Isnin, Mei 30, 2011

RUGI RASANYA TAK PANGKAH BN?

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.- Malaysia Kini.

Salam,

Apa punya menteri, naik sampai 10% tak terjejas (kepala bapak dia) Oooo yer... menteri dan kroninya memang tak terjejas. Agaknya pengundi BN pun tak terjejas, rasa menyesal pulak tak undi BN. Kalau undi BN tentu penggunaan kurang dari RM 20 sebulan pun tidak akan ditarik balik?

Atas alasan kerjaan terpaksa menarik balik sabsidi kerana beban kewangan yang berat masyarakat dimanipulasi dan didodolkan dengan pengorbanan kerajaan dan sangat patut rakyat bersama menanggung sedikit bebanan sedangkan sabsidi 19 bilion kepada Penjana Bebas baru peringkat kajian katanya.

Bersorak sorailah rakyat jelata menyambut kenaikan tarif letrik dan gas sebelum disusuli dengan harga minyak- Sekian.

Isnin, Mei 23, 2011

BELI RM 2.50, JUAL RM 2.50 JUGA.....


Salam,

Pagi tadi Aki kekedai untuk membeli beras, 10 kg sekejap aje... 6 mulut + 18 anak2 yang mak ayah depa kerja. Sebenonya bukanlah mereka kuat makan tapi main dengan ramai ada masa terlupa beras dah habis.

Tokey kedai berungut, 'pelek.... beli minyak kelapa (dalam bag plastik ) RM 2.50 disuruh jual oleh (KPDNK) RM 2.50 juga." Beliau menambah "jika jual tinggi dari RM 2.50 dan ada aduan, KPDNK tidak teragak-agak mengambil tindakan"

Aki dengar suara mencelah "suruh Mail Sabri jual minyak dengan harga tu.....!" Ya tak ya juga, guna elaun YBnya tu, beli dan jual minyak kelapa dan tak perlu bungkus dengan bag plastik.

Betuah betul jadi orang Bera, makin hari harga barang makin naik. BN ler...katakan-Sekian.

Selasa, Mei 17, 2011

JAM OMEGA DIJUMPAI DI PURUN

Assalamualaikum,

Puas hatilah 'gang demo' tak kasi Anwar datang ke Bera (beberapa hari sebelum kedatangan DSAI) kerana berjaya menganjurkan demonstrasi besar2an dengan puluhan orang, menaikkan kain rentang mencaci Anwar dan berjaya menghemburkan cacian ke telinga Anwar di hadapan markas Pas Purun pada malam itu.

Dalam ceramahnya Anwar berkata "Saya maafkan mereka" walaupun mereka berkata Anwar 'kaki (pelacur) cina'

Dan tentu penganjur demonstrasi lebih berpuas hati mendengar cerita jam omega oleh DSAI. Jam kontervesi itu rupanya 'made in Taiwan 2004' sedangkan jam kepunyaan Anwar dihadiahkan oleh anak raja Arab Saudi (ada cop) yang menurut Mahathir dia juga dapat jam yang serupa.

Jika begitu jam siapakah yang diambil oleh Dato S dari bilik 'video sex' tersebut? Padanlah polis kata jam omega tiada kena-mengena dengan siasatan.

Jam omega yang boleh sabitkan Anwar dan juga yang akan selamatkan Anwar telah di jumpai di Purun. T.k

Khamis, Mei 12, 2011

SEMUA ORANG BENCI 'KENTUT BUSUK'


Salam sejahtera,
Pelik bin hairan bin ajaib cucu kepada tarak fikir apabila timbul isu yang sangat sensitif yang tak patut dikeluarkan oleh mana2 pihak iaitu nak jadikan agama kristian sebagai agama resmi. Peliknya pulak isunya ialah yang digembar gembur nak tukar agama resmi itu ialah parti politik @ DAP bukan pertubuhan agama.

DAP parti politik sama macam UMNO. Ahlinya berbagai etnik. Ada cina,india,melayu dan lain2. Agama mereka pula berbeza2. Ada budha,hindu,Islam dan lain2. Ahli Umno pun berbagai etnik dan berbagai agama (rujuk Sabah dan kroni umno di Serawak)

Tolollah kalau parti yang berbagai agama menuntut untuk tukar agama resmi yang tak ramai mana pun ahli mereka menganut agama tersebut serta menyalahi perlembagaan. Melainkan Aki terhidu 'kentut busuk' beberapa bloger nak bikin isu supaya orang bencikan DAP sekaligus bencikan juga kawan DAP iaitu PAS - Sekian.

Khamis, Mei 05, 2011

CATATAN SEBELUM BERTEMU LELAKI Y

Salam sejahtera,

Lama beno Aki tak menulis. Celik mata,bukak telinga.... Hingar bingar Aki dengar cerita DNA lelaki Y dan cerita gambar itam puteh yang menurut rakan Aki macam film tahun 5oan dengan peralatan murah macam 'hotel Mentekab'.

Ia atau tidak lelaki Y bukan isunya disini. Setelah Dato T bersumpah, orang masih tak percaya maka keluar kenyataan dari Datok S bahawa dia akan mendedahkan 'sesuatu' yang lebih besar dari 'video itu' supaya orang ramai tidak akan percaya kepada DSAI.

Nampak sangat bahawa semua tindakan yang dibuat tentang 'video itu' bukan nak cari kebenaran tetapi terfokus kepada nak menjatuhkan maruah DSAI dan memecahkan PR.

Kalau betul kasi teranglah 'itu gambar'. 2011 punya bikin,tak kan takada yang ori.... Selepas menulis ni aki bercadang nak jumpa lelaki Y yang selalu minum di 'Kerana Mu' bersama Wali - Terima kasih.