Selasa, November 30, 2010

CALUN 'SIKITUL MODEN'?

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.- Malaysia Kini.

YB Noh Omar pun kata "Jangan jadi Si Kitul". DS Rais Yatim pun kata begitu. Pendeknya semua orang politik kata begitu samada untuk mempertahankan kedudukan raja2 atau untuk membodek raja. Jika dilihat fakta di atas bahawa calun kepada 'SiKitul Moden' semacam dah ada. Si Kitul tentulah yang rapat dengan raja dan orang besar2 jika menurut Sejarah Melayu.

Peristiwa 1983 [mengurangkan kuasa raja] siapa Si Kitulnya? Hidupkah atau dah mati? Begitu juga 1992 dan 1993 siapa Si Kitulnya, orang yang sama atau Si Kitul itu bukan seorang tetapi kelompok manusia,parti atau jamaah?

Masa tu (1983) Anwar Ibrahim dan Wan Azizah masih baru dalamUmno, hari ni (2010) mereka dah tiada dalamUmno. Nak kata Si Kitul dari luar kerajaan (bagaimana pula begitu).Kata Ust. Fadzil Nor (arwah) :"Orang yang di bawah pokok kelapalah yang boleh menjolok kelapa,bukan orang yang jauh". Siapa yang menjolok buah kelapa pada tahun 1983? Yusof ar Rawa kah atau Dr.Mahathir?

Jika di calunkan Dr. Mahathir sebagai 'Si Kitul Moden' sementara menanti kalau2 ada calun lain, tentulah 'melompat' Wira Perkasa dan mereka yang se waktu dengannya.Maka Aki tidak bercadang untuk 'mencipta' award tersebut- Sekian.

Jumaat, November 26, 2010

'YES' DAN ANGGUK2 NYA SEKALI

"Pembelian hartanah seperti Menara Felda tidak boros, masa kita beli pada 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi, sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi. “Walaupun bangunan belum siap, Felda sudah mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM300 juta melalui pembinaan menara ini, kita bijak menguruskan hartanah," katanya [ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan] menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.- MK

Pandai Datuk Ahmad Maslan ber'matematik'. Khabarnya bangunan itu berharga RM 600 juta. Jika separuh telah dibelanjakan (300juta) maka kenaikan nilai harga hartanah kira2 300 juta hanya menyumbang sifar keuntungan. Katakanlah setelah siap bangunan itu dan tapaknya sekali berharga (nilai) 1000juta. Maka berbanggalah Ahmad Maslan bahawa felda ada bangunan bernilai 1000juta,padahal jika banngunan itu tidak boleh menghasilkan pendapatan [tak laku untuk disewa] , terbenamlah nilai 1000juta itu jadi 'harta karun'.

Jika untuk urusan pentadbiran maka bangunan yang sedia ada lebih dari selesa dan mencukupi. Maknanya satu pembaziran yang besar sedang dan akan berlaku yang kalau duit sebanyak harga bangunan itu dibuat 'sesuatu' untuk jenerasi ke2 contohnya alangkah bermanafaatnya.

"Kita ada duit,kita buatlah.Bukan minta duit orang ramai" Lagi pula projek mega ni boleh mendatangkan keuntungan lumayan [kepada kroni] walaupun ianya tidak ekonomik malah tak perlu pun".

Jika itulah hujah atau 'pemikiran' penguasa dan di 'yes'kan pula oleh rakyat jelata sambil menyeluk poket mereka dan mendapati satu sen pun tak hilang atau tak kurang dengan adanya projek mega tersebut maka lambat lagilah PR nak ke Putera............ -Sekian.

Selasa, November 23, 2010

PIKIRAN JAUH

Pagi tadi Aki minum teh bersama Razlan (Ulak) di kedai Ros Alang. Banyaklah topik yang kami bualkan dari berita PM tak jadi nak rombak kebinet hingga barang naik tak turun2. Dalam banyak2 perbualan itu terselit cerita ini:

Di Bukit Gemuruh (perkampungan orang asli)

Ulak : Buat apa masa ni?

Penduduk kampung (PK) : Menoreh.

Ulak : Ooooo banyaklah duit!!!

PK : Masa ni bolehlahhhh.....

Ulak : Ngapa?

PK : Kalau harga turun sampai 70 sen macamana lah gamaknya, anak2 dah tak ndak makan ubi, beras bertambah mahal......

Ulak: Ya ke?

PK : Tunggu lepas pilihan raya........

Kembali dari Bukit Gemuruh tak henti2 otak Ulak memikirkan perkara tersebut. Diceritakan kepada Aki, lalu Aki tulis disini- Sekian.

Ahad, November 21, 2010

APABILA BANJIR DIPOLITIKKAN DAN 'LEMBU KORBAN' JADI MANGSA POLITIK


Ramai rakyat Pahang terkejut dengan berita 20 syarikat swasta menyumbangkan sebanyak 659 ekor lembu untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di negeri ini termasuk 55 ekor lagi ke seluruh masjid dalam daerah Pekan. Sumbangan itu dibuat dalam Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan semalam.- Pahang Daily Online.

Khabarnya di Bera ni 33 ekor dikorban di Simpang Sebertak. Wooiii banyaknya, harap2 SPRM tidaklah menyiasat kenapa syarikat swasta tu menderma lembu korban sebagaimana yang terjadi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada Raya Haji lalu.

Perkara yang baik biarlah diterima sebagai kebaikan walaupun datang dari 'musuh politik'. Jangan jadikan budaya 'aku semua boleh', 'musuh aku semua tak boleh'. Namun inilah yang berlaku. Tiada lagi politik 'gantelman' kerana sekarang manusia berpolitik untuk 'cari makan' bukan untuk 'kongsi makan'.

Apabila banjir dipolitikkan dan lembu korban jadi mangsa politik maka ia tidak mempunyai nilai sedikitpun. Sangat sukar untuk menemui politik ikhlas pada waktu sekarang, bahkan politik budiman digantikan dengan politik licik sementara politik tulus telah digantikan dengan politik pulus.

Diharapkan pengundi muda boleh memadamkan politik jelek dan meloya itu pada masa depan - Sekian.

G1- Google.

Sabtu, November 20, 2010

SELUANG NAK JADI TAMALIAN DAN PARTI 'KEBENARAN'?

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," kata DSAI- MK

Jika tiada perubahan, 16 Dis.2010 nanti Dato' Zaid Ibrahim akan keluar PKR dan menubuhkan parti baru. Dengarnya Zaid Ibrahim nak menubuhkan parti baru yang bertemakan 'keadilan' juga. Kita tengoklah nanti.

Zaid orang baru dalam PKR, pada hemat Aki walau apapun sebab beliau bertanding Timbalan Presiden, sepatutnya beliau sudah bersedia menerima keputusan 10- 0. [bertanding dengan niat menyuburkan demokrasi] Dengan jawatan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, dia sudah diberi sebuah negeri untuk ditadbir.Jika dia bertanding MP di Wilayah Persekutuan dan menang serta PR menang PRU 13 dialah [MB] nya.

Kenapa dia tidak sabar untuk itu. Adakah orang lama [Reformis] yang tak senang dengan Azmin Ali mendorong beliau untuk jawatan no.2 itu? Apakah niat Zaid meninggalkan Umno? dan apakah pula niat Zaid masuk PKR? Buruk sangatkah demokrasi dalamPKR? Kenapa guna media Umno untuk nyatakan tak puas hati kepada Anwar Ibrahim dan Azmin?

Ini baru pemilihan parti bukan pemilihan calun pilihan raya. Aki percaya masalah tetap ada, sebagai orang luar parti Aki ketepikan masalah tersebut dan cuba memakai logik. Logiknya orang lama dan sama2 menubuhkan partilah yang layak dan ramai penyokong untuk duduk kerusi no 2 itu. Dan logiknya orang baru [jika ingin menawarkan diri] bertandinglah jawatan yang sesuai dengan ke 'baharuan'nya.

Tentu ada sebab 'seluang' nak jadi 'tamalian'. Mungkin 'ikan buntal' yang mengeleteknya. Eloklah tubuh parti baru tetapi yang moleknya jadi 'jaws' supaya tidak dikutil 'buntal'-Sekian.

Selasa, November 16, 2010

WANHAR.......

ASASLAMUALAIKUM,

APAKAH PENGORBANAN ANDA UNTUK MENINGGIKAN AGAMA ANDA?

APAKAH PENGORBANAN ANDA UNTUK MENYUBURKAN SUNNAH RASULULLAH?

APAKAH PENGORBANAN ANDA UNTUK IBUBAPA ANDA?

BERIBU-RIBU LAGI PENGORBANAN DITUNTUT DARI KITA SEMUA........

SELAMAT HARIRAYA KORBAN

Rabu, November 10, 2010

TAK KENA PADA TEMPATNYA

Akhbar pada 5 November lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.- MalaysiaKini.

Aki bukan nak ulas tentang perbalahan Dzulkefly Ahmad MP Pas Kuala Selangor dengan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) mengenai isu ini. Aki nak tanya teman2 di luar sana;

1- Wajib atau tidak kita tanya sesaorang yang makan nasi berlaukkan apa?
2- Adakah dia menawarkan sosei babi tersebut kepada pelajar muslim?
3- Dia tinggal dengan siapa(ibu non muslim atau ayah yang dikatakan Islam) ?
4- Mana patut dirotan, dia yang 10 tahun atau ayahnya (Muslim) atau GPK tersebut (kerana tak usul periksa) ?

Yang Aki tak tahu ialah; Dirotan kerana makan sosei babikah? atau kerana menawarkan kepada murid muslimkah? atau mengotorkan kelas dengan benda najis tersebut?

Jika jawapan pertama, maka GPK tersebut patut pergi kursus kefahaman Islam melainkan murid itu anak GPK tersebut. Jika jawapan kedua, sepatutnya dalam umur 10 tahun ia perlu diberi amaran dahulu. Jika no. 3, maka merotan untuk mendidik [dalam kes ini] adalah jalan terakhir.

Cenderung kepada mempertahankan pendapat tak perlu rotan bukan bermaksud menggalakkan murid Islam makan daging babi seperti dakwaan Zulkifli Noordin tetapi melihat kepada apakah sesuai (patut) dirotan budak umur 10 tahun yang tinggal dengan ibunya (non muslim) dengan kesalahan demikian?

Lebih baik YB Zulkifli Noordin cadangkan [ diparlimen] ditambah hukuman sebat pesalah arak dari 6 ke 40 sebatan (rotan) syarak- Sekian.

* Kanak2 belum baligh,hak mehukum/merotan adalah ibubapa (kecuali dibenarkan) bukan orang lain.

HARAP2 DIA GILA

PEKAN 9 Nov. - Entah apa yang merasuk dirinya, seorang pemuda dipercayai menuntut ilmu sesat tergamak menetak sehingga mati ibu kandungnya di kepala menggunakan kapak di rumah mereka di Felda Chini Timur 1 di sini, semalam. Menurut Yahaya [OCPD Pekan], hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai telah menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya."Suspek memberitahu ibunya itu telah lama mati dan hanya tinggal jasad yang dihantui saka dan santau. Dia juga menganggap dirinya umpama toyol," katanya.Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu didapati positif dadah jenis ganja.- UtusanOnline

Dalam keadaan normal saorang anak tidak mungkin dan tidak tergamak membunuh ibu sendiri. Kalau dia gila maka terlepaslah hukuman dunia dan akhirat. Aki sangat hiba membaca berita di atas. Jika benarlah kenyataan pemuda tersebut bahawa ia terdorong untuk membunuh ibunya kerana percaya ibunya dah lama mati,yang hidup itu bukan ibunya tetapi jasad yang dimasuki hantu ( saka), maka pada hemat Aki dia bukan gila tetapi sangat keliru dan sangat jahil.

Samada kekeliruan itu disebabkan oleh pembacaan atau ajaran atau apa saja, pada Aki ia tetap satu kebodohan yang tidak dapat diungkapkan. Di hadapan kita adalah ibu kita yang menyusu dan membesarkan kita, walau ia [ ibu] menjelma menjdi 'syaitan' atau hantu, jalan penyelsaiannya bukan dengan membunuh jasad tersebut tetapi membuang rasukan atau gangguan tersebut supaya sejahtera jasad ibu kita dan ruhnya.

Tak perlu diteruskan entry ini....." Wahai Tuhan kami ampunkanlah kami dan dua ibubapa kami dan kasihan belaslah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil lagi" Harap2 pemuda itu gila.- Sekian.

Ahad, November 07, 2010

CUKUP BULAN AMBIL GAJI

Dengan nakalnya,Dr. Mohd Asri Zainal Abiddin 'menjolok' buah kotai supaya turun mengelonsor. Pada pandangan beliau pemain2 politik [tak kira parti mana] yang sudah lama serta tandus adea dan hanya bergantung dengan'kenangan silam' harus mengundurkan diri. Tujuannya supaya diganti dengan orang muda yang bertenaga dan ada wawasan masa depan.

Beliau memilih DS Amwar Ibrahim untuk experiment nya itu. Apa lagi lentung lentang orang menyangahnya. Aki kata: Bukan Anwar sahaja orang akan pertahankan, jika disuruh TG NikAziz mengundur diri atau Kapal Singh atau Taib Mahmud bahkanDS Najib,nescaya akan ada orang yang menempelak Dr MAZA tentang itu.

Bukan soal tidak berlapang dada,respon spontan itu hadir kerana sifat kasih sayang kepada pemimpin, menyakini kepimpinannya, terpikat dengan karismanya, bersusah payah membina perjuangan bersama dan hujah2 yang lain.

Melontar adea dan mengomen memang mudah,lebih2 lagi bagi freeman approach. Dia tiada anak buah untuk dijaga hati mereka,tiada musuh yang memakar,tiada ahli yang khianat,tiada umpan yang mengoda bahkan satu cawangan pun belum tentu ada untuk diselia,inikan pula menghadapi manusia2 yang caca marba (baca meraba)

Lalu tiada kritik menjela,nampak relevan semata, pergi ke bumi mana disanjung dipuja. Berkokok di hulu bukan suara kita, mengembek di hilir kambing orang lain punya, tiada landas orang nak 'menitik' kepala kita. Segar bugarlah kita menelan adea. Jika kepala kita diterjah dengan berbagai hujah, mahu kita tak merajuk atau tak marah?

Walau bagaimanapun pandangan Dr MAZA itu elok diteliti dan di ikuti oleh ahli2 politik yang nampaknya 'hidup' tapi [akalnya] mati, kawasannya tak berjengok, cukup bulan ambil gaji-Sekian.

Khamis, November 04, 2010

NOR DERIS AL KASHYAF


Tahniah bagi yang menang.Yang kalah jangan berputus asa. Adat bertanding,ada menang ada kalah. Banyak peristiwa berlaku di dalam PRK Dun Galas.

Aki sangat tertarik dengan kenyataan saorang ahli kashyaf yang Aki lihat di You Tube.Ini antara ucapannya:

"Saya (Nor Deris) tidak menghormati langsung orang2 yang saya ertikan,Pas ini apabila dia berjuang berkongsi dengan DAP,PKR, bagi saya adalah ahzab Malaysia yang cuba nak menggulingkan kerajaan Islam Malaysia di bawah pimpinan Umno. Apabila dia ( Nik Aziz) hulur tangan, saya (Nor Deris) nampak tangan dia tu macam tangan syaitan.Dengan kasyaf saya( Nor Deris),tangan dia (Nik Aziz) tu macam tangan syaitan".

Ahzab adalah suatu pakatan orang2 kuffar [tentera bersekutu] menentang kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah saw. Maknanya Nor Deris mengiktiraf kerajaan Malaysia yang meluluskan dan melaksanakan macam2 maksiat sebagai Negara Islam dan puak yang menentang sebagai menjatuhkan Negara Islam.

Aki nak sangat dengar Chua Soi Lek menyokong sepenuhnya pengistiharan Nor Deris tersebut. Sami yang dah nak pergi itupun agaknya setuju juga. Tentu Nor Deris telah bertemu dengan anak buah Soi Lek dan Sami di PRK Galas dan menyambut mereka dengan salam mesra dan secara kashyafnya melihat 'tangan2 suci' mereka.

Rakyat Malaysia perlu mengambil perhatian tentang 'kekashyafan' Nor Deris ini kerana tidak ramai yang berkebolehan seperti beliau.Kalau adapun ialah Ayah Pin pemimpin 'KerajaanLangit' yang terkenal itu. Adalah dicadangkan kepada PM,sambil2 mempromosi 'Hab Hiburan Malam' [antara program terbaru 'Kerajaan Islam'] bersama Rosmah yang bersanggul ala 'Monte Carlo', menjemput juga Nor Deris al Kashyaf supaya beliau 'menilik' bila masa yang sesuai untuk mengadakan PRU ke 13.

Mengenai DAP yang baru dapat peluang memerintah PulauPinang berbanding Gerakan, lalu antara kerajaan negeri yang terawal menaikkan elaun guru kafa dan berusaha hendak meniru kerajaan khalifah Umar Abdul Aziz, pada pandangan Nor Deris al Kashyaf adalah 'harbi' yang tidak boleh dibuat kawan. Begitu juga PKR yang memerintah Selangor yang memberi 20m3 air percuma.

Harap2 Nor Deris 'tilik' betul2 dan ingat sekarang tahun 2010, jangan terundur ke tahun 1990, nanti ter'kafir'kan pula Ku Li yang jadi boss Gua Musang. -Sekian.

G1- Nor Deris

* Selagi tiada negara yang menjalankan hukum Islam, mana ada istilah 'zimmi' dan 'harbi'. Oleh itu berkawan atau mengadakan perjanjian tidak menimbulkan kesan hukum. Nilainya tertakluk kepada tujuan dan niat masing2- Aki Net.

Isnin, November 01, 2010

CAKAP BELIT2, DAH 'TERGIGIT LIDAH'


Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.-MK

Bunyinya ia ditaja oleh 'NGO 1 Malaysia'.Siapa pula di belakang NGO tersebut tidak nyata tetapi boleh di teka. Kata penganjurnya program itu bukan kempen pilihanraya hanya secara kebetulan dijalankan di kawasan yang sedang berjalannya kempen PRK. Apa2 sajalah 'labuuuu', Kalau parti BN yang buat semua tak apa, calun berjalan sambil bersalaman di hadapan [tidak mengagihkan wang dan barangan]. Pengurus felda di belakang mengagihkan 'bantuan segera' RM 300.00 untuk peneroka [berlaku pada PRU 12] , begitu juga berita di atas, takkan rasuah namanya beberapa tin susu dan milo, lagipun bukan calun atau parti yang bagi,felda dan NGO yang murah hati.

Apabila ada cadangan PAS untuk beri 'tambang kereta' [RM 250.00] kepada penyokong luar yang balik mengundi di Galas, gegee [heboh] 1 Malaysia bahawa itu rasuah. SPR pun kata: Kalau menang boleh batal pilihanraya".Tentang wanita Umno Batu Sapi menghulur wang, ini beritanya; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

Kata Abdul Aziz lagi: “Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat".

Aki tidak mahu panjangkan lagi entry ini. [pening kepala membaca kenyataan SPR] Lu orang pikirlah sendiri-Sekian.

G1- Wanita Batu Sapi sedang menghlur wang- KedahLanie.com