Jumaat, September 30, 2011

SATU CERITA SEJUTA AIR MATA

Ini ada satu cerita.........

Bil apinya murah saja....

Kurang lebih sepuluh juta........

Betul-betul bukannya auta....

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria.- Harakahdaily

Yang hamba rakyat tidak tahu.....

PM dan TPM duduk rumah sewa......

33 juta [setahun], barangkali PM & TPM tak sedar,tak pernah tengok bil.....

Kena siasat TNB, pasai apa sampai 10j,salah kira kot... PM kita orang bukankah orang yang berhemat......

Aki pun tak tahu [tak kira berapa kali kepala digeleng] - Sekian.