Isnin, April 30, 2012

JADI BURUNG PIPIT

Salam,

Ketika Aki sampai ke Pekeliling jam lebih kurang 6.00 petang. Tak ndak bercerita tentang kepenatan kerana orang lain seratus kali lebih susah dan penat.Abang Razak Anjang Kohor (69) sudah ada di sana. Heran juga, dengan jalan bertongkat tetapi bersemangat meninggalkan kami di LRT Pekeliling dan tak tahu di station mana beliau turun pada 11.00 pagi, boleh mendahului kami sampai ke Pekeliling pada petang itu sedangkan LRT ditutup sementara.

Rupa2nya beliau telah pengsan terhidu gas pada tembakan pertana lagi lalu dibantu oleh peserta bersih dan dihantar ke Pekeliling.setelah sedar dari pengsan. Masuk mesej dari Usop mengabokan Dr Salim masih sangkut dan Kalid tak tahu di mana.

Perhimpunan di sekitar Station LRT Masjid Jamek berjalan aman dengan ribuan pererta melaungkan BERSIH.................... BERSIH... BERSIH........ dan mereka bergerak menghala ke arah Dataran Merdeka sehinggalah kedengaran bunyi 'Tuuup tuup tup' dan orang ramai berundur. Masing2 menutup hidung dengan tuala dan sebagainya. Seorang nyonya mengeluarkan plastik garam dan menghulurkan kepada Aki dan ada yang menuangkan air maneral ke muka. Sepuluh minit kemudian 'Topi Merah' telah sampai ke depan Station LRT tersebut lalu Aki mengajak Islahuddin beredar dari situ.

Dalam perjalanan balik ke Pekeliling bermacam gelagat dan aksi di temui samada perserta demo atau pihak keselamatan. Ia telah mencacatkan Himpunan Bersih. Aki datang atas semangat mahukan Pilihanraya adil dan bersih walaupun suara sinis melolong menyatakan perhimpunan bersih tidak akan mengubah pendirian kerajaan,membazir masa dan menyusahkan. Siapalah Aki dibandingkan ratusan ribu manusia itu melainkan kita sama2 ingin jadi burung pipit yang menolong memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s walaupun mengunakan paruh yang kecil.

 Akhirnya, adalah tidak adil menuduh peserta himpunan bersih ganas melainkan disiasat dengan cara yang telus kerana ia melibatkan pergaduhan dengan pihak polis. Pakatan Rakyat tidak bermusuh dengan polis dan tentera. Musuh politik dulu,kini dan........... ialah Umno/BN- Sekian.


Khamis, April 26, 2012

BOLEH 'GILA' DIBUATNYA

Salam,

Dengan tawaran wang @ duit orang boleh jadi 'gila'.Betul2 'gila'. Bukan sebarang gila,'gila nonong' namanya. Maka apabila tawaran pinjaman wang melalui bank tertentu dibuka kepada para peneroka untuk melabur di pasaran saham melalui syarikat tertentu yang jumlah pelaburannya RM 10,000 keatas, menonong para peneroka 'menyain' borang di dalam bahasa inggeris itu walaupun tak tahu sepatah habuk pun terma dan syaratnya.

Lebih malang lagi ada peneroka yang menyangka itulah 'borang durian runtuh' yang diwarwarkan itu. Tanpa bertanya terus sain. Dikabarkan juga bahawa borang itu usahkan diberi penerangan oleh yang berwajib bahkan tidak dibenarkan untuk dibawa balik. Semacam ada sesuatu yang pelik. Dahlah dalam bahasa inggeris,tidak dijelaskan buah butirnya,nak bawa balik untuk disemak oleh anak yang cerdik pun tidak dibenar. Apa barang ini semua.

Nak makan keringat peneroka,kalau untung sama2 dapat,kalau rugi peneroka kena bayar hutang bank? Itu belum kira 4% ke atas kadar bunga pinjaman yang dipanggil riba. Maafkan Aki, kalau dulu peneroka amat sensitif dengan riba tapi demi 'durian runtuh' itu semua tolak tepi.

Insaflah wahai peneroka,Allah menyebut bahawa orang makan riba akan bangun seperti orang yang dirasuk syaitan. Belumpun dapat 'durian runtuh' macam2 'gila' yang sudah kedengaran- Sekian.

Gambar hiasan

Isnin, April 23, 2012

'DURIAN RUNTUH' ATAU FELDA RUNTUH?


Penyenaraian FGVH nampak2nya jadi juga selepas mesyuarat luar biasa KPF meluluskan perpindahan harta/saham KPF kepada FGVH untuk diniagakan di pasaran saham. Tentulah alasnnya ialah pemegang saham KPF akan dapat lebih keuntungan dari sekarang (15%). Jika untungnya tak sampai 10% maka tentu mereka yang cerdik itu tidak akan meluluskan nya.

Apahal pula peneroka yang hanya ada RM 200.00 dalam KPF. Banyak mana sangat untung mereka jika untung 20% sekalipun. Baru RM 40. Rata2 peneroka ada saham RM 2000.00,maka untungnya baru RM 400.00. Tapi merekalah yang heboh tentang 'Durian Runtuh'. Buat tunjuk perasaan marahkan pembangkang kerana kononnya menghalang mereka mendapat durian 'runtuh'.

Jika peneroka (samada yang saham sikit atau maksima) yang setuju harta KPF dan Felda Plantation diniaga dan digadaikan atas nama FGVH dan mereka mendapat 'Durian Runtuh', katakanlah RM 20,000.00 (seorang), pada hemat Aki ia bukannya keuntungan perniagaan kerana pembahagian tidak ikut peratus saham dan mana boleh kira keuntungan sebelum tersenarai di bursa/atau baru tersenarai tetapi belum matang.

Melainkan inilah cara2 untuk menfaraidkan harta peneroka dan felda yang berjumlah berbilion2 ringgit untuk kepentingan tertentu. Dengan lain perkataan, dapat 'durian runtuh' sebab bagi sokong Umno/BN dalam PRU 13 walaupun felda runtuh.

Tanah terpaksa digadaikan kerana telah berjanji dan yang menunggu janji berselipot di kedai kopi walaupun rugi genarasi demi genarasi- Sekian.

Isnin, April 09, 2012

AJI DAN PEMAKAI KOT



KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.

Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan- Utusan Malaysia.

Jika yang berkata di atas menteri Pakatan Rakyat tentulah ia akan ditertawa dan diperlekehkan oleh PM dan menteri Umno yang menjual temberang kepada orang kampung bahawa di bawah Umno dan BN rakyat akan hidup sejahtera. Apalah sangat pinjaman PTPTN berjumlah 40 bilion. Kerajaan berhemah,tidak membazir apatah lagi rasuah.

Pembangkang di dakwa penipu boleh langsaikan begitu banyak hutang dan rakyat patut sokong Umno/BN yang telah menghadiahkan hutang negara kepada rakyat sebanyak RM 437.2 Bilion dengan seorang rakyat Malaysia berhutang sebanyak RM7,918 (US$2,514)/seorang – Masih terendah menurut pembodek2 Umno.

Isunya bukan tinggi atau rendah berbanding orang lain. Isunya ialah bijak atau tidak,berhemah atau membazir,amanah atau rasuah dan telus atau tiris dalam mengurus wang negara dan rakyat. Aki katakan dalilnya sudah ada bahawa kerajaan Umno/BN tidak boleh dan tidak patut mengurus wang negara dan rakyat apabila terbukti wang yang tiris zaman Dr Mahathir lebih RM 100 bilion sedangkan Mahathir adalah negarawan ulung berbanding Najib Tun Razak.

Aki boleh katakan bahawa negara hampir muflis berbanding pemimpin Umno/BN yang kayaraya kerana rakyat mendapat maklumat yang salah di samping 'gula-gula poewr' menjelang setiap kali pilihan raya.

Orang kampung tentu sangat marah kepada Pak Aji yang berkata: " Tuan2, wang derma yang tuan2 dapat itu ialah wang yang dicuri dari kebun tuan-tuan" Kerana mereka tidak mendapat maklumat tentang kecurian itu dan penderma memakai kot dan tie serta pandai berkata2_Sekian.

Gambar hanya hiasan,tiada kena mengena dengan cerita.

Sabtu, April 07, 2012

LEMBU DAN KAIN MERAH


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.- Malaysiakini

Gelak orang Temerloh sambil mencebet kelongsong yang tak diketahui apa isinya semasa Najib mengumumkan perkara berkenaan. Bertuahlah wanita Malaysia dapat menteri jantan untuk jaga seredok medok orang betina. Tidak melantik orang lain ada kemungkinan berkaitan dengan tempoh PRU 13 yang sangat hampir. Kalau tak diisi nanti orang kata tak peduli kepada wanita.

Mungkin sehari dua ni sempat lagi kut Najib mengumumkan 'tawaran istimewa' kepada golongan wanita sempena PRU 13 sambil orang akan melupakan Sharizat dan lembunya. Jadi walaupun nampak lucu strategi ini mungkin boleh menutup isu lembu dan mengelakan wanita umno dari berkelahi.

Tapi jika lembu tidak mengubah deriarasanya kita akan melihat lentang pukanglah 'Si Pemakai kain merah' dihambat oleh 'lembu perkasa'- Sekian.

Rabu, April 04, 2012

JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG SAHAJA


Hari ini Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berkata demikian pada 29 Mac 2012 di Kuantan.

Isunya ialah mengkritik secara terbuka bagi pemegang jawatan dalam FAM selain prasiden, bukan kerana raja atau rakyat. Tetapi ramai yang tak puas hati prestasi Skuad Bolasepak Kebangsaan akhir-akhir ini yang jika kritikan itu datang dari 'orang kecik' tentu tidak dihiraukan oleh FAM. Jika datang dari 'orang besar' ini pula cerita nya.

Jadi K. Rajagobal mesti membuktikan skuad kebangsaan pimpinannya manpu menyerlah dan berjaya dalam kempen mereka bukan memberi alasan untuk memilih pemain lagi. Kritikan amat perlu terutamanya dari peminat bolasepak negara. Jangan nanti sifat angkuh kita tidak akan membawa kita ke mana. Tidak perlu undur ke belakang di mana pemain beraksi di padang sedangkan stadium sepi dan tv pun orang tak buka.

Jangan cakap berbelit-belit bola dengan Myanmar pun terkuit-kuit- Sekian.

Ahad, April 01, 2012

RUGI SEBELUM RUGI

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

Written by Hazayani Zakaria
Isnin, 26 Mac 2012 15:23

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan aud
it FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keunt
ungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanya
k RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak
syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik m
engikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97
peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayu
b terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kep
ada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Komen- Wahai peneroka! ingatlah cogan kata ini 'SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN' dan ' KAMU DAH RUGI SEBELUM DIRUGIKAN' - Sekian.