencuri dengar perbualan tentang topik politik.

3- Menteri yang duduk KL balik kawasan masing-masing.

4- Jabatan dan Agensi sibuk mencari orang susah dan miskin (luar biasa)

5- Banyak program Wakil Rakyat bersama penduduk.

Alamat besar;

1- PM dan TPM melawat negeri-negeri.

2- Pengumuman juta-juta ringgit untuk sesuatu projek.

3- Dana khas golongan sasar seperti 'Durian Runtuh' untuk peneroka dan BRIM.

4- Media Pro Umno memburuk-burukkan pembangkang.

5- Fokus khas kepada isu atau individu untuk menjatuhkan parti pembangkang oleh media.

6- Perjumpaan/ taklimat tertutup orang kuat umno.

Di sesetengah negeri dan tempat perang bendera bertambah rancak dan meriah satu tanda demokrasi sihat walaupun ada beberapa kes bendera parti pembangkang diturunkan atas alasan undang-undang atau disabotag oleh 'hantu tengah malam'

Aki percaya pada bulan september ini akan turun mencurah-curah projek orang kampung untuk mengimbangi 'durian runtuh' peneroka felda yang sekarang ini sudah bising di kampung-kampung menyuarakan bahawa merek juga patut dapat 'durian sekah'. Risda dan Felcra umpamanya boleh keluarkan peruntukan untuk orang kampung, "kami rakyat 1 Malaysia juga".

Cara PM Najib 'memberi ikan' tidak 'memberi pancing' kepada rakyat/pengundi dilihat sebagai tindakan terdesak tetapi berbaloi untuk memenangi PRU 13. Jangan dipandang remeh perkara ini kerana inilah mentaliti orang kampung. Mengutamakan yang segera dan dekat berbanding keselesan dan kesenangan anak cucu.

Sebulan dua selepas itu baru PM dapat lapuran lengkap tentang kedudukan Umno/BN yang disebutkan oleh Cikgu Mustafa Ali bahawa lapuran pada masa ini menunjukan sokongan kepada PR meningkat dan sokongan kepada BN merosot kecuali lapuran KEMAS.

Dengan berbagai sanario dan pasang surut sokongan maka Aki menjangkakan PRU 13 akan diadakan pertengahan atau akhir january 2013 selepas pemberian wang dan peralatan sekolah dan BRIM 2. Meneka tak menjadi satu kesalahan,jika betul ia akan menjadi sejarah dan jika tidak betul ia juga menjadi sejarah, yang tak boleh ialah menentukan sesuatu. Ketentuan hanya milik Allah.-Sekian.

Isnin, Jun 18, 2012

BERUBAH SEBELUM TERGOLEK (Sempena Euro 2012)

Salam,
Ramai yang bangun malam seminggu dua ni sempena Euro 2012. Sebagai peminat bolasepak tegar, kawan Aki yang bernama Ali tak ketinggalan. Pasukan kesayangannya Espanyol masih bertahan setakat ini sementara Belanda yang menjadi kegemaran Aki tergolek awal2 lagi. Kesemua 3 perlawanan kalah.

Main dengan gaya Total Football dengan meletakkan seorang penyerang tak sesuai lagi bagi Belanda.Van Persie tak manpu menjaring gol sementara sepakan Robben dilihat sentiasa mengatasi palang gol. sementara pakar tendangan percuma Sneijder tidak berbisa lagi.

Mungkin bagi piala dunia 2014 Robben terlalu tua untuk Oranje sementara Van Persie diharapkan manpu menggalas w.c setelah tumpas di Euro ini.

Untuk menjayakan sesuatu misi manusia perlu berubah. Duduk di takuk lama dengan khayalan dan umpanan manis menjelang sesuatu 'big work' tidak akan menghasilkan perubahan. Katakan kepada anak muda,katakan kepada wanita dan katakan kepada si tua "waktu untuk berubah terlalu hampir,apabila sampai waktunya kita mesti berubah untuk kejayaan"

Sebelum melihat Belanda berubah 2014, kita mesti berubah menjelang 2013- Sekian.