Isnin, November 21, 2011

Bola itu bulat


TAHNIAH MALAYSIA berjaya memadamkan ego penyokong panatik Indonesia dengan kemenangan 4-3 sepakan penalti selepas seri 1-1 walaupun Titus Bonai [pemain Indon] berkali2 'menjampi' pintu gol Malaysia. Semuanya dengan izin Allah- Amin.

G1-http://www.arena.my/Arena/ArenaBolaSepak

BOLA YANG BULAT JANGAN DI PENJONGKAN


Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta."Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia. "Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.- Malaysia Kini

Bercakap tanpa fakta bukan sahaja menunjukkan kebebalan kita malah mengundang rasa meloya dan meluat di kalangan peminat dan penyokong bolasepak Malaysia serta masyarakat umum. Siapa pemimpin pembangkang itu? Apa kenyataan nya? Apa kaitan persaingan politik di Malaysia dengan rakyat Indonesia di Indonesia?

Pakatan Rakyat pergi meraih undi ke Jakarta dan Parlembang ke bagi memenangi PRU ke 13? Setahu kita perkara yang dihebohkan ialah kedatangan Mismah dan yang setaraf dengannya ke Malaysia dan mendapat kerakyatan dengan senang dan mudah bahkan telah tersenarai dalam DPI dan boleh mengundi.

Dengan hati yang jujur kita boleh berkata bahawa rasa tersinggung,kecewa dan marah terhadap sikap penyokong panatik bolasepak Indonesia dan layanan buruk dan berat sebelah kepada atlit sukan Malaysia sukan SEA 2011 dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik sekaligus menafikan tohman Timbalan Menteri Belia dan Sukan tersebut. Bola yang bulat jangan dipenjongkan.

Kurang 15 minit lagi sepak mula Malaysia vs Indonesia bagi penentuan pingat emas acara bolasepak akan bermula. Aki permisi dulu- Selian.

Isnin, November 14, 2011

WANG CURI UNTUK BUDAK SEKOLAH?


Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat- MK

Hasratnya sangat murni tetapi peraturannya salah. Tujuannya untuk membantu ibubapa meringankan beban awal tahun dengan macam2 peralatan sekolah. Maka dari sudut ini tindakan Menteri pelajaran dikira bagus.

Bagaimana pula tentang peraturan? Bajet belum lulus wang sudah keluar. Maka bolehkah ia dipanggil wang curi? Curi dalam kocek sendiri apa salah nya kata seorang teman. Inilah masaalahnya bila menteri tak tahu [atau sengaja buat tak tahu] membezakan antara wang kerajaan dan wang peribadi atau parti. Semua dia kira bapak dia punya.

Majoriti disalah gunakan. Betul mungkin perkara ini teknikal sahaja. Tapi jika semua MP BN kelu waktu pengundian maka itupun teknikal juga. Sebaiknya ikutlah peraturan dan segerakan tindakan pasti semuanya jadi kebaikan- Sekian.

g1- http://hatilelakiini.blogspot.com

Ahad, November 13, 2011

RAKYAT BERTAMBAH ILMU MENTERI BERTAMBAH DUNGU

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media- MK

Langkah Kementerian Pelajaran di atas (jika dilaksanakan) tidak diketahui tujuannya.Kalau ikut kata Ustaz Idris tu macam satu deraan kepada guru.

Nak kata ia satu hadiah kerana golongan ini yang ramai menyokong kerajaan, yang kuat parti umno semacam tak terikat dengan peraturan sekolah,bila nak keluar mesyuarat parti atau majlis menyambut menteri mereka boleh tinggalkan kelas.

Maka bebanan kerja akan terpikul di bahu guru2 yang didikasi. 9 jam pun terima ajelah. Selama ini pun berbelas jam termasuk ko kurikulum. Nampak mudah kerja cikgu ni,cuti banyak. Tapi tanyalah mereka hal bebanan yang disebut oleh Idris di atas.

Bila guru berbunyi, katalah tak muktamad lagi. Maka nampaknya dalam kebanyakan hal kerajaan merancang dan melaksana bukan berdasarkan kebijaksanaan tetapi lebih kepada ikut sedap rasa dan takut dengan ugutan.

Rakyat bertambah ilmu menteri bertambah dungu- Sekian.

Sabtu, November 05, 2011

SALAM 'IDUL ADHA


Pengorbanan Ibrahim a.s
jadi ikutan
100 unta bukan mainan
400 lembu tiada tandingan

1000 kambing tak sama
anak sendiri galang gantinya
Korban bukan sahaja perlu banyak
tapi yang paling disayangi itulah haq

Salam 'idul Adha untuk semua muslimin

Khamis, November 03, 2011

Sebutir emas untuk rakyat, sepuluh untuk pemimpin


Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)- Malaysia kini.

Ada komen menyatakan bahawa tindakan keajaan memakai GSTT kerana mereka bertaraf kontrak. Satu langkah penjimatan oleh kerajaan sebagaimana kerajaan menaikkan had umur pesaraan kepada 60 tahun juga sebagai langkah penjimatan. Maksudnya dari mengambil Penjawat Awam baru yang menelan kos yang banyak (pada jangka panjang) lebih baik kekalkan yang lama dan ambil yang kontrak.

Pelik, mengapa berkira sangat dalam meujudkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dengan menamatkan (pencen) yang lama dan isi dengan yang baru. Berapa billion kerajaan dapat jimat berbanding pembaziran dalam GLC,salah urus kewangan,ketirisan dan rasuah.

Belum lagi diambil kira belanja boros isteri Pak Menteri dengan jam,rantai,mutiara dan cincin yang bernilai berjuta2 dolar. Jika itu semua dari wang mereka (Pak Menteri) sendiri,apa kena mengena dengan tunjuk perasaan pelajar UPSI?

Persoalannya ialah para pemimpin hidup mewah pada masa graduan lepasan U terkial2 untuk mencari pekerjaan bukan sahaja untuk keperluan mulut mereka tetapi juga membayar hutang PTPTN.

Sangat jauh dari konsep kebajikan yang didakwa apatah lagi hendak meniru Khalifah Umar al Khatab. Ia dilihat seperti dalam filam P. Ramle: Satu untuk engkau dan sepuluh untuk aku- Sekian.

Selasa, November 01, 2011

Bila datang 'benda' bergolek yang buruk jadi molek


Ketua Audit Negara berkata "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan."-Blog Pahang Selamat Rakyat Nikmat.

Aki dengar bisik2 yang Tan Sri Isa Pengerusi Felda memanggil Naib Pengerusi dan Tok 4 rancangan felda seluruh Malaysia untuk menerangkan isu terbaru yaitu cadangan nak guna duit KPF untuk men'global'kan perniagaan KPF melalui FGVH yang sebelum ini dah rugi.

Hebat juga cabar mencabar dalam majlis tersebut. Ada Tok 4 dan Naib Pengerusi yang suruh Isa Samad letak jawatan termasuk wakil2 Wilayah Mempaga yang termasuk juga Felda Gugusan Bera di dalamnya.

Terdengar juga mereka membangkitkan 40 kawasan parlimen ada felda dan mereka boleh berpaling menyokong pembangkang. Aki kata jangan ugut saja,buktikan.... dah lama dah deme terkena, sekarang peluang untuk berubah.

Isa pulak satu... Dah jadi pengerusi felda nak jadi pula pengerusi KPF.... Guru Besar nak jadi,penolong kanan nak jadi.... nanti jaga stor pun dia nak. Aki tau itu semua nak memudahkan urusan.

Warga felda...warga felda..... bila datang 'benda' bergolek [nanti] yang buruk jadi molek - Sekian.