Khamis, September 30, 2010

MELUDAH KE LANGIT


ISU WANG EHSAN PULAU PINANG

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal. "Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri. "Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.-Malaysia kini.

Pakcik Saidin,

Tindakan pakcik itu betul jika maklumat yang disebarkan oleh media massa itu benar dan betul. Daging yang tumbuh dari sumber haram akibatnya ialah kelak [jika tidak bertaubat] dibakar di dalam neraka [dengan kehendak Allah]

Dalam isu ini,sekurang2 nya dua perkara perlu diteliti:

1- Adakah berita itu benar? Orang Islam diberi wang hasil judi. Dan pakcik tahu dengan jelas wang pemberian itu dari berbuatan judi seperti bandingan telor itik curi yang diberi kepada pakcik lalu pakcik boleh buktikannya secara khusus melalui saiz, warna atau bentuknya. Jika berdasarkan dengar cerita bahawa dalam banyak2 telor itik itu ada satu yang haram kerana hasil curi,ia tidak memberi bekas dari segi hukum fekah kerana boleh di ikhtimal [dianggap] bahawa yang pakcik dapat itu telor itik halal.

2- Siapa yang memberi?
Jika orang persaorangan yang memberi, hendaklah dilihat pekerjaan yang lazim atau ghalib baginya.Jika lazim atau ghalib pekerjaannya halal maka boleh diambil pemberiannya. Jika lazim atau ghalib pekerjaannya haram maka haram diambil pemberiannya.

Jika yang memberi itu pemerintah [yang bercampur hasil halal dan haram] harus diambil pemberian itu berdasarkan amalnya yang halal seperti upah menggali parit dan lain2. Begitu juga bantuan boleh diambil berdasarkan kemiskinan atau keperluan. Apatah lagi jika sudah diishtiharkan bahawa wang yang diberi itu bukan dari sumber haram.

Pakcik gunalah wang tersebut kerana boleh dianggap wang halal sementara wang yang haram dari kerajaan negeri boleh diikhtimal [dianggap] untuk membayar elaun YB Dato' Azhar Adun Penaga- Sekian.

G1- Rumah Yb Dato' Azhar-http://penjualubat.wordpress.com

Catatan: Contoh Qawa'id al Fiqhiyyah: 1- Jika bercampur duit halal dan haram dan tidak dapat dibezakan, jalan penyelesaiannya bahawa dicabut [asing] kadar yang haram dan digunakan yang baki [halal] 2- Harus mengambil pemberian pemerintah serta makruh jika banyak yang haram sekalipun.

Rujuk: Mukhtasar al qawa'id al fiqhiyyah,Muhammad Daud Ali. Akademi Islam Jami'ah Malaya furu' NilamPuri Kelantan (Dar an Na'im) S 36,37-1991 m.

Selasa, September 28, 2010

ANTARA BERDOA DI KAABAH DAN WASHINGTON DC

ISU TELAGA MINYAK

Manakala rakyat tetap perlu memberikan ketaatan walau berhadapan dengan kezaliman. Apatah lagi jika kezaliman itu hanyalah tuduhan yang masih kesamaran.

Sabda Nabi SAW: “Seburuk-buruk pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu benci dan laknat mereka dan mereka benci dan laknat kamu. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bolehkah kami menentang mereka? Tidak, selama mana mereka mendirikan solat.” (riwayat Muslim)- Tulisan Fathul Bari Mat Jahya pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU ).Malaysia Kini.

Aki tidak arif untuk menghuraikan hadith di atas. Namun tuan2 bersetuju dengan Aki bahawa pemerintah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. itu ialah pemerintah yang berpegang dengan al Quran dan al Sunnah.

Tentang pemerintah yang tidak mendirikan solat dalam hadith tersebut yang boleh ditentang, Aki tak nak komen, tuan2 ada pendapat sendiri.

Maka usahlah kita membuat sebarang tuduhan rambang kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Kelantan sementara menunggu keputusan mahkamah.[hak royalti minyak]- Fathul Bari.

Aki nak tanya, Bolehkah disamakan mahkamah sekarang dengan mahkamah zaman Nabi saw, atau sahabat?

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

Pada hemat Aki, di Malaysia [yang mengamalkan demokrasi] yang layak menrima nasihat seperti hadith di atas ialah KDYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja2 negeri2 sahaja. Pemimpin politik mesti dinasihatkan secara rahsia mahupun terang-terangan kerana mereka mengambil amanah dari tangan rakyat bukan dari ketentuan syariat.

Menurut pandangan saya perbuatan menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul SAW. Sekiranya rakyat Kelantan merasakan mereka benar-benar dizalimi kerana hak mereka dirampas; doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.- Fathul Bari.

Tuan, bagaimana kalau Aki katakan angka 40 ulama' itu satu target untuk pengurusan dalam misi tersebut, lebih, lagi bagus. sama juga dengan 40 waktu, lagi lama lagi baik. Setakat ini Aki belum pernah mendengar orang mencela 'Hadith Empat Puluh' An Nawawiyyiah kerana angka 40nya. Seorang yang solat tarawikh 4 rakaat tidak dicelapun,walau tidak mengikut Nabi saw. yang solat 8 rakaat. Kelebihan solat janazah dan doanya oleh 40 orang yang dianjur oleh Nabi saw. diajar oleh pensyarah2 di IPT tiada bangkangan.

Berdoa di hadapan Kaabah tempat mustajab, boleh juga berdoa di Washington DC. tak ada apa2 masalah. 40 ulama' dan 40 waktu itu kebijaksanan [politik] Tok Guru, Ulama' Muda boleh juga hantar 100 ahli ke Washington DC untuk berdoa supaya Kerajaan Pusat menang dalam kes royalti minyak ini. Sekian.

Isnin, September 27, 2010

YB LEONG MASUK MASJID DI MESIR


Salam Sejahtera,

Aki percaya tuan2 dan puan2 masih lagi dalam mood raya. Setelah menyambut 'Edul Fitr, ada antara kita 'raya puasa enam'pula. Sabtu lalu jamaah Aki di sini mengadakan jamuan raya lalu hadirlah berbagai lapisan masyarakat termasuklah kaum tionghua (cina)

Antara yang hadir ialah YB Leong Ngah Ngah (Adun Triang). Dalam perbualan kami ada beberapa cerita yang beliau kisahkan:

Kisah 1 : Ngah bukan nama cina, Ngah adalah nama yang sesuai dengan melayu. 55 tahun lalu dalam keadaan kehidupan yang serba kekurangan ayah beliau berjalan kaki dari Kampung Baru Triang ke Balai Polis untuk me'report' kelahiran beliau. Sampai di balai polis dalam keadaan termengah2, konstabel di kuanter bertanya: "Report anak.... Siapa nama?" Jawab ayah beliau "ngah ngah" mungkin nak memberitahu anggota polis tersebut bahawa dia masih mengah(letih) atau menurut YB Leong 'ngah ngah itu merujuk kepada baby menangis. Terdaftarlah namanya sebagai Ngah Ngah. Oleh kerana orang cina ada nama 'ser'nya (nama keluarga), jadilah namanya Leong Ngah Ngah. Nama cina beliau ialah Leong Kam Fok.

Kisah 2 : Pada 20 Sept. 2010 baru lalu YB Leong mengunjungi Mesir bersama beberapa orang wakil rakyat Malaysia dibawah anjuran Commonwealth Parliamentary Association [Persatuan Ahli Parlimen Commonwealth]. Beliau dibawa melawat al Azhar dan dijemput ke dalam masjid,lalu beliau katakan: "I'm non muslim". Mereka mempersilakan juga beliau masuk masjid. Dengan nada sinis beliau berkata kepada Aki:" YB Umno pun ada,tak larang pun saya masuk masjid !" Mungkin merujuk kepada kes Teo masuk surau.

Aki tersengih2 memandang YB Leong yang sedang menyuap nasi impit.-Sekian.

G1- Ihsan al Mankaraqi.blogspot.com.

Jumaat, September 24, 2010

TUKANG KEBUN JADI GURU BESAR


Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran."Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52.-Malaysia Kini.

Oii satu tranformasi, tahniah Aki ucapkan kepada Menteri Pelajaran merangkap TPM. Kenyataan di atas menunjukkan tiada campurtangan politik berlaku dan tindakan kepada kakitangan awam dibuat berdasarkan undang2 dan peraturan. Diharapkan semua menteri dan kementerian hatta PM mengambil langkah yang sama.

Salah dan benar ditentukan oleh undang2 dan peraturan bukan ditentukan oleh kuasa yang disalah gunakan atau berdasarkan kejelekan politik,kroni atau ras.

Namun Aki ragu2 tentang kenyataan di atas berdasarkan amalan yang tidak konsisten dan teladan2 yang terdahulu. Contoh terdekat ialah larangan menaiki kenderaan berdua2an kepada pelatih lelaki dan wanita oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) KualaLipis telah dibatalkan oleh menteri walaupun dikeluarkan mengikut bidang kuasa pengarah tersebut.

Ironinya tukang kebun sekolah boleh mengarahkan guru besar meluluskan dewan sekolah untuk mesyuarat cawangan kerana dia orang besar parti - Sekian.

*menyerahkan kes tersebut kepada JPA [bukan keputusan menteri] adalah tindakan politik juga.

G1- MalaysiaKIni.

Khamis, September 23, 2010

NASIHAT UNTUK SULTAN MUHAMMAD KE V


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

"Baginda telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media untuk mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di sini semalam.-kosmo Online.

Sembah takzim kepada Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke v. Adalah diharapkan Tuanku Sultan Thabat di atas keadilan dan budi lohor dan jangan sedikitpun terniat untuk cenderung kepada kezaliman. Tuanku sultan bertuah kerana dikurnia Allah SWT. penasihat [Menteri Besar] yang bertaqwa untuk membantu Tuanku mentadbir Negeri Kelantan Drul Naim. Gunakanlah kesempatan dan suasana yang amat berharga sekarang ini untuk menimba sebanyak2 mutiara dan meminta buah fikir hikmah dari Memanda Ayahnda Tuan Guru kerana amat jarang bahkan hampir tiada sultan2 sekarang ber Menteri Besarkan seorang Tuk Guru.

Memang ramai orang di luar sana mencemuh Tok Guru Kita, bukan kerana apa, kerana kuasa. [mereka tamak kuasa lalu digula2 kan rakyat jelata agar membenci Tok Guru dan menyokong mereka] Kalau Tuk Guru kita tak duduk di atas tiket ahli politik dah lama mereka anugrahkan 'Tokoh Ulama' Terbilang'.

Sepekara lagi nasihat saya kepada Tuanku junjungan mahkota, kepada Allah jangan dilupa, manusia menyembah [mengadu kepada] kita kadang2 kerana tahta [kuasa yang kita ada] sedangkan kita menyembah Allah kerana kita hamba. Jangan jauh dari Allah nanti Allah jauh dari kita. Mintalah kebaikan dari Nya nescaya yang lebih baik akan diterima. Salam junjung kasih untuk Tuanku-Sekian.

G1 Sultan Muhammad ke v- Kosms Online.

Selasa, September 21, 2010

'SELAK' TERBUKA DARI DALAM


Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak. Nazri menegaskan sebagai seorang menteri, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri."Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan anti-Mahathir.-Malaysia Kini.

Itulah sifat 'hamba sejati' sekalipun bertukar tuan dan terkenangkan budi tuan lamanya, ia tetap taat kepada 'tuan semasanya' kerana dia sedar tuan semasanya itulah yang menyediakan keperluan dan kemudahan bagi dirinya justru ketaatan tidak boleh dibelah bagi. Jika ditakdirkan tuan lain pula berkuasa lalu diberi peluang kepadanya 'berbakti' nescaya 'terguling hangit' pula tuan yang baru ditinggalkannya itu di'kerjakan'nya dan ketaatan akan ditumpahkan sepenuhnya kepada tuan barunya. Hamba jenis ini boleh dipercayai tetapi hanya digunakan sebagai 'peluru' dan 'benteng' sahaja oleh tuannya.

Satu lagi jenis hamba ialah 'hamba yang setia' sekalipun bertukar tuan ia tetap terkenangkan budi tuan lamanya, ia tetap taat kepada tuan lamanya walaupun pada zahirnya bekerja untuk tuan barunya. Ini kerana semangat dan cintanya kepada 'perjuangan'nya. Hamba jenis ini pandai mengambil hati tuan barunya jika ia didapati tersalah atau dilihat tidak setia kepada tuan baru.

Jenis hamba yang ketiga ialah 'hamba yang jujur'.Menghormati tuannya tetapi tidak segan untuk menegur tuannya demi matlamat yang benar. Tidak ada ajenda peribadi, bekerja untuk tuannya kerana menunaikan amanah. Sanggup bertukar tuan jika tuan yang ada menyeleweng. Jauh sekali dari mengampu dan membodek walau untuk sesuap nasi.

Sesuatu perjuangan perlu kepada 3 jenis hamba ini. Jika perjuangan itu benar, maka tidak sia-sia ada 3 jenis hamba ini tetapi jika perjuangan yang batil hamba2 itulah yang akan meruntuhkan perjuangan tersebut.

Apabila 'selak' pintu terbuka dari dalam,
itu alamat ada petualang.
roboh rumah tuan terguling,
bangkai jenuh dimamah anjing.

- Sekian.
G1-Gambar sekadar hiasan.

Ahad, September 19, 2010

HIDANGAN 'LEMANG GEBU'


Asalamualaikum,

Selamat Hari Raya Dato' Sri, Aki ada berlegor2 dekat Laman Kerayong sebelah pagi gi pekan sari.

Sebelah tengah hari gi jengok lagi, ingat nak singgah kat Rumah Terbuka Dato', walaupun kita lain colour tapi tak salah nak menzahirkan kesyukuran bersama Dato'. Dato' menteri kami lagi pulak wakil parleman untuk orang Bera.

Dihadang oleh kemah dan orang yang mengambil makanan, Aki tak nampak apa aktiviti yang berlaku di tengah (atas pentas) dan oleh kerana malas berbaris Aki memutuskan tidak singgah hanya memerhati dari jalan. Maaflah Dato' kerana tak singgah.

Dato', apabila Aki bukak blog Usop [al Mangkaraqi] Astgharfirullah...... mujurlah Aki tak singgah. Dato' hiburan tak salah, cuma jangan keterlaluan dan biarlah sesuai dengan masa dan tempat. Menyambut hariraya adalah untuk membesarkan Allah dan menzahirkan rasa kesyukuran.

Nyayalah Dato', orang yang tamam puasanya yang datang dari ceruk rantau dihidangkan dengan 'lemang gebu' atas pentas. Kantoi pahala puasa mereka [seperti membina bukit pasir dan runtuh oleh angin sepoi]. Dato' boleh kata: "Kita sediakan macam2 menu, kalau tak suka yang atas pentas tu,boleh makan yang di bawah pentas". Soalnya derma sedekah [jamuan] yang baik di bulan baik telah bercampur dengan kemungkaran.

Teguran ini adalah untuk kebaikan Dato' dan warga Bera.Semoga dapat diubah pada masa akan datang.-Sekian.

G1- Dari Al Mangkaraqi.
* Usop maaf tak mintak pun.

Sabtu, September 18, 2010

'TALKIN' ESOK UNTUK SIAPA?


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, yang terlantar sakit lebih setahun lalu, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas.Turut berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya ialah isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhd Arif.-Berita Harian Online.

Inna lilllah wa inna ilaihi raji'un...... Al Fatihah.....

Watak lebai dan watak crook yang dilakunkan oleh M Rajoli memang 'hidup'. Jika dia berdoa,mulutnya fasih menyebut kalimah arab seolah2nya kita sedang di dalam majlis ilmu atau zikir, bukan menonton filam.

Dengan lagak Undertaker WWF, M Rajoli berjaya menghidupkan watak samseng. Jarang pelakon berkebolehan melakonkan dua watak kontras. Itulah M Rajoli yang telah pergi tak kembali.

Pada Aki watak2 yang dibawa oleh beliau tidaklah keterlaluan di dalam segala segi [boleh diambil pengajaran] lebih2 lagi dunia filam kehilangan 'watak lebai' yang Aki percaya watak tersebut 'hidup' bukan kerana bakat dan hafalan skrip semata2 melainkan disertai oleh pengalaman hidup beliau.

Apa2 pun semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas beliau. Talkin yang beliau baca di dalam filam Esok untuk Siapa mudah2an menjadi pengaran untuk semua -Sekian.

G1- M.Rajoli dari http://www.budiey.com

Jumaat, September 17, 2010

'LU FIKIRLAH SENDIRI!'


Gambar di atas disalin dari blog MP Shah Alam YB Khalid Samad. Klik disini Menurut Khalid ini adalah gambar MP Hulu Selangor yang menang pilihanraya kecil dulu. Menurut Khalid lagi gambar di atas menunjukkan Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar.

Aki nak bertanya Sahib as Samaah Tuan Mufti........ Adakah tidak sama hukum Non Muslim PR dan Non MuslimBN? dalam isu menggunakan Masjid/Surau. Tidak berhajat nak memanjangkan kalam... Lu fikirlah sendiri!-Sekian.

Khamis, September 16, 2010

LEMBU TAK AKAN DAPAT MENGURUS LEMBU


MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia."Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).-KosmoOnline.


Aki telah mengulas isu ini semasa mula2 idea ini dicetuskan. Suka tak suka, Melaka telah menjadi negeri pelupur kepada salah satu method [yang difikirkan] untuk membantu menyelesaikan sebahagian dari masaalah remaja [pelajar] yang ter'mengandung' sekurang2nya dari segi kelangsungan pelajaran mereka.

Berapa ramai yang mendaftar belum dapat dipastikan lagi.Aki cuba meng'positif'kan minda tentang 'sekolah harapan' ini tetapi tetap berperang dengan prasangka. Senang cerita sekolah harapan ini akan tumbuh di seluruh negara [jika sekolah pertama ini didapati releven] sebagai memenuhi keperluan sebagaimana pusat serenti bertaburan di seluruh negara.

Kos dan harapan kejayaannya tentu tidak dapat dihitung lagi tetapi boleh di congak kepada berapa kos operasi dan kejayaan Pusat Serenti yang telah berjalan selama ini. Tentu ada yang berkata bahawa tidak adil menyamakan 'Sekolah Harapan' dengan Pusat Serenti kerana masaalah dan golongan sasar yang berbeza. Ya, boleh jadi betul dan boleh jadi salah.

Harapan Aki supaya pendidikan akhlak berteraskan keimanan yaitu membangkitkan kegerunan kepada dosa dan maksiat,keinsafan dan taubat dapat dijadikan ajenda utama di sekolah itu.

Sepekara lagi, sampai bila kita nak menyediakan sekolah2 dan pusat berbagai jenis penyakit ini melainkan bersama2 dengan itu kita juga mesti menutup ruang/lubang maksiat dan bersungguh2 menyuburkan ilmu agama disemua tempat [bukan masjid/surau sahaja]dan lapangan dan kepada semua golongan. Tentulah semua itu dengan pertolongan Allah Pencipta manusia.

Lembu tidak akan dapat mengurus masaalah lembu melainkan tuan lembu.Begitulah manusia- Sekian.

G1- Dipetik dari KosmoOnline.


Rabu, September 15, 2010

ANTARA PETUNJUK DAN KEBENCIAN


KAHERAH 13 Sept. - Seorang ulama kanan Mesir semalam mengutuk sekumpulan penganut Kristian yang mengoyak helaian al-Quran di hadapan White House pada upacara memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai 'keji'.

"Mereka adalah sekumpulan kecil individu yang mempunyai rasa dendam, dibutakan oleh pelampau dan memiliki niat jahat untuk mencemarkan Islam- Utusan Online 14.09.10


Kebencian yang meluap2 akibat dari menyangka/menuduh bahawa 'serangan 11 September 2001' adalah dari ajaran al Quran/Islam atau menipulasi pihak berkepentingan [menghalang kesubururan Islam] seantero dunia mencetuskan perbuatan biadab membakar al Quran.

Jika tindakan individu dikira melambangkan anutan/ajaran agamanya tanpa menimbangkan faktor2 lain,adakah anda boleh katakan bahawa pembunuhan rakyat Iraq oleh tentera Amerika adalah menifestasi dari ajaran Bible?

Aki setuju dengan kenyataan Imam Besar, Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb bahawa perbuatan terkutuk itu timbul dari rasa 'dendam' kesumat [kuhsumah]. Sejarah membuktikan mereka yang mempunyai dendam kesumat tersebut ialah yahudi [zionis]

Biar dibakar 1000 naskah al Quran namun ia tetap subur mekar di dalam dada orang yang beriman dan yang mendapat hidayah petunjuk. Selain dari menimbulkan api kemarahan umat beriman tiada apa yang petualang itu dapat melainkan kehampaan dan kehinaan.

Islam pasti bercambah dan berkembang kerana ia bukan 'ciptaan palsu' tetapi ia kepunyaan Allah Pencipta,Dia yang menurunkannya dan Dialah Yang Memeliharanya. Orang yang bahagia ialah mereka yang apabila datang petunjuk diterimanya dengan penuh kesyukuran dan orang yang celaka ialah mereka yang apabila datang petunjuk berpaling ia kebelakang (sombong dan ingkar)

Jika anak cucu kita dan bangsa kita menolak Islam [Na'uzubillah], Allah akan ganti umat lain dan bangsa lain mendokong Islam lalu bukan mustahil negara Uncle Sam jadi negara umat Islam - Sekian.

G1- Sebahagian alatan kilang cetak al Quran di Saudi-Google.

Isnin, September 13, 2010

NAFSU JAHAT DAN NAFSU BAIK


Raya belum habis,puasa enam belum mula, satu kejutan besar berlaku dengan berita kematian (pembunuhan) Datuk Sosilawati Lawiya 47 dan 3 rakannya. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini.Bunuh teman wanita dalam kereta kemudian tembak diri sendiri, tembak mati rakan setugas hanya kerana pertengkaran, rogol sana,rompak sini dan macam2 jenayah.

Dari kacamata orang sufi bahawa kemungkaran berlaku disebabkan oleh 4 perkara:

1- Dunia (hartabenda dan lain2) -Tamak haloba kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki khianat yang boleh sampai kepada tahap pembunuhan.

2- Manusia.- Pengaruh manusia dan manusia yang berpengaruh boleh menyebabkan suburnya kemungkaran dan berakarumbinya kemungkaran dan sukar untuk dihapuskan.

3- Syaitan- Ia merupakan inspirasi,sumber dan penghias kemungkaran. Dikelirukan manusia supaya yang baik itu dipandang buruk dan yang buruk itu dipandang indah dan baik.

4- Nafsu- Inilah sebesar2 ejen kemungkaran yang mengeksploitasi segala kemungkaran di atas demi memenuhi kehendaknya. Kalahnya musuh yang 3 di atas tidak bermakna jika nafsu tidak dapat ditundukan.

Nafsu pula sangat ingin kepada: TAHTA,HARTA DAN WANITA. Benar dan betul pengurusan 3 perkara ini akan membahagiakan pengurusnya, Salah dan bengkok pentadbiran 3 perkara ini akan mengsangsarakan pentadbirnya.

Semasa Aki menulis entri ini sedang bergolak tahta,harta dan wanita 1 malaysia - Sekian.

G1- Gambar hiasan dari Google.

Khamis, September 09, 2010

BERBALAH PASAL RAYA, JANGAN BERBALAH DI HARIRAYA



KANGAR – Ketika orang ramai sibuk meneka sama ada Aidilfitri jatuh pada hari ini atau Jumaat, sekumpulan pengikut fahaman Jamiatul Al-Nadzir Awwallun sudah menyambut hari raya itu di sebuah rumah kedai yang dijadikan surau di Seriab di sini semalam.-Kosmo Online.

Puasa pada masa Rasulullas SAW berlaku 29hari atau 30hari mengikut kiraan hilaliyyah. Jadi paling awal Aki boleh raya ialah pada hari ini (khamis) keran Aki mula puasa pada hari rabu.Apabila Aki raya pada hari jumaat (esok) maka sempurna puasa Aki 30 hari.

Tindakan Jamiatul Al-Nadzir Awwallun ber'raya' semalam (rabu) jika benar, tentulah pelik sedikit kerana
cepat 2 hari [jika cepat sehari tidak menjadi pelik] dari tarikh yang ditetapkan pihak berkuasa. Jika mereka mula pu
asa hari rabu maka puasa mereka hanya 28 hari sahaja. Mungkin mereka puasa pada hari selasa jadilah pu
asa mereka 29 hari. Tetapi semakkan Aki pada kelendar menunjukkan hari selasa itu 29 sya'ban -tak cukup hari
lagi nak puasa. [rujukan sebenar adalah kepada yang berautoriti]
Jika mengikut Arab Saudi,m
ereka
raya hari khamis.Jika ikut falak masyarakat malaysia akan raya jumaat. Mungkin
Jamiatul Al-Nadzir Awwallun ada sandaran lain? Aki tak tahu...

Sempena hari raya 'id al Fithr ini Aki memohon berbanyak kemaafan kepada anda semua (pengunjung) khususnya para bloger,kawan2 dan terutama kepada mereka2 yang Aki sebut dan sentuh peribadinya di dalam entry Aki samada secara langsung atau tidak langsung.

Ramadhan bulan berkat
Takbirlah di hariraya
Perjalanan bukannya dekat
Redho Allah bagi yang berjaya

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR & BATIN - Sekian.

G1- Google
G2- KosmoOnline.

Ahad, September 05, 2010

ANTARA PARA2 TUA DAN TEO


IklanRaya TV 3 dengan Para2 tua bersongkok putih menunggang beca ala santa clous yang keluar dari 'buku'yang dibaca oleh kanak2 melayu di pondok beratap rumbia dan gambar lelaki melayu mengacau sesuatu [mungkin dodol] di dalam bunga teratai dan lain2 unsur dan lambang yang tiada kena mengena dengan ajaran Islam serta kemajuan yang digambarkan oleh beca yang terbang ke KLCC mungkin melambangkan 1Malaysia dan kemajuannya.

Islam sangat harmoni dan toleran kepada penganut agama lain namun mencampur adukkan perayaan agama Islam dengan unsur agama lain samada dirancang atau tidak adalah perbuatan 'bebal', dan sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam.

Bila ini terjadi,kelak dituduhlahIslam tidak toleran dan tidak' sporting'. Siapa patut disalahkan? Tiada lembaga penapiskah? Atau yang ada di sana itu yang 'buta dan 'bisu' yang tak peka dengan kejahilan sendiri tetapi amat sensitiv dengan orang bukan Islam yang dibolehkan masuk ke dalam masjid. Ternyata sensitiv mengenai Teo masuk surau itu adalah dibuat2 konon memelihara kesucian agama. Nah sekarangTuhan telah tunjukkan 'wajah' sebenar mereka.

Sedang Aki menghabiskan entri ini [anak Aki memberitahu],tertera ditulisan yang berjalan dibawah scren TV bahawa TV 3 telah menarik balik dan memohon maaf tentang iklan tersebut.
-Sekian.

Sabtu, September 04, 2010

'SAMAN FELDA DAN KOPI SUPER POWER'


Selepas solat dan 'membedal' kari kambing di Masjid Keledang[nasi kandar lauk kambing yang diorder dari restoran Salsabila], Aki bergegas ke Felda Purun (jarak 50km) untuk solat isyak dan bertarawikh bersama jamaah di sana. Sepanjang jalan mulut kumat kamit berdoa kepada Allah agar selamat dan sempat berjamaah. Alhamdulillah 1/2 jam sampai ke sana(tak pernah dibuat).

Apa halnya tu,nak mengejar lailatul qadar, mana2 pun ada. Sebenarnya selain dari takut terlepas tarawikh berjamaah,Aki tak mahu lepas peluang nak mendengar secara 'live' cerita kemenangan peneroka Kemahang 3 yang disampaikan oleh peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

cerita peguam tak hadir

Diperingkat penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu memang peguam felda tak hadir. "pagi hari perbicaraan itu, peneroka yang terlibat berserta keluarga mereka beratus2 orang bergerak dari Felda Kemahang 3 ke Kota Bharu, mustahil pengurusan Felda tak sedar,kerana pihak feldaKemahang 3 pun tak hadir" Cerita Wan Rohaimi.

"Diperingkat Mahkamah Rayuan Felda menyediakan peguam2 yang handal2, walau bagaimana pun peneroka juga dimenangkan oleh hakim. Dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan (terakhir) jumlah hakimnya 10 orang sementara peguam felda pun 10 orang." tambah Wan Rohaimi.

peguam berhingus

"Semasa mula2 mengambil kes saman felda ini 10 tahun lalu, beliau (Wan Rohimi) baru 3 bulan lulus lesen guaman. Simpati akan nasib peneroka yang kehulu kehilir mencari peguam untuk membela mereka, semakin besar syarikat guamannya semakin tak mahu mengambil kes kerana menggangap 'mana boleh menang lawan felda',maka 'peguam yang masih berhingus ini lah yang mengambil kes dengan tanpa bayaran (pada peringkat permulaan)" terang Wan Rohaimi lagi.

rahsia kejayaan

Di Mahkamah rayuan lawan (peguam felda) bukan calang2 orang,berpengalaman dan hebat. Rasa gelabah dan macam2 lagi, berhujah dari 8 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat bagi mahkamah, bukan waktu berhujah sebenar) Rahsianya ialah para peneroka dan isteri mereka membaca yasin dan berdoa kepada Allah di luar mahkamah memohon kejayaan ,bahkan mereka berpuasa beberapa hari sebelum rayuan itu dibicarakan.

kalau orang Bera mahu saman

Kata Wan Rohimi " Kalau orang Bera (peneroka felda) mahu saman mesti ada sekurang2nya 3 perkara: 1- Berani,kerana macam2 ujian akan datang. 2- Tawakkal kepada Allah kerana menuntut hak dan keadilan. 3- Peneroka mesti bersatu memperjuangkan hak mereka tanpa mengira sentimen politik".

'super power'

Pukul 12.00 am kami turun 'mengeteh' dengan Wan Rohaimi di kedai hadapan PKU Purun.Aki memesan 'kopi segera Super Power' sambil disapa oleh Omar SB "malam ni malam ke berapa puasa? -Sekian.

* Turut sama berceramah ialah Sdr Mazlan Aliman [presiden ANAK] dan Sdr abd Rahman Hj Ramli [ketua penyelaras saman felda Serting dan Raja Ilias]

Rabu, September 01, 2010

GELAP HUJAN DAN GELAP MALAM


[lanjutan Isu - catatan akhir]

"Rasulullah sendiri amat menitikkan pemeliharaan kesucian masjid hingga baginda pernah bersabda bahawa mereka yang memakan bawang putih tidak digalakkan memasuki masjid kerana ia boleh mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah lain.

"Namun apa yang kita bicarakan ini lebih besar daripada memakan bawang putih iaitu pemimpin politik bukan Islam dibenar mengadakan program dalam masjid. Ini sudah tentu lebih mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah.- Kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot- Utusan online.31 Ogos 10

Aki tidak berhasrat untuk menyanggah keilmuan bekas mufti itu, tetapi menggunakan metod qias makan bawang putih untuk kes non Muslim masuk masjid adalah qias yang tersasar.

Pertama: Qias digunakan setelah tidak ada nas Quran atau Hadith atau Ijma'. Sedangkan ada hadith non Muslim masuk masjid semasa Rasulullah saw.(dengan sendiri qias di atas tidak terpakai)

Kedua:Qias yang digunakan tidak menepati masaalah(isu),sebab dan tujuan. Larangan makan bawang (mentah) disebabkan bau busuknya, isunya adalah keselesaan,tujuannya ialah untuk khusuk beribadat.Maka jika dimakan bawang yang dimasak (perisa) dan tidak berbau busuk,hilanglah larangan tersebut.

Ketiga: Maqis dan Maqis 'alaih hendaklah sama: Contoh wajib zakat padi/beras [maqis] (tiada hadith mewajibkannya) diqiaskan dengan wajib zakat gandum [maqis 'alaih] (yang ada hadith mewajibkannya). Bersamaan kedua2 nya dari segi keadaan (sifat). Gandum dan padi adalah makanan asasi, boleh disimpan lama dan bernilai pada uruf setempat.

Adakah Teo (sasaran kritikan) busuk? Menggangu keselesaan? Menyebabkan tidak khusuk beribadat?. Qias yang digunakan pula ialah qias aula (lebih utama).Maksudnya non Muslim lebih keji dari busuk bawang.

Cuba nyatakan niat yang sebenar mencerca non Muslim masuk masjid. Marah kerana hukum agama kah atau marah kerana berlainan kem politik?

Tolonglah jangan qiaskan gelap nak hujan (sehingga lampu jalan menyala) dengan gelap terbenam matahari untuk membolehkan berbuka puasa.... Maruuuuu..... -Sekian.

G1-Google.