Jumaat, Oktober 21, 2011

KEMATIAN GADDAFI: UNTUNG BATU?


Salam,

Dunia mencipta satu lagi sejarah yang telah ditakdirkan oleh Allah Yang Maha Kuasa apabila bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dibunuh oleh tentera penyokong NTC. Sedikit berbeza dengan kematian Saddam di tali gantung,kematian Gaddafi lebih tragis dimana dia diseret dan dipukul sebelum ditembak di kepala.

Jika dia diktator dan zalim,dia telah menerima hukuman dunia sebelum akhirat. Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) menjadi simbol penyelamat Libya. Tapi masih terlalu awal untuk melihat kesuburan demokrasi Libya apatah lagi berdaulatnya Islam di sana.

Hampir 5 tahun (2006) sudah Saddam digantung, bagaimana demokrasi di Iraq, bagaimana umat Islam di sana? Berjayakah Iraq membebaskan diri dari mustakbirin Amerika?

Apakah nasib Libya akan sama dengan Iraq? Atas nama demokrasi dan menentang autokrasi Gaddafi dibunuh. Manpukah NTC dan rakyat Libya mengurus masa depan mereka? Atau mereka terjebak dalam permainan kotor Amerika,NATO dan sekutu mereka. Apa yang Libya akan dapat ialah untung batu.

Aki tak manpu untuk meramal..... -Sekian.

Khamis, Oktober 20, 2011

HIMPUN: JANGAN LAIN MAKAN NANGKA LAIN KENA GETAH


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.

Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

Aki tabik kepada Mohd Azmi Abdul Hamid (TERAS) penganjur bersama HIMPUN tapi merasa gusar akan niat beberapa orang politik gila glomur yang akan menyertai perhimpunan tersebut. Kita tengoklah nanti hentaman mereka menghala ke mana?

Pertahan akidah dan menangani isu murtad mesti disokong tiada dapat disangkal lagi, walaupun siapa anda? Ahli politik kah atau NGO...? Cuma bila NGO penganjur menyatakan perhimpunan ini tiada kaitan dengan politik, maka jalan terbaik bagi PAS sebuah organisasi politik ialah tidak ikut serta.

Sikap ini sudah tentu akan ditempelak oleh orang yang Aki sebut di atas. Maka nantinya bukan orang yang memurtadkan orang Islam jadi sasaran, PASlah akan jadi sasaran. Padahal PAS sudah lama mencadangkan undang2 anti murtad di gubal dan dilaksanakan.

Jangan lain makan nangka lain yang kena getah, hendak menebang kayu berduri, ditebangnya pohon jati-Sekian.

Isnin, Oktober 17, 2011

BUKU YASSIN DARI ISTANA




Salam,

Aki tengok berita Dr Mahathir tempelak pakar perlembagaan Dr Abd Aziz Bari, "Orang kampung kata kurang ajaq" Kata Dr Mahathir merujuk kepada kritikan Dr Aziz terhadap titah ucapan DYMM Sultan Selangor berhubung Isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Perkataan 'Kurang ajaq' dari mulut bekas pemimpin negara kepada seorang ahli akademik merupakan suatu penghinaan dan kurang akal kerana teguran Abd Aziz merupakan teguran 'ilmiyyah' [berdasar kepada kajian dan pengalaman]

Apatah lagi ia datang dari Dr Mahathir yang bertanggungjawab mencabut kuasa raja dalam krisis pada tahun 1983 dan 1993,bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

Aki menyaksikan tangis esak KDYMM Yang DiPertuan Agong ke 7 Sultan Hj Ahmad Shah di istana Pekan semasa rakyat jelata dipanggil ke istana [berhubung dengan krisis perlembagaan dan melucutkan kuasa raja] dan kami membaca yassin bersama.

Wahai Dr Mahathir..... sudahlah hang nak campur hal-hal negara. Zaman hang telah lama dah.... Sejarah tak pernah bohong, malulah kepada anak cucu hari ini dan akan datang. Umno dan Utusan pula putar belitlah cerita dan berita supaya manusia semakin benci dan meluat.

Sekarang ini maklumat bukan sahaja duduk di hujung jari tetapi melekat di hati dan Aki masih menyimpan buku Yassin berkulit kuning dari istana itu-Sekian.

Rabu, Oktober 12, 2011

BAIK DILIHAT BURUK

Bob Lokman - http://www.ohbulan.com

Harakahdaily-11 Oktober.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Isu tauliah ini dah jadi macam isu permit ceramah politik.Penguatkuasaannya dilihat sebagai pilih bulu.Jika dalam soal ceramah polis bertindak tidak adil dengan membiarkan ceramah tanpa halangan sekiranya dilakukan oleh Umno/BN atau kuncu2 mereka seperti Perkasa, bahkan budak2 tak cukup syarat menunggang motosikal menggangu ceramah PR dibiarkan sahaja oleh polis sementara ceramah PR dihalang dengan berbagai alasan.

Begitu juga soal tauliah ini,ianya menjadi senjata pihak tertentu untuk menghalang dakwah dan ceramah jika penyampai tersebut tidak sebulu dengan pemerintah. Dengan kata lain jika ceramah agama itu menguntungkan Umno teruskanlah walaupun tanpa permit,tetapi jika ceramah tersebut menyedarkan masyarakat tentang Islam lalu menyokong PAS maka isu tauliah digunakan untuk menyekatnya.

Ada orang kata PAS gunakan agama untuk kepentingan politik,yang sebenarnya ialah politik PAS itu memang selari dengan kehendak agama. Sepatutnya pihak berkuasa agama memandang sirius kenyataan yang bersifat menghina agama Islam dari golongan artis atau pemimpin bukan menghalang artis [yang sudah insaf] dari berdakwh.

Al hasilnya kuasalah menentukan sesuatu itu benar atau salah bukannya al haq (diri kebenaran) itu sendiri. Jika kuasa ditangan orang yang baik maka kebaikanlah hasilnya dan jika kuasa ditangan orang yang jahat maka kemusnahanlah akibatnya-Sekian.

Selasa, Oktober 11, 2011

TELAN SAHAJALAH LABU.......

PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.-Harakahdaily.

Sekilas Aki ternampak gambar Datin Sri Rosmah (FLOM) di kaca TV dalam berita malam itu. Aki tunggu lagi tak ada dah gambarnya (kemera tak fokus). Hanya muka Najib tersengeh2 bersama dengan kakitangan kementerian kewangan yang Aki nampak salah seorangnya memegang buku tebal yang tertulis RAHSIA BESAR.

Rahsia negara diketahui oleh first lady tidaklah perkara pelik. Kepelikannya ialah campururus yang zahir yang tidak berlaku kepada mana2 isteri pemimpin sebelum ini. Kesian PM, kewibawaannya tercalar oleh banyak karenah isteri tercinta.

Nak buat macamana, telan sahajalah Labu...... -Sekian.