Sabtu, Disember 03, 2011

Soalan Mungkar Nakir kepada Nik Aziz dan Kamal Saidin?


Perhimpunan Agung Umno berakhir dengan tempelak Dato' Seri Najib kepada Pas dan PR. "Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP,"Kata Najib sambil menyifatkan Pas sebagai kelaun atau bangang.

Sebelum itu [kalmarin] Ustaz Kamal Saidin perwakilan Umno mencerca Dato' Nik Aziz dengan mengajuk soalan Munkar dan Nakir " Wahai Nik Aziz siapa saudara mu?" Kamal Saidin berkata "Takkan Nik Aziz berani jawab "Muslimin Muslimat saudaraku" kerana dia berkawan dengan DAP"

Maksud kedua2 kenyataan di atas sama sahaja yaitu 'Dosa Besar' berkawan dengan DAP. Wahai Najib dan Kamal, DAP itu parti politik sementara kebanyakan ahlinya kaum cina sama seperti MCA dan Gerakan. Kalau ditinjau dari sudut agama mereka juga sama. Apa baiknya Umno berbanding PAS dari sudut kerjasama politik?

Dan untuk ustaz Kamil,sebelum Nik Aziz jawab soalan Mungkar Nakir itu, anda dulu mesti jawab siapa saudara mu? Nak mengaku PAS saudara mu, Umno yang tendang PAS dari BN bila dah kuat. Nak kata orang Islam saudara mu, parti mu tolak hudud yang nak di jalankan oleh Nik Aziz dan PAS kepada orang Islam.

Maka apabila Munkar dan Nakir bertanya kamu, " Apa ikutan kamu wahai Kamal !" Adakah kamu akan jawab " 1 Malaysia ikutan kuuuuuu" - sekian.

G1- Kamal Saidin.

Khamis, Disember 01, 2011

Menggalas batu kawi untuk di tukar dengan batu permata


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menempelak Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai Si Tanggang muda yang tak mengenang budi dan durhaka kepada ibu2 wanita umno dan mengajak wanita umno membela dirinya dalam isu projek lembu NFC.

Dalam mitos Si Tanggang versi tradisional, Si Tanggang kena sumpah kerana tidak mahu mengaku orang tua yang melahirkannya sebagai ibu lalu ibu yang sedih itu dengan panggang kera di tangan menyumpah Tanggang menjadi batu.

Shahrizat Abdul Jalil bukan ibu yang memegang panggang kera tetapi ibu yang diberi amanah [melalui suami dan anak2nya] untuk jaga lembu untuk industri makanan negara lalu pecah amanah menukarkan 'panggang lembu' kepada 'ketulan batu' [merujuk pembelian kondo mewah dari dana NFC]

Sejumlah RM 455,423.00 telah dikeluarkan dari dana lembu kepada IGNS sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali yang tiada kena mengena dengan projek NFC. Pendeknya banyak lagi lah penyelewengan NFC yang di dedahkan oleh Si Tanggang muda itu.

Jika terbukti begitu maka bukanlah 'Si Tanggang' yang durhaka tetapi Si Ibu itu lah 'Ibu segala peyelewengan'. Berbaloikah wanita umno mempertahankan ketua mereka yang disebut oleh Bung mokhtar sebagai liabiliti kepada Umno. Ianya seumpama menggalas batu kawi [batu lada] untuk di tukar dengan batu permata- Sekian.

G1- Google