Rabu, Februari 29, 2012

HABUK DARI CELAH LANTAI


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.- MK

RM100 bilion wahai nenek ....... bukan RM100 ringgit. Sangat dialu-alukan untuk SPRM menyiasatnya bermula dari Tun Mahathir dan seterusnya lain-lain Tun. Benda dah rugi mesti ada perkara tersalah dan tersilap yang dibuat. Paling tidak salah perhitungan.

Tapi gaya tempelak Tun Mahadir itu memberi isyarat bahawa bukan dia seorang sahaja yang buat kerja rugikan duit rakyat, Perdana Menteri yang lain pun (termasuk yang ada sekarang dan yang mantan serta yang telah meninggal dunia) turut menyalahgunakan dana awam.

Dakwaan Kit Siang itu (100 bilion) mengenai wang rakyat yang lingkup semasa pemerintahan Ninda Tun Mahathir selama 22 tahun,satu angka yang besar yang bukan sahaja patut disiasat tetapi wajib dibongkarkan.

Kenapa perlu kaitkan dengan lain-lain Tun melainkan ada wasangka bahawa 'engkau serupa aku juga' atau nak menutup malu sendiri kerana telanjang disuruh orang lain telanjang juga. Siasatlah wahai SPRM sebelum PR mengambilalih teraju. Bila diganti karpet baharu nanti semua habuk di celah lantai akan di korek keluar- Sekian.

Selasa, Februari 14, 2012

'BERUK' DAN BUKU JINGGA


Ahmad Maslan kata fakta Felda Plantation dalam buku jingga PR tak betul lalu dicampakkan buku tersebut ke dalam tong sampah. Tak betulnya menurut Ahmad Maslan ialah Felda Plantation tiada tanah,ia hanya mengurus sahaja,yang punya ialah Big Felda.

Pada hemat Aki,itu teknikal sahaja. Isunya ialah Pakatan Rakyat nak beri tanah kepunyaan Felda (itupun di bawah kuasa kerajaan negeri) kepada generasi ke 2 dan mereka yang lain yang layak. Kenyataan Ahmad Maslan yang menyataakan bagaimana anak orang lain termasuk anak cina dan india tidak dapat tawaran tanah felda plantation menyerlahkan kedangkalan beliau.

Lihat ke belakang, Felda tidak pernah menafikan hak kaum cina dan india untuk memohon tanah rancangan, cuma sangat sedikit dari kaum tersebut berminat untuk menyertai tanah rancangan.

Tawaran PR tersebut juga didasari oleh perjuangan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang melihat kegagalan kerajaan membiarkan anak peneroka merempat di tanah rancangan dan eksplotasi Big Felda kepada keuntungan Felda Plantation yang tidak memberi manfaat kepada peneroka sebaliknya mengenyangkan tembolok pembesar felda. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menyelesaikan sebahagian masaalah jenerasi ke 2 kalau tidak semua pun.

Lebih menjijikan perbuatan Ahmad Maslan membakul sampahkan tawaran PR itu serentak dengan usaha kerajaan untuk mengadaikan Felda Plantation tersebut demi kepentingan pemain-pemain saham di FGVH.

Tiori Ahmad Maslan mungkin seumpama Hakim Beruk yang 'memodot' semua pisang ke dalam mulutnya dan memberi tahu khalayak bahawa pisang tersebut tidak cukup untuk diberi kepada semua orang - Sekian.

Ahad, Februari 12, 2012

APA KATA HASAN DAN 40 ULAMA'?


Jika gambar (sebelah kanan) ini adalah DS Anwar Ibrahim hebohlah media massa,TV,surat kabar dan mungkin juga ia menjadi hightlight siri jelajah DHA kerana ianya tegak di kawasan ibadat penganut hindu.

Apa beza antara patung Najib dan patung Anwar dalam isu ini, ia mengingatkan rakyat Malaysia mengenai pemasangan replika Anwar Ibrahim dengan ketinggian yang hampir sama berhampiran Wisma Keringat, Batu Caves kira-kira 4 kilometer dari tapak sambutan Thaipusam sempena menyambut perayaan Deepavali pada 2008 lalu.

Replika Anwar dijadikan bahan berita oleh beberapa stesen televisyen pro-BN ketika itu. Kononnya replika Anwar berunsur pemujaan dan pendewaan kepada seseorang tokoh. Persoalannya, mengapakah replika gergasi Najib tidak diungkit oleh media arus perdana. Replika itu pula dipasang di kawasan beribadat. Bayangkan jika replika Tuan Guru dibina di perkarangan masjid. Pasti stesen televisyen akan menyiarkan berita itu selama seminggu!

Isu Najib dan Rosmah menyertai perayaan Thaipusam pula mengundang kontrovesi yang perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan segera kerana ia melibatkan soal akidah.

Harap Hasan (akidah) dan 40 ulama muda jangan bisu dalam soal ini- Sekian.

Sumber dipetik dari Milo Suam.blogspot.com.

Khamis, Februari 09, 2012

ANTARA BERUK DAN MUSANG

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semulajadi manusia.- MK

Komen FB

Icin Amir · Pengulas Tertinggi · Officer di Recron (Malaysia) Sdn Bhd
YAB Tun. Pencenlah. Hiduplah dengan aman dan elakkan menfitnah dan menipu. Zaman kamu sudah berakhir. Lagi banyak kamu berbicara lagi banyaklah keperibadian buruk kamu terserlah. Ibarat " Meludah ke langit, jatuh kemuka sendiri ". Tidak usah cuba seperti tikus membaiki labu.

Patutkah orang yang mengurangkan kuasa raja di zaman pemerintahannya [seolah2 dialah jadi raja] menuduh orang yang disumbatkan kedalam penjara [di zamannya] dengan zalim mahu menukar undang2 negara sedangkan dia belum dapat kuasa?

Macam beruk menuduh kura2 akan menghabiskan pisang yang masak di atas pokok sedangkan beruk itu sedang memakan pisang tersebut dan kura2 menjilat mulut.

Atau seperti musang yang tak dapat menjadi MB [kerana projek 9 Mac 2008 gagal] lalu heboh menyatakan PAS itu masam semasam masam nya -

Beruk dan Musang elok tubuh parti baru. -Sekian.

Sabtu, Februari 04, 2012

LEBIH UMNO DARI UMNO


Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang - Mk

Astghfirullah............

Menang Mac 2008 (jadi ecxo kerjaan PR), terpecat 8 jan 2012, hampir 4 tahun bergelumang dengan Pas,PKR dan DAP. Dr Hasan termasuk isteri dan anak2 habis jadi liberal belaka dan berhempas pulaslah beliau nak mengislamikkan keluarga beliau kerana nak jadi ketua JATI. Mentelahan beliau berpendidikan sekular yang mengharapkan Pas memperjuangan Islam [barang diingat Pas bertahaluf Siasi dengan rakan pakatan yang ada prinsip2 dan syarat2nya] Jangan tuan nak fitnah Pas.....

Yang peliknya dia berjuang melayu lebih dari Umno, disuruh masuk Umno dia kata tak nak.... ya ker...? Umno tolak hudud wahai Tuan Dr Hasan...Jadi Tuan yang bijaksana mungkin nak tegakkan Islam melalui JATI,Alhamdulillah......

Tak masuk Umno bukan bererti tak sokong Umno bahkan ada yang lebih Umno dari Umno- Sekian.

Komen dalam FB

Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
Hassan Ali merupakan seorang.
1.kecewa sbb teringin sgt nak jadi MB Sgor.
2.motivator yg gagal kawal diri sendiri.
3.tidak tahu berpolitik.
4.rasa megah sbb dia ada "PhD"(Philosophy Doctorate ) TETAPI bg aku Hassan Ali (PhD=Perangai Hasad Dengki).
5.Sembang hebat IMR( Islam-Melayu-Raja).
i) Islam agama rasmi negara termaktub dlm Perlembagaan Msia.
ii) Melayu dah termaktub "hak keistimewaannya' dlm Perlembagaan.
iii) Raja- Rajai2 Melayu Hassan Ali nak memepertahankan.
Pendapat aku: Kenyataan paling bangang drp org bertaraf PhD.
i) Tahukah UMNO menarik kuasa2 Raja2 Melayu yg di ketuai oleh Dr M.
bukannya PAS/DAP/PKR dan parti2 lain.Ini fakta.
ii) Paling bahlol :Hassan Ali kata PR akan jadi Msia Republik.

SEMAKIN HASSAN ALI TUNJUK HEBAT, JOM RAMAI2 KITA KOMEN HASSAN ALI AGAR DIA SEDAR DIRI.
Ada setuju...............