Ahad, Oktober 31, 2010

NILAI SEHELAI TUDUNG KEPALA


ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

Tentera adalah golongan yang mempertahankan dasar sekular Turki moden sejak 1923 yang diasaskan oleh Artatuk. Antara ciri2 jelas sekular ialah anti tudung kepala. Bukan senang untuk mengajak manusia kepada mengamalkan syariat walaupun sudah jadi pemimpin no 1.

Tahniah kepada Presiden Turki Abdullah Gul dan isteri kerana mempertahankan yang hak dan mencari keredhaan Allah berbanding keredhaan manusia. Begitu juga Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dan isteri.

Tentera boleh merampas kuasa bila2 masa sahaja di Turki. Mana lebih berharga sehelai tudung ataukah sebuah negara? Keyakinan dan tawakkal kepada Allah sahaja yang manpu menjawabnya.

Sekali lagi tahniah dan sanjungan untuk kedua2 pemimpin Turki. Anda contoh terbaik [dalam hal ini] padahal di sudut lain di dunia ini ada pemimpin yang berkuasa tidak mampu menutup kepala isterinya walaupun sehelai tudung [di negaranya] tidak perlu ditukar dengan sebuah kerajaan -Sekian.

G1- Abdullah Gul dan isteri.

Sabtu, Oktober 30, 2010

'WIRA MERAH' MENANG

Salam,
Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Permainan kedua2 pasukan ok,ada sikit laju.Kalau macam ni game bolehlah bersaing di sukan asia nanti. Tahniah kepada 'Wira Merah' dan untuk Jang, anda tetap antara yang terbaik.

Kepada penyokong2 berhati2lah memandu pulang, samada di lebuhraya atau genting sempah, mudah2an semua selamat sampai.

Pesanan kepada Unit Peti Undi di Galas, skrin besar untuk tengok final Piala Malaysia tu jangan diturunkan lagi. Ada lima hari lagi masa kempen. Bolehlah pasang [tayang] ceramah Tuk Guru untuk semangat berkerja bagi memenangkan parti insya'Allah.

Ala Kelante Kelante mene
Kelante mene Pialo Malaysia
Ala sokong sokong bule
Ia parti Tok Guru kito

Besok cuti,
Sekian.

Jumaat, Oktober 29, 2010

PAKATAN RAHSIA? ANTARA DAP DAN PKR ATAU ANTARA ZUL DAN PM?

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008. -http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2010

Ada kontrak rahsia? Ooooo... Ini orang Pas kena dengar ni..... Bahaya ni kalau dibiarkan...!!!. Tapi kenapa rahsia ini keluar time rancak kempen PRK Galas dan Batu Sapi? Lagipun perkongsian kuasa kerjaan Pakatan [yang ada sekarang] walaupun ada dominasi bangsa tertentu di negeri tertentu tetapi masih sangat bergantung kepada kerjasama ke tiga2 parti tersebut. {satu tarik diri, kerjaan akan tumbang].

Faktor dominasi bangsa cina juga tidak releven dibangkitkan kerana kes Perak sebagai contoh,Raja dan undang2 tubuh kerajaan memainkan peranan penting. Lagipun cinalah [Ahli Dewan Negeri Jelapang ,YB.Hee Yit Fong , 45,] yang menjatuhkan kerajaan Pakatan [yang didominasi oleh cina] di Perak.Penyakit tak amanah dan lompat melompat itu berlaku kepada semua bangsa,melayu,cina dan india,dan inilah salah satu faktor tumbangnya sesebuah kerajaan.

Berbalik kepada tuduhan YB Zul tadi, orang ramai juga boleh menggunakan hujah yang sama bahawa ada 'pakatan rahsia' antara dia dan PM semasa dia mengikut rombongan PM itu ke Amerika Syarikat. Bahkan telah tersebar berita bahawa YB Zul dan YB Zaharin telah membuka banyak rahsia Anwar Ibrahim dan PKR dan akan mengikut sekali lagi PM ke Amerika Syarikat dalam waktu terdekat.

Kalau adapun pakatan rahsia antara PKR dan DAP untuk menaikkan cina, apa masaalahnya kepada PAS,Masing2 dah ada kawasan tumpuan dan dah ada kerusi untuk bertanding,dan tumpuan rakyat sebenarnya pada PRU 13 bukan cina atau melayu yang banyak kerusi tetapi nak melihat bolehkah Pakatan menumbangkan BN? Pada peringkat ini bukan nak berebut 'harta ghonimah' tetapi nak tumbangkan 'pokok berhantu' yang dipuja zaman berzaman.

Rakyat nak tukar pemerintah Puterajaya, bukannya nak tukar pemerintah istana negara. Jadi sesiapa sahaja yang memerintah selepas PRU 13 tetap tertakluk di bawah Perlembagaan Negara.-Sekian.

Khamis, Oktober 28, 2010

TIADA LAGI YANG JUJUR?

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya [Dr Mohd Asri Zainul Abidin ] dengan nada sinis.-Malaysia Kini.

Beliau mengulas lapuran audit negara mengenai salah urus dan pembaziaran wang termasuk zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai ratusan ribu ringgit. Sehubungan itu [Malaysia Kini dipetik], Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

Tiadakah lagi penguasa yang jujur hari ini? Ada saja [dapat] kuasa dari pion hingga ke KP dan KSU, dari JKK hingga bapak menteri, semuanya mengambil peluang dengan jalan yang salah untuk kepentingan masing2.

Mungkin idea Dr Asri [perubahan pemerintah ] boleh dikembangkan kepada penjawat2 awam dengan melaksanakan sistem giliran atau pertukaran kerja sekerap mungkin atau pengawasan yang berlapis2. Ia macam tidak priktikal serta merumitkan. Satu lagi jalan yang boleh dipertimbangkan ialah mentarbiyyah [halal/haram, dosa/pahala] penjawat awam di BTN yang juga telah dirombak pegawai dan modiulnya.

Tak berubah juga!!!

Menukar kerajaan yang ada sekarang bukan satu percubaan tetapi satu keperluan.- Sekian.

Rabu, Oktober 27, 2010

HARAPKAN 'HANTU RAYA', HANTU RAYA' MAKAN TUAN


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi ETP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.- Malaysia Kini.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman "Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

Dr Ma'amor adalah orang yang sentiasa bersikap lunak dengan kerajaan samada zaman Mahathir,Pak Lah atau Najib. Tetapi ETP yang berlatarkan hiburan dan maksiat itu benar2 mencabut sikap lunak beliau. Aki amat setuju senjata 'pilihanraya' digunakan oleh NGO Islam untuk memaksa kerajaan membatalkan Hub Hiburan yang dicadangkan dalam transformasi ekonomi itu.

'Membiarkan' kerajaan dengan Hub Maksiatnya sehingga rakyat jadi benci kerajaan adalah satu stratigi juga, tetapi dalam soal ini mendesak kerajaan membatalkan Hub Maksiat adalah sangat utama walaupun [dengan pembatalan] rakyat akan suka kerajan. Aki fikir isu ini bukan 'permainan' politik. Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihira masyarakat dan anak cucu kita dari 'runtuh' akibat gejala maksiat yang ditaja oleh 'mereka' yang sepatutnya melindungi kita dan anak cucu kita. 'Harapkan Hantu Raya, Hantu Raya Makan Tuan'.

Jika pendekatan 'tunggu pilihanraya' [amaran] tidak dihiraukan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak, maka Aki minta seluruh NGO Islam/Melayu 'mengajar' kerajaan 'pekak badak' itu dengan mengundi Pakatan pada pilihanraya akan datang.- Sekian.

G1- malaysia Kini.

Isnin, Oktober 25, 2010

'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN'


Jelasnya [Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin] Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan. “Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini. Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.- Malaysia Kini.

Awal2 lagi dah melekeh dan tak yakin kepada calun sendiri. Adakah kerana Abdul Aziz hanya berkelulusan SPM? Aki pikir isu ini bukan keutamaan Pas bahkan tak perlu pun. Sebenarnya yang Aki nak ulas bukan pasal calun tapi 'cakap besar' TPM. Katanya parti lebih berupaya lalu merujuk kepada Projek Perumahan Rakyat yang bernilai Rm 180juta.

Laa.......... Aki tak sedar selama ini, projek pembangunan di seluruh negara dari duit Umno dan hanya parti Umno sahaja yang boleh membuat pembangunan. Buta hurufnya Aki, rupanya ada papan iklan disemua projek yang bertulis 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN'

Aki juga tak sedar diri bahawa janji yang dibuat pada PRK Ulu Selangor seperti menaikkan gaji Pengawal Keselamatan telah di'sebut'kan dalam bajet baru2 ini. Begitu juga jambatan baru Manik Urai telah ada plannya di meja arkitek sejak 1957 lagi.

Jadi oleh kerana duit negara dari 'kocek' Umno dan plan pembangunan disediakan oleh 'Setiausaha Agung' Umno dengan nasihat Tim.Presiden Umno maka jangan siapa2 cuba nak rampas Putrajaya. Kebulur nanti rakyat jelata?

Moleklah 'pangkah' Abdul Aziz di DUN Galas kerana bukan dia yang akan berkhidmat tetapi TPM akan bertungkus lumus 'membancuh simen' dan 'mengangkut pasir' demi pembangunan Galas sementara Dr. Zulkifli hanya bersua muka dan 'berdoa' [tak pandai buat pembangunan dan tak ada duit] supaya rakyat diberkati Allah sambil menjelajah seluruh Galas.

'Buta'nya Aki tak tahu membezakan 'keberkatan' dan'pembangunan' -Sekian.

G1-http://rights2write.wordpress.com/2010/04/04/bn

Ahad, Oktober 24, 2010

ABU YANG MENJADI 'HABU'


Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid menjelaskan, lima lagi Abu ialah:
  • Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
  • Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
  • Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
  • Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
  • Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.-Malaysia Kini.
Apa sudah jadi kita di Malaysia ni, apakah kenyataan di atas itu penglipur lara atau dongengan maya. Apakah kiasan dan bandingan yang dibuat oleh Zahid Hamidi itu benar dan tepat. Boleh tunjuk seorang 'Abu Bakar As Siddiq' dalam parti melayu itu? Abu Talib mungkin ramai, tetapi pemimpin mana yang ada sifat2 Rasulullah saw. yang dipertahankan oleh Abu Talib ciptaan Zahid itu?

Mungkinkah Dr. Mahathir atau Tengku Razaligh [yang pernah keluar Umno] yang dimaksudkan oleh Zahid ketika merujuk Abu Suffian? Hebat betul Umno [dalam keadaan ahli Umno sendiri tercari2, manakah kalimah al Quran dan As Sunnah di dalam perlembagaan Umno] , masuk umno seperti masuk Islam, berjuang dalam Umno semacam Abu Bakar r.a. Mendaftar dan mengundi Umno supaya tak jadi Abu Talib?

Golongan media dan penulis blog dalam Umno diumpamakan Abu Hurairah. Mungkin Awang Selamat atau Media rasmi Umno (Umno Online) yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli [calun PAS Dun Galas] pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh [Ramelah ialah ibu Dr. Zulkefli -p] ada ciri2 Abu Hurairah?

Adakah tuan2 Abu Jahal? Kerana enggan menerima Umno sedangkan Malaysia ini maju hasil kerja Umno [bukan pegawai dan kakitangan kerajaan-p] Tentang Abu Lahab pula Zahid berkata :"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita [Umno] bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat,"

Ini benar2 transformasi yang menakjubkan. Semua Abu dah ada dan akan ada dalam Umno. Zahid Hamidi jadi Abu yang mana? Bekas boss anda [DSAI] berhempas pulas di luar Umno untuk menuju ke Putrajaya bersama Pakatan, anda selesa dikerusi NP sebagai Abu ..... yang mendapat 'habuan' dari Abu..... untuk mempertahankan Abu..........- Sekian.

* Nak tanya Fathul Bari(UMU), Betul ke, Abu Talib dapat habuan dari Abu Lahab untuk mempertahankan Abu Jahal?
G1- MalaysiaKini.

Sabtu, Oktober 23, 2010

MACAM PISAU RAUT


ISU FESTIVAL BUSANA ISLAM
"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki
.- Malaysia Kini.

Ulama' muda Umno itu tak setuju 100% dengan
Festival Busana Islam (IFF) tetapi kesal dengan cara pembangkang menempelak Rosmah.

Aki nak tanya; Berapa kali dah Ulama' Muda 'menarik tangan' Rosmah dan 'membisik' ke telinganya supaya menutup kepala [sebahagian dari aurat] kerana Rosmah bukan orang kecil, dia jadi ikutan dari mak datin hinggalah ke wanita berkemban di Sungai Rajang, dari CEo Bank hinggalah ke pelayan murtabak di Pekan.

Aki juga husnul dzon bahawa Ulama' Muda telah mengadakan solat hajat dan mendoakan isteri PM secara khusus supaya dia menjadi wanita muslimah supaya 'negara Islam' yang kita cintai ini diberkati oleh Allah.

Jika belum buat lagi, tak perlulah bising2 [macam pisau raut, membetulkan orang, diri sendiri bengkok] mempertikai cara pembangkang menzahirkan 'teguran' mereka. Anda ada hujah kenapa anda mempertahankan 'negara Islam' dan pemimpin anda, pembangkang juga banyak hujah kenapa mereka menempelak 'negara Islam' sekular dan pemimpin2 yang sewaktu dengannya-Sekian.

G1- Malaysia Kini.

Khamis, Oktober 21, 2010

MUSANG MENIRU KOKOK AYAM

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.-MK

Inilah yang dikatakan 'berpakaian tetapi bertelanjang' Semua peserta [dalam gambar] memperagakan bulu ketiak. Soalnya kenapa dinamakan Islamic Fashion Festival.Kenapa tidak dinamakan 'Puteri Umno Fashion Festival' atau 'Rosmah Fashion Festival' kerana difahamkan bahawa beliau merupakan penaung kepada pesta itu.

Sungguh memalukan terutamanya nenek2,makcik2, akak2 dan anak dara2 yang bertudung,berbaju kurung dan bersopan santun yang selama ini menyokong kuat parti melayu terbesar di dunia ini. Meletak nama Islam kepada budaya jahiliyyah tidak akan menghalalkan budaya tersebut walaupun dianjurkan oleh Pak Syeikh Arab yang berjubah serban.

Inikan pula penaung dan penganjur nya rata2 tak menutup aurat.Apalah yang diharapkan kepada musang yang meniru kokok ayam-Sekan.

Rabu, Oktober 20, 2010

'DINOSAUR' YANG NAK REPUT


Khairy berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bersatu semula dengan PAS walaupun parti Islam itu didakwa sanggup menolak tangan yang dihulurkan dengan ikhlas "kerana ketaksuban kepada kuasa" Khairy membangkitkan perkara itu kerana terdapat pihak mencadangkan agar Melayu bersatu untuk menjamin kuasa di tangan bangsa pribumi kerana risau bangsa itu hilang kuasa politik -Malaysia kini.
Taksub bermaksud fanatik sementara kuasa dalam ayat di atas bermaksud memerintah.Jadi 'ketaksuban kepada kuasa' bolehlah diertikan terlampau hendak memerintah. Kerana nak memerintah lalu Pas berkawan dengan PKR dan DAP dan tak mahu berkawan dengan Umno. Barangkali itulah maksud Ketua Pemuda Umno (KJ) dalam berita di atas.

Apa dosanya fanatik nak memerintah, lebih2 lagi nak menggantikan parti melayu 'dinonsaur' yang nampak gagah tapi dah nak reput dengan penyakit salah gunakuasa, pecah manah,rasuah dan menghamba dan memperdaya melayu demi taksub kuasa juga.

Umno dan Pas bukan setakat berpeluk bahkan dah 'berbulan madu' dulu tetapi dicerai oleh Umno tanpa dosa, hanya kerana takut Pas dapat kuasa dibanyak negeri atau makan harta pusaka Umno. Wahai KJ tak payahlah nak tunjuk baik, biarlah Umno satu saja parti orang melayu dalamBN, senang nak berbagi laba.

Apa pun pendekatan yang Pas guna nak dapat kuasa selagi tidak salah dengan undang2 negara sepatutnya dialu2kan melainkan mereka yang ada sifat dengki kepadaPas atas apa2 sebab sekalipun. Sekarang Pas guna Tahalluf as Siasi (kerjasama politik) bersama Pakatan, jika berjaya kita akan saksikan [telah pun berjalan di negeri pakatan] perubahan politik baru selepas PRU 13.

Inilah kebimbangan Umno sebenarnya,lalu dipelawa Pas sebagai 'ajak2 ayam' sambil di kutuk dan cerca walaupun sesama bangsa dulu,kini dan.................... Kepada warga Umno, 'SELAMAT BERSIDANG' -Sekian.

G1- Google.

Selasa, Oktober 19, 2010

MAHATHIR MENGAKU 'TAHI' TENGAH JALAN


KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’ katanya pada sesi soal jawab itu.-Utusan Online.

Akhirnya Dr Mahathir mengaku dia yang mengheret Anwar kemuka pengadilan.Apakah ia bermakna kes 10 tahun lalu itu bukan kerana driver Anwar Si Azizan itu menuntut keadilan dan pada pandagan peguam negara 'ada kes' yang melampaui keraguan telah dikumpul oleh pihak pendakwa. Apa perlunya mana2PM campur tangan dalam hal kehakiman melainkan 'ada apa2'...

Usaha itu katanya dibuat secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti. Kenapa segala bukti di mansuhkan oleh mendiang hakim 'gula2 hacks. Semua bukti dan pembelaan'tak relevan'.

Kata Mahathir, nak konspirasi macamana, kerana melibatkan lebih 100 orang. Iya......... konspirasi tu bukan tak ada,tetapi tak menjadi,akhirnya Anwar bukan dihukum kerana meliwat tetapi kerana 'rasuah kuasa'.

Kita tunggu yang ke 2 ni, adakah Anwar terlepas atau terhukum. Nak hukum 'rasuah kuasa', Anwar tak ada kuasa. Nak hukum kerana meliwat? Setakat ini 'tiada kesan masuk' tapi 'ada barang cicir' kat dalam. Barang tu,barang siapa? Panjang lagi ceritanya, melepasi PRU 13 atau tidak Wallahu 'Alam-Sekian.

G1- http://novandri.blogspot.com

Ahad, Oktober 17, 2010

AKI YANG 'PENING' ATAU BAJET YANG 'PENING'?


Dalam pembentangan Bajet 2011 sebentar tadi,Perdana Menteri Satu Malaysia mengumumkan sebuah lagi menara pencakar langit bakal dibina di Kuala Lumpur,dikenali sebagai Warisan Merdeka.Projek yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad itu akan menelan kos RM5 bilion,mempunyai 100 tingkat dan dijangka siap tahun 2020. -http://propartiislammalaysia.blogspot.com

Aki sangat2 setuju dengan cadangan PM tu, dan memandangkan Singapura juga akan membina menara yang tinggi maka adalah lebih elok ditambah ketinggian 'menara merdeka' kepada 150-200 tingkat supaya tiada saingan dan tandingan dalam waktu terdekat. Wang tambahan 3 bilion atau 5 bilion tu boleh 'dikorek' dengan menaikkan sedikit harga minyak. Bukan mahalpun berbanding Singapura.

Maka untuk mengelakkan penyelewengan dan supaya adil dalam tender dan kontrak adalah dicadangkan tiap2 menteri,timbalan menteri serta setiausaha2 mereka di berikan projek tersebut mengikut tingkat2 tertentu. Jika tidak mencukupi bolehlah di 'sub'kan kepada ketua bahagian,pemuda dan wanita.

Mengikut berita Awani yang Aki tonton,rata2 orang ramai bersetuju kerana kata mereka ia dapat meningkatkan industri pelancongan melainkan seorang yang tak bersetuju yang berkata:MenaraPetronas pun tak penuh2 lagi dan kita dah banyak bangunan tinggi2". Pendapat seorang itu tak perlu diambil kira kerana menurut maklumat peniaga tak mahu menyewa bangunan petronas tersebut kerana ianya tak cukup tinggi. Bahkan ada peniaga dan nelayan di kampung Lupak Meluas,Batu Sapi telah berangan2 untuk menjual prodak 'ikan masin jeruk' di tingkat 100 menara Warisan Merdeka yang diumum oleh PM dalam bajet jumaat lalu. Kawan2 Aki, nelayan Bera ni pun boleh menyewa tingkat 50 untuk promosi patin dan talapia sangkar kepada pelancung jepun atau eropah.

Dan betapa bangganya anak2 sekolah di Galas dan Ulu Tembeling yang berkaki ayam,tanpa jalan tar satu hari nanti pada tahun 2015 dibawa melawat menara tertinggi itu. Itu belum lagi dilihat dari segi manfaat keselamatan, ia boleh menjadi menara peninjau untuk mengawasi seluruh perairan dan daratanMalaysia menggantikan kapal selam yang tak berpungsi kerana ketinggiannya. Untung! 2x, siapa kata membazir?

Kakitangan Awam kata: " Lebih baik beri bonus dari buat menara.." Aki jawab: Kerajaan berhemah..." Sabarlah, apa salah berkorban untuk kepentingan peneroka,pekebun kecil ,nelayan,peniaga pasar tani,buruh dan pekerja kilang yang akan memenuhkan ruang2 kosong menara tersebut dengan aktiviti masing2.

Sedang Aki menghabiskan n3 ini kawan Aki menyapa "Oooiii apa yang Aki tulis......" Aki terpinga2, Aki yang 'pening' atau bajet yang 'pening'....-Sekian.

G1-http://tulisanmaya.blogspot.com

Sabtu, Oktober 16, 2010

KELAMBU BARU 2011 & JAMAAH SUBUH

Mansuh Duti Import

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”- MalaysiaKini.

Amboi melonjak2 gembira kawan2 isteri Aki mendengar duti import bag tangan dan pewarna rambut di mansuhkan.Bila pula mereka nak mengayakan fesyen rambut berwarna dengan bag tangan 'Bonia' kerana mereka memakai tudung dan menjenjeng dompet 3 x RM10. Tentang pakaian malam dan wangian bolehlah tuan2 membeli sepasang dan sebotol dua, mengelakkan dari bertengkar dengan bini perkara yang remeh temeh. Mengenai kelambu, Aki tak boleh tidur dalam kelambu bila dah tua2 ni, habis satu badan 'gatal'. Harap tuan2 lenalah dalam kelambu baru 2011 nanti.

Elaun naik

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Peningkatan kadar elaun bulanan untuk imam dan guru agama menunjukkan kerajaan yakin dengan kemampuan mereka memberikan khidmat lebih baik untuk meningkatkan syiar Islam negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata elaun bulanan Imam yang dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 mulai Januari ini, juga dapat meringankan beban mereka.- The Malaysian Insider.

Tahniah PM kerana mengihtiraf peranan dan kerja orang2 agama. Walaupun Selangor dan Pulau Pinang telah dahulu menaikan elaun imam dan guru kafa, tidak bermakna kerjaan persekutuan tidak boleh meniru perkara yang baik itu. Harap pak imam jangan kantoi jamaah subuh kerana tidur dalam kelambu baru dan guru kafa semakin komet untuk berbakti dengan penuh amanah dan tanggungjawab meninggikan agama Allah- Sekian.


Khamis, Oktober 14, 2010

MELAYU BENAR LAWAN MELAYU PAK TURUT


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempunyai hubungan persaudaran dengan George W. Bush yang merupakan bekas Presiden AS, kata seorang ahli geneaologi di laman web Ancestry.com, Anastasia Tyler semalam. Anastasia mendedahkan, Obama dan Bush adalah sepupu ke-11 kerana mereka berkongsi poyang, Samuel Hinckley pada kurun ke-17.-Kosmo.

Aki ada mendengar orang berkata bahawa genetik (keturunan) sesaorang akan mempengaruhi sikap, kelakuan,peradaban dan tindaktanduknya. Orang melayu pun percaya perkara ini. Sebab itulah keluar ungkapan 'keturunan haram jaddah' untuk merujuk kepada sesaorang yang sangat dibenci. Jika mereka merujuk kepada sesaorang yang baik mereka akan kata ' itu keturunan wali'.

Jadi, apabila Barack Obama satu genetik dengan George W. Bush yang telah termaklum sikap zalim dan permusuhannya dengan umat Islam,adakah boleh kita katakan bahawa Obama juga memusuhi umat Islam dan layak di'haram jaddah'kan? Walaupun seorang Parti Republikan dan seorang lagi Parti Demokrat.

Bagaimana pula pengaruh genetik ini bergerak dan membudayakan masyarakat Malaysia? Adakah kerajinan,kemalasan,keberanian dan penakut dan menyokong membuta tuli serta membangkang walaupun yang benar berkait rapat dengan genetik sesuatu bangsa atau puak,Ini kena rujuk kepada kajian dan fakta.

Bila dikata 'cina rajin' dan 'melayu malas', adakah ia benar? Jika benar,adakah ia faktor genetik atau ada unsur dan pengaruh lain. Orang melayu sendiri berkata 'melayu pak turut' Adakah ia genetik? Melayu boleh dibeli...... Adakah faktor genetik atau ekonomi? Apa2 lagilah........

Pada hemat Aki, genetik ada pengaruhnya kepada sesaorang tetapi yang lebih besar dari itu bahkan boleh membuang pengaruh genetik ialah kepercayaan bahawa dia mesti melakukan perkara yang benar untuk dirinya,keluarganya dan masyarakatnya serta negaranya.-Sekian.

G1-http://www.flickr.com/photos

Rabu, Oktober 13, 2010

UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN

BACALAH KELUHAN MELAYU PASIR GUDANG DI BAWAH INI
- Beliau dipercayai ahli dan penyokong kuat sebuah parti tertentu berdasarkan tulisan di dalam blognya-Aki.

Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini. Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.

PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.

Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.

Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan ”SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA”. SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini.

Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang ”cakap tak serupa bikin”. Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama.

Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid.

Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja.


http://melayupasirgudang.blogspot.com/2010/10/bil-utiliti-srjk-cina-akan-di-tanggung.html#comments

Selasa, Oktober 12, 2010

ANTARA MAHATHIR JAHIL DAN SOI LEK BEBAL


(Dalam akhbar The Star dimuatkan ucapan Soi Lek seperti berikut: "In the battle cry for change by the Pakatan Rakyat in the 2008 elections, we noticed that the only change DAP has brought about was to strengthen PAS and deliver Chinese support to them.

"We feel if Pakatan comes to power, PAS would be in the captain’s seat. PAS will not forget its autocratic Islamic stand, and don’t be surprised that if PAS comes back to power, it will turn back the clock").- http://selamatkanpahang.blogspot.com/

Aki tidak hairan dengan tuduhan Prasiden MCA itu kerana antara Murshidul Am BN yang paling berjaya mentarbiyyah MCA bahkan menjadi 'dewa' orang melayu berpuluh tahun ialah Dr Mahathir Muhammad. Perhatikan kata2 beliau tentang hukum Islam [bukan hukum Pas]

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
-14 Julai 1992 .

Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. -http://margeemar.blogspot.com/2009/03/mahathir-bapak-anti-islam-malaysia-1.html

Tujuan Chua Soi Lek menyebut "Jika Pakatan berkuasa, Pas akan memimpin dan tidak melupakan pendirian Isam yang keras Jangan terkejut jika Pas berkuasa mereka akan memutarkan jam ke belakang" semata2 untuk mengekalkan sokongan cina kepada MCA dan supaya orang cina menjauhi DAP kerana DAP bersekongkol dengan PAS.

Sebagaimana Umno tidak pernah mahu belajar [minta nasihat] dari Pas tentang menangani masalah dan melaksanakan pendekatan 'islamik' samada dalam sistem pelajaran,ekonomi/kewangan ataupun sosial [jika buat pun secara curi2 idea] begitulah dengan angkuhnya MCA tidak pernah mahu bertanya kepada DAP bagaimana selama berkawan dengan PAS mereka telah memahami banyak perkara tentang Islam.

Politik pecah perintah dan perkauman inilah [Umno menakut2kan orang melayu tentang Pas dan MCA menakut2kan orang cina tentang DAP yang berkawan dangan PAS serta dicanangkan 'khurafat' yang paling besar bahawa selain dari BN/Umno [Pakatan]tak boleh memerintah dan negara akan jadi huruhara] mengekalkan pemerintahan yang ada lebih 50 tahun dengan segala ke'bobrok'kannya -Sekian.

G1- Utusan Malaysia.

Isnin, Oktober 11, 2010

NASIB KU LI BERBANDING TOK PA


Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas atau cadangan membina universiti di Gua Musang walaupun BN memenangi pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini-Kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed-MalaysiaKini.

Pada Aki permintaanKetua Pergerakan Wanita Umno Gua Musang Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Noor itu kena pada masanya walaupun mungkin tempatnya tak sesuai. Kenapa pula kali ini Umno tidak menjanjikan projek segera sedangkan itulah amalan Umno/BN tiap2 kali ada pilihanraya. Naikkanlah signboard pembinan 'Universiti Gua Musang'. Bukan besarpun belanja signboard tu. Adakah kerana janji Manik Urai belum ditunai atau Pengarah pilihanraya bukan Tok Pa.

Jika tiada janji pilihanraya dan tiada projek segera [tiada umpan politik] di Galas, tiba2 BN di bawah arahan KuLi boleh menang maka Tengku Razaligh boleh dinaikkan pangkat menjawat Pengarah Pilihanraya Umno/BN pusat untuk PRU 13. Dapat menjimatkan wang jutaan ringgit. Kalau wang itu Umno punya, boleh tolong bantu orang melayu Pulau Pinang yang miskin. Kalau wang itu wang kerajaan, bolehlah kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji sempena hujung tahun dan bukak sekolah, legalah sikit kakitangan kerajaan.

Jika Tok Pa ikhlas nak tolong Ku Li, Tok Pa boleh bagi baki wang Ihsan [petronas] yang Tok Pa jaga tu kepada pengundi Galas tak kira parti mana kerana itu adalah wang rakyat. PRK Galas ini juga dijangka menentukan maju atau mundurnya sokongan kepada Umno dan Pas di Kelantan [khusus isu royolti minyak] serta pengaruh politik KuLi dan TokPa. Ada yang tak setuju dengan Aki, itu bukan satu masaalah-Sekian.

G1- MalaysiaKini.

Ahad, Oktober 10, 2010

BERITA YANG DITUNGGU?


CONNECTICUTSeekor anjing polis di Amerika Syarikat (AS) cedera akibat digigit seorang lelaki selepas ia menggigitnya kerana menyerang seorang anggota polis, lapor sebuah akhbar semalam- Kosmo.

Inilah berita namanya. Kata seorang stringer kepada Aki. Kalau anjing gigit orang, itu bukan berita.Itu cerita biasa gamaknya. Banyak cerita2 pelik sudah berlaku mutakhir ini. Ada satu lagi jenis cerita biasa tetapi ia menjadi berita apabila terjadi kepada personalti tertentu. Pembunuhan jadi cerita biasa sekarang tetapi ia jadi berita apabila berlaku kepada Datuk Sosilawati.

Kematian adalah cerita biasa tetapi menjadi tumpuan berita apabila berlaku kepada ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah.Kempen PRK Galas belum mula,yang mungkin menjadi berita hangat jika Tengku Razaligh Hamzah menjadi calun Umno, pencari2 dan penadah2 'balak runtuh' sudah mula berkira2 mencari rumah sewa di Batu Sapi untuk menyambut sekurang2nya 'ranting balak'jika tak dapat batangnya sekalipun.

Jika PM Najib Tun Razak menyakinkan kepada Obama supaya tidak menjadi orang yang'Islamafobia' dikira satu berita maka sangat diharapkan bahawa isteri PM bukan orang yang 'Islamafobia' dengan melakukan perubahan kearah menutup aurat akan menjadi satu berita juga.

Setelah 2 tahun Bekas pembantu kontroversial Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah palsu, juga adalah berita. Latheefa Koya yang juga ketua penerangan PKR memberitahu akuan bersumpah baru bertujuan menghadapi kemungkinan Rahimi dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes perbicaraan liwat Anwar adalah berita sensasi juga. Sama2lah kita tunggu.

Maka hari ini 10.10.10 pun banyak melakar berita samada dilapurkan atau tidak dilapurkan terutamanya berita diri sendiri untuk dicatat dalam dairy kehidupan mereka-Sekian.

* Kucing tumbuk anjing juga satu berita.
G1-http://gambar-kucing.blogspot.com/2010/01/gambar-kucing-tumbuk-anjing.html

Khamis, Oktober 07, 2010

GALAS

Bacalah tulisan
Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz.
ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008)

Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.
kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UMNO Kelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.
Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-UMNO. Perangai UMNO yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan UMNO yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan UMNO.
Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin UMNO yang hampir di pecat dari UMNO. Hampir semua warga UMNO menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti UMNO.
Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang UMNO. Orang UMNO bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 UMNO?
Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi UMNO. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.- Cerita lanjut di sini

Rabu, Oktober 06, 2010

MINUM 'AIR LUDAH' SENDIRI


ISU WANG EHSAN- Akhir.

Seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang."Kami menjangkakan lebih kurang 1,000 warga emas lagi akan memulangkan wang ehsan tersebut kepada Umno Bahagian masing-masing," katanya kepada pemberita
. - Petikan Malaysia Kini

Miskin segalanya

Orang melayu, dahlah miskin hartabenda [termasuk Aki], miskin pula ilmu dan maklumat. Jadi xxxxx kena cucuk hidung. Aki nak tanya Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan, kenapa nak pulangkan wang tersebut kepada Umno Bahagian masing-masing, kata Umno tak mempengaruhi mereka? Pulangkanlah terus kepada kerajaan negeri. Baiknya hati Umno Pulau Pinang nak tolong orang miskin memulangkan wang tersebut.

Maklumat

Wang judi yang diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang tu lesennya diluluskan oleh Kerajaan [Umno] Pusat. Kalau tak ada lesen mana boleh hasilkan wang,kalau tiada wang mana mungkin boleh beri kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Ilmu

Ulama' telah mengharuskan menerima wang kerajaan yang bercampur halal dan haram.[telah diulas disini] Setakat ini tiada pemimpin Umno Pulau Pinang atau Adun dari Umno yang memberi komentar tentang elaun wakil rakyat yang diterima adakah halal atau haram? Apatah lagi memulangkannya.

Muka tak tau malu

Mana nak letak muka bila orang bukan Islam 'mentertawakan kamu'. Ia ibarat 'minum air ludah sendiri'. Dihasut dan ditipu si miskin demi kepentingan politik sendiri lalu dengan 'lurus bendul' mereka memulangkan wang yang menjadi hak mereka sedangkan Sang Juara mendapat kontrak berjuta2 yang tak pasti halal atau haramnya?- Sekian.

G1- Google.

Selasa, Oktober 05, 2010

DONGENGAN MEMBELA MELAYU DAN MENGAPAI 1 MALAYSIA


ISU RASIS

"Dalam negara pelbagi etnik, ada orang yang mahu menjadi wira dan ada juga orang yang tidak 'brerotak' - cara paling senang menjadi wira ialah menghamburkan kata-kata perkauman kerana mereka akan dianggap berani di kalangan sekelompok kecil bangsa mereka sendiri.


"Jadi, kita tidak sepatutnya terlalu mempedulikan mereka. Jika tidak, lebih ramai orang seumpama itu yang cuba menjadi wira dalam masa yang terpantas mungkin,” kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Malaysia Kini.

Aki setuju kenyataan di atas walaupun istilah tidak 'berotak' [ejaan di atas dicedok bulat2 dari MK] itu agak kasar. Aki fikir kenyataan keras presiden MCA itu lahir kerana hendak menyaingi lain2 parti dominan cina seperti Gerakan dan DAP. Parti MCA seperti tenggelam di dalam isu ini dan terkial2 untuk memenangi hati pengundi cina.

Ada cadangan untuk tubuhkan 'Perkasa Cina' untuk menyaingi 'Perkasa Melayu'. Itu pun tujuannya nak jadi 'jaguh cina' sama seperti 'Perkasa Melayu' yang tujuannya nak jadi 'jaguh melayu' serta menarik pengundi melayu 'atas pagar' dan yang 'naif' pemikirannya. Apa yang dilaungkan oleh Perkasa adalah 'lagu lama' yang telah dinyanyikan oleh UMNO sejak berzaman tetapi ianya telah gagal kerana dongengan semangat melayu yang disaluti oleh sifat 'enau dalam belukar' serta dengki sesama bangsa.

Adalah dipercayai bahawa gagasan 1 Malaysia walau diceduk dari manapun adalah untuk menunjukkan sikap 'mesra' pengundi bukan melayu setelah ianya merosot pada PRU 12. Bagaikan seba tak kena, 1 Malaysia jadi retorika apabila Perkasa 'kacau daun' dan zahirnya kenyataan rasis oleh pegawai2 kerjaan.

Hemburan 'mata sepet','kaki botol','balik negerilah','kaum pendatang', oleh melayu rasis menyebabkan kerajaan 'terjebak' dengan sikap double standard,cakap depan melayu lain depan cina lain,jumpa dengan india cakap lain. Tindakan Boo Su-Lyn [wartawan The Malaysian Insider] yang menyelinap dalam program tertutup melayu'rasis' hanya mengesahkan dakwaan 'rasis' itu.

Puluhan ribu pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah mengikuti kursus BTN boleh mengesahkan dakwaan Boo Su-Lyn itu [isu rasis] benar atau tidak? Bahkan cerita yang tidak dapat disahkan menyebut orang melayu yang tidak sealiran dengan pemerintah [yaitu pembangkang] pun turut di 'tempelak' di dalam kursus2 BTN.

Jangan marahkan pegawai2 yang telah di'brainwash' apabila mereka menghemburkan kata2 'rasis' yang tidak menguntungkan UMNO dan kerajaan. Anda [kerajaan BN] mengajak semua orang menaiki 'kapal' anda sedangkan anda menyuruh 'kelasi' anda menebuk lubang di bilik2 penumpang anda yang berlainan bangsa dan berlainan fahaman semata2 kerana dengki dan pentingkan diri serta takut mereka jadi nakhoda.

Akhirnya isu 'hilang kuasa melayu' oleh Tun Dr Mahathir. Aki orang melayu,bila isu ini dimainkan,rasa gusar juga walaupun Aki tidak mendokong faham perkauman itu. Untuk kepastian Aki bertanya kepada orang yang dituduh akan menghilangkan kuasa melayu yaitu orang DAP. Ini jawapannya: "kita tanding bukan lawan UMNO, kita lawan MCA, Gerakan, kalah parti cina A ganti parti cina B. [ Koh Thu Kun itu Melayu kah? yang marah sangat kepada Lim Guan Eng] Begitu juga UMNO dia lawan PAS,kalah melayu UMNO diganti melayu PAS.[ Nik Aziz tu cina Macau kah?] Kalau PKR menang dia ada melayu,cina,india.Seimbang" Kata YB Leong Ngah Ngah. "Oooo yang hilang kuasa ialah melayuUMNOooo lah?" balas Aki -Sekian.

G1- http://dunia.vivanews.com/news/read/168172-kapal-karam

Sabtu, Oktober 02, 2010

ANTARA 'CURI DADAH' DAN CURI PASIR, DI MANA SPRM?


KUANTAN – Seorang pemandu lori, Lee Yong Toe yang berhadapan hukuman mandatori gantung sampai mati atas tuduhan mengedar 753 kilogram dadah syabu bernilai kira-kira RM254 juta di Rompin pada 2 Mei tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Tertuduh yang diwakili empat peguam diketuai Datuk V. Sithambaram bagaimanapun hanya sempat meraikan kebebasan tersebut selama 15 minit sebelum ditangkap semula bagi membolehkan dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985). Dia ditahan di luar pagar mahkamah.-http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=7456526

Kepada,
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

YB Datuk,

Tentu YB Datuk tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membebaskan tertuduh yang dituduh mengedar 753 kilogram dadah syabu bernilai kira-kira RM254 juta kerana 'kecacatan' bahan bukti.

Ramai orang termasuk YB Datuk sangat terkejut dengan kehilangan 40 kilo dadah tersebut yang di dalam 'simpanan' pihak polis. Timbalan KPN telah memberitahu bahawa pegawai dan anggota yang terlibat di dalam menghilangkan bahan bukti itu telah dikenakan tindakan tata tertib. Walau bagaimana pun tidak dijelaskan apakah tindakan tersebut?

YB Datuk tidak bercadangkah untuk meminta SPRM menyiasat tentang kehilangan dadah tersebut kerana kehilangan 40 kilo dadah ini lebih besar kemudaratannya dari kehilangan pasir (kes curi pasir). Jika dadah tersebut dibuang ke laut,ia melibatkan pecah amanah sehingga terlepasnya tertuduh. Jika ia diedarkan semula,ia sudah masuk di bawah 39B [dah lah pecah amanah, jadi pengedar pula]

Saya percaya YB Datuk juga letih memikirkan untuk membenteras gejala rasuah di dalam pasukan polis sebagaimana letihnya anggota polis mengawal ceramah Pakatan Rakyat dan pilihan raya kecil sedangkan kejadian rompak,samun dan bunuh juga di bawah tanggungjawab pihak polis.

YB Datuk,untuk meminimakan bebanan kerja semua pihak,saya cadangkan supaya YB Datuk mengarahkan supaya orang politik tidak mencampuri kerja polis dan polis tidak jadi 'alat'politik mana2 pihak.

Sekian terima kasih.

G1- http://beritasemasa.com/kes-isu-curi-pasir-selangor.